Chapter 53

2.4K 92 1
                                    

Najwa menyarungkan baju blouse berwarna biru cair dipadankan dengan jeans biru gelap . Harini dia mempunyai temu janji bersama insan yang tersayang iaitu Syahir . Najwa kini menyambung pelajarannya di Uitm Shah Alam . Oleh kerana cik abang Syahir tidak membenarkan dia belajar berjauhan dengannya . Logik tak gais ? Gedik gila ! Dia menyemburkan sedikit minyak wangi di pergelangan tangan dan disekitar leher . Kemudian dia mencapai shawl hitam untuk dililitkan di kepalanya . Selesai bersiap , najwa melangkah menuruni tangga dan menghampiri meja yang sudah dipenuhi dengan sarapan pagi yang disiapkan oleh pembantu rumahnya .

" bik , mama dengan papa mana ? " tanya Najwa lalu menyuap sekeping roti yang sudah siap disapu planta .

" Mama dan Papa dah lama pergi , katanya ada majlis dekat Klang . Ni ha dia kirimkan nota untuk kamu " balas pembantu rumahnya sambil menghulurkan sekeping nota kecil

Najwa menyambut kemudian membaca

' Sayang , mama dengan papa pergi kerja dulu ya ? Sorry sebab tak bagitahu awal-awal.

Takecare ,

mama ada tinggalkan duit untuk keluar dengan syah nanti . Bye iloveyou '

Najwa mengeluh kecil .

Sudah berapa kali mereka tidak bersarapan bersama kerana mama dan papanya yang terlalu sibuk dengan pejabat . Kadang-kadang mahu saja dia keluar dari rumah ni , meluat hidup seperti ini . Macam takde keluarga langsung . Dari sekolah sampai sambung belajar , masih seperti ini ?

Dia menghirup sedikit air teo panas sebelum melangkah keluar ke pintu depan

" Bik , wawa nak keluar ! kemungkinan wawa balik lambat ! " laung Najwa yang sudah berdiri di depan pintu rumah .

Syahir yang sudah berada di hadapan rumah kekasihnya tersenyum apabila terpandangkan raut wajah yang amat dirinduinya .

Najwa memuncungkan mulutnya , saja mahu menguji Syahir . Geli hatinya melihat senyuman yang tadi mekar dibibir lelaki itu terpadam secara tiba tiba . Mungkin melihat reaksi yang diberi olehnya seperti tidak gembira berjumpa dengannya .

" Sayang , kenapa ni ? " tegurnya selepas kereta bergerak meluncur ke jalan raya .

Sengaja Najwa mengalihkan badannya membelakangkan Syahir . Mahu lihat berapa lama lelaki ini boleh memujuknya .

" Hei babe , why ni ? tak pernah-pernah nak malu dengan I bila jumpa ? " soal Syahir polos . Akhirnya terletus juga tawa yang dari tadi hendak dilepaskan oleh Najwa .

" Hahahaah sayangggg .. Kelakarnya you ni ! " kata Najwa yang galak ketawakan soalan yang ditanyakan Syahir . Aduh dia ni kan , naif sangat . Nasib sayang !

" Apa yang kelakarnya ? Tadi keluar dari rumah , muka monyok macam tak happy jumpa I . Lepastu masuk kereta , I cakap dengan you , you tak layan . Then tiba-tiba boleh gelak , gila ek you ni ? " balas Syahir panjang lebar . Ha kau bila Syahir dah berbicara , takde siapa boleh sampuk beb ahhahaaha .

" Alolo , sorrylah . Saja je nak ceriakan pagi I dengan mengacau you . Lama la tak kacau you , rindu tau ! " pujuk Najwa . Dia menarik-narik lengan baju milik Syahir agar lelaki itu menerima pujukannya .

TEENS IN LOVE  [ C ]Where stories live. Discover now