PANGKOR HERE WE GO !
END'S POV
Syiqa tersedar daripada tidur apabila terdengar bunyi loceng di tepi katilnya , dia menutup jam itu . Dia mengeliat sebelum bangun dari duduknya lalu membuat senaman ringan seperti lompat bintang . Pagi-pagi kena exercise !
Kemudian tangannya mencapai tuala berwarna pinkish lalu melangkah masuk ke bilik air untuk bersihkan diri .
Selesai membersihkan diri , dia berdiri di depan wardrobe .
Nak pakai apa eh harini ? Humm
Ha kimono hijaula tema kita harini , caiyok !
Dia mencapai kimono hijau berserta seluar palazo berwarna hijau muda , kemudian tangannya mencapai sehelai selendang berwarna crime untuk dililitkan di kepalanya . Selesai melilit , dia mengoleskan bibirnya dengan sedikit pelembab bibir . Mukanya disapukan bedak baby johnsen .
I'm done ! Pangkor here i come !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syiqa menuruni tangga lalu pergi ke meja makan . Dia duduk disebelah along .
" Adik dah nak pergi ke ? " tanya Along lalu menyuapkan sekeping roti ke dalam mulutnya .
Syiqa mengangguk laju . Dia mengerling jam tangannya . Hampir tersembur susu di mulutnya
Dah lambat doh !
Segera dia mencapai beg galasnya yang berisi baju-bajunya . Kemudian mencapai tangan Umi dan Babanya untuk disalam .
Dia menarik sport shoes nike yang berada diatas rak kasut . Dia segera menyarungkannya
" Pak Aji , tolong hantar saya dekat rumah Ezzah ! " laung Syiqa apabila melihat Pak Aji sedang bersembang dengan Abang Aziz .
Tiba-tiba hon kereta kedengaran , Syiqa bergerak keluar .
Dia terkaku .
Apa dia buat dekat sini ?
" Ezzah suruh awak naik saya , dia orang dah gerak ! " jerit Hanafi kerana jarak antara kami jauh .
Syiqa mengeluh kasar . Nak mampus agaknya minah tu suruh aku naik dengan mamat ni .
Dia mencapai beg galasnya kasar lalu melangkah malas ke arah kereta Lamborghini milik lelaki itu . Mata mereka bertembung tapi segera syiqa melarikan anak matanya . Sakit hati !
Dia meletakkan beg galasnya dibelakang seat dengan kasar . Mulutnya tak habis-habis memprotes .
" Tak elok membebel cik sayang , nanti cepat tua " tegur Hanafi apabila kereta sudah bergerak meluncur di jalan raya .
Syiqa menjeling . Ada je kan modal kau nak bercakap dengan aku , huh aku takkan bercakap !
" Sayang , sorry .. " kata Hanafi lalu mencapai tangan syiqa . Syiqa menepis laju .
" Drive safe , dah sampai kejut . Hal ni kita settle nanti . Saya nak tidur " ujar Syiqa lalu melentokkan kepala di hujung kerusi kereta . Tak sampai seminit dia memejamkan mata , dia sudah tidur .
Hanafi mengerling sekejap gadis disebelahnya ini . Dia sayang gadis ni , tapi dalam masa yang sama dia perlu mengikut arahan ibunya yang mahu dia berkahwin selepas tamat practicalnya .
Seketika dia mengeluh berat . Susahnya hidup macam ni !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Sayang , wake up ! " kejut Hanafi . Dia mengoyangkan bahu gadis itu tapi keadaannya masih sama . Lenanya tuan puteri beradu .
" Sayang bangunlah ! " kejut Hanafi lagi . Kali ni dia mencubit kuat pipi syiqa . Syiqa terjaga kerana sakit dipipinya .
" Hey jangan nak berani-berani pegang pipi saya . Awak tu bukan sesiapa pun dekat saya ! " marah Syiqa . Dia mengelap kesan cubitan itu dan melangkah keluar mendekati kawan-kawannya yang lain .
Hanafi tersentap . Tapi dia diamkan saja , salahnya juga kerana tak memberitahu hal sebenar . Dia menarik nafas sebelum melepaskannya . Kemudian dia mengangkat beg galasnya dan juga beg galas syiqa . Dia menutup pintu keretanya dan mengikut serta berkumpul dengan bekas pelajarnya .
" Hi ! " tegur Hanafi . Semua mata memandangnya termasuk syiqa .
Mereka melemparkan senyuman .
" Jadi tak plan aku bodek sir hanafi ? " bisik Redza di telinga Syiqa .
Syiqa menjeling
" Plan kepala otak kau la . Aku yang menanggung sakitnya " balas Syiqa dan melangkah pergi meninggalkan Redza yang terpinga-pinga .
" Dah dah la tu you usik si syi tu , suka mengacau orang je keje " ujar Nalin . Dia menarik lengan Redza menuju ke laut Pulau Pangkor yang terbentang luas di hadapannya ini .
" Ala , i nak kacau you nanti jadi lain karang susah . Tunggu kita kahwin ya sayang " usik Redza sambil mencuit hidung kecil gadis yang mencuri hatinya ini .
Nalin ketawa
" Apalah you ni , sampai ke situ pulak fikirnya . Ada jodoh kita kahwin ye bang " balas Nalin sambil mengeyitkan mata .
" Yaallah aku tak kuat iman , sayang jom kahwin sekarang ! " ujar Redza lalu mendukung Nalin dengan Bridal Style . Mereka berlari sambil mulut tidak lepas daripada ketawa . Semoga mereka berkekalan ke jannah .
![](https://img.wattpad.com/cover/93814601-288-k683790.jpg)
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE [ C ]
Teen FictionFIRST PUBLISH ; 22 Dec 2016 END PUBLISH ; 15 June 2017 P/S : This story will be private , so please follow me before you read my story. Chapter 1-10 i will be unprivate . Keep readings