Hanafi's POV
Aku buntu memikirkan permintaan ibu yang meminta aku membawa bekas tunangku dulu bertemu dengan Syiqa . Aku tak sampai hati untuk berbuat demikian kerana aku tahu pekara ini akan membuat hati gadis yang paling aku sayangi terluka . Ibu berbuat demikian atas alasan yang Syiqa tidak dapat memberikan zuriat kepada aku dan cucu kepada mereka . Sumpah aku buntu dan pening untuk menentukan perasaan yang manakah yang harus aku jaga ?
Sengaja aku meninggalkan syiqa berseorangan di rumah supaya dia dapat bersedia untuk kehilangan aku dan dapat menjaga dirinya tanpaku . Selama aku tiada di rumah , aku hanya sibukkan diri di kondo yang sudah lama dibeli olehku . Cadangnya kondo ini aku mahu berikan kepada Syiqa untuk keselesaannya .
Apabila kereta Lambhorgini aku sudah selamat sampai di hadapan rumah yang sudah seminggu aku tinggalkan . Aku mengumpulkan semangat untuk menghadapi apa yang akan berlaku nanti . Disebelah ada bekas tunangku yang baru saja pulang dari overseas . Sebelum aku nekad untuk memutuskan tali pertunangan kami , dia sudah pergi meninggalkan ku untuk pergi menyambung pelajarannya di Amsterdam . Tapi kini dia kembali menuntut haknya yang dulu . Haknya sebagai tunang atau lebih tepat bekas tunang .
Sekarang aku sudah berdiri tegak di hadapan rumah yang selama ini aku tinggalkan berminggu-minggu. sebelum menekan loceng rumah itu . Aku terdengar bunyi derapan kaki dari dalam yang sedang menuju ke arah pintu utama .
Terpancar wajah yang sangat dirinduinya itu di sebalik pintu . Wajah itu kelihatan kaku melihat aku bersama orang lain. Tambahan lagi bekas tunangku ini mengeletis, mengada-ngada denganku . Aku hanya diam di permukaan muka pintu sebelum diajak masuk oleh Syiqa .
" Hai abang .. " tegur Syiqa . Suaranya sedikit bergetar . Mungkin menahan tangisan yang mungkin akan merembes keluar sebentar lagi .
Aku mengukir senyuman pahit dan melangkah masuk ke rumah dengan perasaan bersalah . Bekas tunangku juga turut masuk dengan lenggoknya . Sengaja dia mengeselkan tubuhnya di tepi badanku membuatkan aku rimas dengannya .
" abang duduk dulu . Syi naik atas kejap " ujar Syiqa lalu melangkah ke anak tangga . Bayangan syiqa dihantar pergi oleh anak mataku. Perasaan bersalah semakin menebal apabila terdengar hempasan demi hempasan dari bilik atas . Aku tahu syiqa sedang melepaskan geram dan sakit hatinya padaku . Yaallah berdosanya aku telah melukai hati isteriku ..
Selepas menghantar bekas tunangku balik ke rumah ibu , aku terus bergerak ke rumah apabila mendapati Syiqa masih lagi tidak turun ke bawah . Perasaan risau mula menyelubungi hati . Segera aku mendaki tangga untuk mendapatkan isteriku .Apabila sampai di hadapan bilik , perasaan takut mula terasa . Siapa tak takut oi bila bini dah marah ? . Perlahan-lahan tombol pintu dipulas sebelum terbuka . Aku mencari kelibat Syiqa tapi tiada . Aik , takkan dah lari . Aduhh , janganlah buat hal . Macam mana aku nak jawab dengan mak dia nanti .
Tiba-tiba mataku tertancap pada figura yang sedang terbaring lesu di sebalik pintu . Aku memberanikan diri mendekati tubuh itu dan segera memangku kepalanya . Tangan laju menyentuh leher jinjang milik Syiqa . Panas ! She's sick ! Sick because of me . Argh
" Syi , wake up please . Ni abang syi .. " panggilku dengan nada perlahan yang mampu didengari olehnya .
Perlahan-lahan kelopak mata gadis itu bergerak dan terbuka . Bibirnya serta-merta tersenyum manis melihat figura yang ada di depannya ini .
" Abang .. Abang dah makan ? Syi ada masak untuk abang .Daging masak lemak cili api . Jom turun makan . " ajak Syiqa lembut . Dia menarik lengan suaminya supaya mengikutinya . Aku hanya akur .
Syiqa hanya tetap tersenyum walaupun hakikatnya hatinya masih lagi sakit dengan pekara petang tadi . Akal fikirannya tidak dapat melupakan cara dan lenggok gadis yang bersama suaminya itu . Tapi dia masih lagi bersikap professional dan positif . Syiqa cuba membuang fikirannya itu jauh-jauh .
Aku pelik . Ya . Aku pelik kenapa isteri aku tak marah pasal tadi ? dia tak kisah ke ? . Yaallah semoga kau tabahkan hati isteriku .
" Duduklah bang . Kenapa tercegat lagi berdiri dekat tepi tangga tu ? " tegur Syiqa . Tangannya masih ligat menyusun pinggan yang berisi lauk yang dimasaknya tadi .
Aku tersenyum nipis sebelum bergerak ke meja makan . Syiqa membukakan kerusi untukku dan menyendukkan nasi ke atas pinggan . Kemudian dia melabuhkan duduk di sebelahku . Tangannya laju mengambil lauk masak lemak daging itu masuk ke dalam pingganku .
Aku berdehem kecil sebelum bersuara .
"Syi tak makan ke ? " soalku sambil memandangnya . Syiqa hanya mengeleng lemah dan tersenyum .
" Abang makan jela . Syi dah makan tadi . Badan syi tak berapa nak sihat ni tu yang makan sebelum abang . Sorry ye ? " balasnya sambil memegang tapak tangan kiriku lalu mengenggam erat .
" Takpelah . Lepasni syi siap , abang bawak pergi klinik ya ? " kataku kemudian kembali menyambung makan yang tertangguh tadi .
" Eh takpelah . Syi dah telan panadol dan ubat demam tadi. Esok pagi kebahlah demam ni . Takyah risau okay " jawabnya pantas .
" Tap-- " belum sempat aku membalas . Dia laju menahan mulutku .
" Abang makan cepat . Nak syi suap ke ? " soalnya sambil menarik pingganku yang hanya tinggal nasi separuh .
Aku mengangguk manja . Laju mulutku menganga apabila huluran nasi sudah diberikan . Ah ! Sudah lama kami tidak bermanja-manja sebegini . Syiqa hanya tersenyum melihat keletah suaminya seperti keanak-anakkan . Comel !
" Okay dah habis . Abang pergi naik atas dulu , mandi ke , tukar baju ke . Syi nak kemas sikit dapur tu . " ujar Syiqa . Dia mengangkat pinggan kotor yang digunakan tadi ke dapur . Aku pula bergerak menaiki tangga tapi langkah ku terhenti apabila terdengar suara Syiqa dari dapur .
" By the way abang . Bau abang dah macam kawan abang dekat zoo tu . Apa eh nama dia ? . Haa orang utan HAHAAHHA " kata Syiqa lalu ketawa . Suka mengenakan suaminya .
Aku tergelak . Haih si isteri . Ada je benda nak buat aku gelak . Dari hujung tangga lagi aku dapat tangkap ketawa Syiqa yang masih lagi tidak berhenti . Kelakar sangatlah tu kenakan aku . Mungkin ketawa ni kali terakhir dapat aku dengar kerana selepas ni mulut itu akan keluar esakan tangisan . Ah kau kejam Hanafi !
' Disaat aku belajar erti sayang , disaat itu juga aku belajar erti kecewa '
Hopefully you gais sukalah P&P Special -2 ni . Keep vote and comments gais . Oh ya before i forgot . I'm so sorry bcs lambat publish . Dah ada dekat draft but lupa nak publish . Grr hahhahaha mesti korang marah kan ? . Ilek lah . Malam ni sis payung 1 part okay . Tapi please standby tisu sebab part malam ni akan buat korang mengalirkan airmata . Cewah ! tipu je ! . Cerita sis mana ada nak menitiskan airmata korang . Takpe just standby okay . Bye muahhhhh

ANDA SEDANG MEMBACA
TEENS IN LOVE [ C ]
TeenfikceFIRST PUBLISH ; 22 Dec 2016 END PUBLISH ; 15 June 2017 P/S : This story will be private , so please follow me before you read my story. Chapter 1-10 i will be unprivate . Keep readings