3 tahun berlalu
Banyak benda yang sudah dilalui oleh Syiqa sepanjang dia menjadi isteri kepada Hanafi . Perasaan sunyi mula menyelubungi diri apabila sang suami keluar berkerja . Hanafi masih lagi berkhidmat sebagai guru dan Alhamdulillah sudah dinaikkan pangkat sebagai guru disiplin . Fikirannya sekarang sarat memikirkan kawan-kawannya yang sedang berada di Kuala Lumpur . Sihatkah kawan-kawannya ? Dah ada anak kah ?
Cerita pasal anak . Sepanjang 3 tahun mereka melalui bahtera perkahwinan , Syiqa masih lagi belum menerima tanda-tanda yang dia akan mempunyai zuriat . Hanafi juga buntu memikirkan hal ini , dia mempunyai masalahkah ? atau isterinya ? . Setiap kali mereka menunaikan solat jemaah bersama-sama , Syiqa memanjatkan doa supaya Allah SWT memberi peluang kepada mereka merasai bagaimana mempunyai zuriat sendiri . Keluarga belah suaminya sudah mula mereka cerita tentang kesihatannya . Mengatakan bahawa Syiqa disahkan mandul . Gadis itu hanya menahan sebak di dada apabila dikatakan begitu dan paling tak dijangka , suaminya lebih menyebelahi keluarganya .
Teringat perbualan Ibu dengan suaminya tempoh hari . Kata-kata dari ibu sangat meremukkan hatinya . Sungguh tak di sangka itu yang dikatakan oleh ibu mentua . Di saat itu , Hanafi tidak berkata-kata malah tidak membalas apa yang dikatakan oleh ibu mentuanya . Dia hanya menunduk menekur lantai .
Hanafi juga sekarang selalu pulang lambat ke rumah . Katanya ada meeting di luar dan berhari-hari tidak balik ke rumah . Syiqa hanya menunggu dan menunggu sehingga suaminya pulang ke rumah . Tapi tidak berseorangan . Ada gadis disebelahnya yang memaut erat lengan suaminya . Gadis itu memberikan senyuman sinis kepadanya . Syiqa hanya diam tidak berkutik .
" Hai abang .. " tegur Syiqa apabila melihat Hanafi berdiri sahaja di kaki pintu .
Hanafi tersenyum .
" Sayang sihat ? " soal Hanafi seperti diantara mereka tidak berlaku apa-apa .
' Tak abang , syi sakit sangat .. ' rintih hatinya .
Hatinya seperti di siat-siat melihat kemesraan yang dipamerkan oleh gadis yang tidak dikenalinya itu . Ikutkan hati , mahu saja di menarik rambut perempuan yang sedang bergesel-gesel dengan suaminya itu . Ergh ! kalau ada ez dengan iz ni , aku rasa dah arwah minah ni dia orang buat ! Tapi dia sudah berjanji tidak akan mengasari orang selain terpaksa .
" Sihat bang . Masuklah " jawab Syiqa lalu menjemput suaminya masuk ke rumah . Aik , rumah sendiri takkan nak kena jemput pulak ? ke dah lupa ni rumah engkau ?. Yelah dah sedap berjoli dengan perempuan tu , mana ingat nak balik rumah . Tah-tah dah lupa ada bini .
" Em abang duduklah . Syi naik atas kejap " ujar Syiqa lalu mendaki tangga rumahnya .
Pintu biliknya ditutup rapat sebelum dia melepaskan tangisan di sebalik belakang pintu . Abang kejam ! Abang duakan syi ! Syi benci abang ! . Frame gambar perkahwinan mereka yang dipegang syiqa , dicampak jauh . Benci dia melihat senyuman yang terpamer di raut wajah suaminya . Itu semua dusta !!
" Syi sayang abang tapi abang buat syi macam ni . Apa salah syi dekat abang ? . Kalau abang nak kata pasal anak , itu ketentuan Allah bang . Itu kehendak dia nak bagi atau tak . Kenapa abang tak reti nak bersabar ?! Kenapa perlu cari yang lain ! " jerit syiqa melepaskan sakit yang terbuku dihatinya .
Airmatanya mengalir lesu di lekuk pipinya . Dia penat .. penat dengan semua masalah yang dihadapinya . Akhirnya syiqa terlena di sebalik pintu dengan matanya yang masih lagi gigih mengeluarkan airmata .
" Tuhan menciptakan wanita untuk dijaga oleh lelaki bukan untuk disakiti oleh lelaki "
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE [ C ]
Teen FictionFIRST PUBLISH ; 22 Dec 2016 END PUBLISH ; 15 June 2017 P/S : This story will be private , so please follow me before you read my story. Chapter 1-10 i will be unprivate . Keep readings