01

43 3 0
                                    

Aku tersengih lebar melihat adegan romantis pelakon kegemaran aku , Adam Hanif meluahkan perasaannya terhadap heroin drama Kau Milik Aku . Membahang muka aku saat lelaki tampan itu tersenyum manis . Walaupun bukan pada aku , tapi tetap dia tersenyum di hadapan kamera .

Aduh . Sudahlah kacak . Kaya . Pandai pun pandai . Daya penarik dia memang tip top ! Serba serbi cukup . Tak seperti pelakon yang lain . Cukup pakej , tapi sayang , sosial nak mati .

But everytime you hurt me , the less that I cry
And everytime you leave me, the quicker these tears dry
And everytime you walk out , the less I love you
Baby , we don't stand a chance ,
It's sad but It's true .

Spontan , mata aku melorot pada telefon pintar di tepi . Dahi berkerut tatkala nombor yang tidak disimpan dalam kenalan telefon aku terpapar di skrin . Aku berkira-kira , sama ada untuk menjawab panggilan itu ataupun tidak .

Angkat sajalah . Mana tahu penting .

Pantas sahaja aku meleret ikon hijau , lalu ditekapkan ke telinga . Aku diam untuk beberapa saat , menunggu si pemanggil yang mulakan perbualan . Tapi melihatkan dia hanya berdiam diri seperti aku , terpaksalah aku membuka mulut menegurnya dahulu . " Iya cari siapa ? "

Aku mengangguk walaupun aku tahu , dia takkan nampak perbuatan aku . " Saya Norsyazlina . Kenapa ? " Aku mendengar penjelasan si pemanggil itu , tapi mata aku masih kekal pada televisyen . Kadang-kadang aku tertawa kecil sehinggakan gadis yang aku anggarkan dalam usia 30-an nya itu menanyakan keadaan aku . Nasib baik aku cepat-cepat cover . Kalau tak , kantoi je aku tengah layan drama .

" Saya nak beritahu cik yang cik dah menang peraduan itu . "

Aku terkedu . Hampir - hampir sahaja aku tersembur kerepek yang aku sedang kunyah . Mata aku membulat . Pantas sahaja aku berlari masuk ke bilik . " B-Betul ke saya dah menang ? Awak tak tipu kan ? " Soal aku untuk dapatkan kepastian .

Aku hampir menjerit saat wakil daripada peraduan itu mengiyakan jawapan aku . Sungguh , aku terlampau gembira sehinggakan aku tak dapat bercakap apa-apa . Satu - satunya impian aku yang paling teratas , akhirnya akan terlaksana . " Terima kasih . Terima kasih sangat-sangat . Nanti saya akan selesaikan apa-apa yang patut . Terima kasih lagi ya . Assalamualaikum . " Aku melekapkan telefon ke dada . Senyuman masih kekal meniti di bibir .

" Okey . Okey . Sekarang aku nak beritahu siapa ? Sekarang aku nak beritahu siapa ? " Aku mundar-mandir di ruang bilik sambil menggigit jari . Langkah aku terus terhenti bila otak aku sudah fikirkan seseorang yang boleh aku kongsikan keterujaan aku . Pantas sahaja aku mencari namanya di contact , lalu ditekan . Aku menunggu beberapa saat , menanti Alin menjawab panggilan aku .

" Hello . "

" Alin , kau tahu tak aku menang peraduan itu ! " Bilang aku tidak sabar .

" Peraduan apa ? "

Senyuman aku mengendur . Tch . Tak guna betul Alin ini . " Ish kau ini . Peraduan pergi Korea itulah . Kan aku dah pernah cakap dengan kau . " Untuk kali keberapa , aku menerangkan segala-galanya kepada Alin . Naik berbuih mulut aku .

" Oh peraduan itu . Haa kenapa dengan peraduan itu ? "

Dahi ditepuk . Susah , susah . Aku menggeleng kesal , kesal dengan perangai Alin yang kuat pelupa ini . " Kan aku dah cakap , aku nak bawa kau sekali . " Belum sempat aku mahu meneruskan ayat , Alin sudah terlebih dahulu menjerit kegirangan di hujung sana . Terpaksa aku menjauhkan telefon akibat bingit dengan jeritannya .

" Wei kau biar betul nak bawa aku sekali ?! Tak lawaklah wei . "

Spontan , mata aku terjuling ke atas . " Iya . Aku tak buat lawak pun . Memang aku dah decide , aku nak bawa kau sekali if aku menang peraduan itu . " Sekali lagi , aku menangkap jeritan gadis itu . Aku melepaskan nafas , seraya menjauhkan telefon dari telinga .

Si Cik PemimpiWhere stories live. Discover now