Jadi , malam itu tepat pukul 8 malam , aku sudah ada di taman yang disebutkan Park Goon tadi . Nasib aku baik kerana keadaan taman itu yang agak terang dan pengunjungnya juga ramai . Jadi , sudah tentu pertemuan aku dengan Park Goon kali ini tidak akan disalah anggap oleh orang lain .
Bangku kayu yang memang telah tersedia , aku dekati dan melabuhkan punggung di situ . Sementara menunggu kedatangan Park Goon , aku menghabiskan masa dengan memerhatikan gelagat rakyat Korea yang hadir ke situ . Kanak-kanak berkejar-kejaran sesama sendiri menggamit minat aku untuk lebih perhatikan mereka . Aku mengukir senyuman nipis . Comelnya mereka . Sesekali mereka melambai ke arah aku dan dengan senang hati , aku melambai kembali .
" Mian . Saya sibuk tadi . " Sebelah aku yang kosong didudukinya . Maksud aku , dia duduk tidaklah terlalu hampir dengan aku . Seakan tahu batas-batas Islam , dia meletakkan topi keledarnya yang berwarna hitam di antara kami berdua .
" Tak apa . Saya faham . " Senyuman manis aku berikan padanya . Melihatkan dahinya yang penuh dengan cecair-cecair jernih , segera aku mengeluarkan sepaket tisu lalu dihulurkan padanya . Kasihan . Mungkin dia berlari dari tempat kerjanya ke sini .
" Gomawo . " Ucapnya sambil tersengih . Matanya yang tidak terlalu sepet itu menjadi sepet kerana senyumannya yang terlampau lebar . Aku terpaku melihatnya . Comelnya !
Tisu pemberian aku tadi disimpan ke dalam poket jaketnya . Entah mengapa , hati aku sedikit terusik dengan tindakannya . Mungkin ini cuba perasaan aku , tapi aku dapat rasakan Park Goon yang berada di hadapan aku sekarang mempunyai ciri - ciri yang sama dengan Park Goon aku .
" Jadi , awak kena tunaikan janji awak . " Lamunan aku terhenti tatkala Park Goon mula memusingkan badannya menghadap aku .
Aku mengangguk kecil sambil mengherotkan bibir ke kiri kanan . " Apa yang awak nak tahu ? " Soal aku sambil berbalas pandangan dengannya .
Pipinya mengembung , bersama kerutan di wajahnya . " Segalanya . Macam mana awak boleh kenal saya . Macam mana awak boleh tahu semua perkara tentang saya . "
Aku memuncung . Kemudian aku memejam mata , sambil menunduk . " Sebelum saya cerita segalanya tentang awak , boleh saya nak pastikan yang awak adalah Park Goon yang saya kenal ? "
" Teruskan . " Setelah diberi keizinan , wajah jejaka itu aku pandang . Bukan . Aku tenung . Tenung dengan penuh kasih .
Walaupun hati aku sudah mula berubah rentak dengan laju , namun aku cuba sedaya upaya untuk kawal segala pergerakan dan pertuturan aku agar debaran aku tidak terlalu ketara di matanya .
Aku menarik nafas . Segala biodata Park Goon ciptaan aku , diingati semula . " Macam yang saya dah beritahu awak , nama awak Park Goon dan lahir pada 12 Disember . Cuma perihal keluarga awak , saya tak rasa saya patut sentuh tentang hal itu , kan ? "
Dia menggeleng . Wajahnya ditundukkan ke lantai , sambil kedua tangannya mengenggam bangku itu . Untuk beberapa saat , kami hanya mendiamkan diri . Sebenarnya , aku cuba untuk memulakan perbualan , cuma aku rasa Park Goon masih perlukan keadaan yang sunyi saat ini .
Dia memandang ke arah aku sekilas . " Tak apa . Awak boleh teruskan tentang keluarga saya . " Balasnya , memberi keizinan untuk aku supaya meneruskan penerangan ." Baik . Saya tak tahu sama ada ini betul atau tidak , tapi apa yang saya dapat , awak satu-satunya ahli keluarga yang masih hidup selepas kemalangan 4 tahun lepas , kan ? " Matanya membulat ke arah aku . Mungkin kaget kerana aku mengetahui tentang kemalangan yang telah meragut nyawa kedua ibu bapanya .
Tidak mahu Park Goon mengasak aku dengan soalan , pantas sahaja aku menyambung . " Saya tak tahu perihal sekolah rendah dan sekolah menengah awak , tapi awak bersekolah tinggi di School Of Art School . Selepas graduate , awak dapat tawaran belajar dekat Singapura . Tapi disebabkan masalah kewangan , awak terpaksa berhenti belajar dan terpaksa menyara keluarga awak . Apa yang saya cakap , betul kan ? " Usai aku mengutarakan semua ayat aku , wajah Park Goon yang dalam dilema aku pandang .
YOU ARE READING
Si Cik Pemimpi
JugendliteraturTiada siapa yang menyangka , bahawa watak imaginasi itu juga adalah hidup . Begitu juga dia . Tak pernah dibayangkan seumur hidupnya lelaki ciptaannya akan benar-benar muncul di hadapan matanya . " Selama ini , saya percayakan yang awak memang wuju...