04

12 3 0
                                    

Sebuah bangku kayu yang memang disediakan di kawasan perumahan itu , aku dekati . Lalu , dengan sekali gerakan , punggung dihempaskan ke situ . Lenguh kaki aku apabila terpaksa berjalan di kawasan yang terkenal dengan lukisan dindingnya yang tampak hidup di sepanjang laluan .

Disebabkan perumahan itu merupakan perumahan yang boleh dikatakan agak tidak maju pada suatu ketika dahulu , jadi kami terpaksa berjalan kaki untuk menyusuri laluan itu memandangkan kenderaan yang besar seperti kereta dan bas tidak muat untuk melalui kawasan tersebut .

Sementara menunggu Noor Razlin membeli aiskrim di gerai yang jauhnya hanya 200 meter dari kedudukan aku , sengaja aku perhatikan gelagat penduduk asli negara itu yang sibuk melakukan rutin harian mereka .

" Nah . " Ujar Noor Razlin sambil menghulurkan sebuah mangkuk sederhana besar yang berisikan aiskrim perisa vanilla coklat , perisa kegemaran aku .

Aku tersengih teruja . Pantas sahaja , aku menyambut hulurannya . " Aiskrim sayang . Selamat masuk ke dalam perut mama . " Pantas aku mencedok satu sudu aiskrim lalu menyumbatnya ke dalam mulut . Spontan , kedua mataku terpejam akibat terlalu menikmati keenakan aiskrim tersebut .

Dia menyenggol perut aku . Terus terhenti kelakuan aku , kemudian menjeling tajam ke arahnya . " Muka janganlah macam itu . Orang fikir lain pula nanti . "

Aku mendecit kecil . Seiring aku menyuap lagi aiskrim ke dalam mulut . " Orang tak faham wei . " Bidas aku dengan mulut yang masih penuh dengan aiskrim .

Suapannya terhenti . Lalu tubuhnya dihadapkan berhadapan aku . " Apa yang orang tak faham ? Kau beritahu aku . Biar aku faham . "

" Okey macam inilah aku explain . " Aku turut memalingkan tubuh , berhadapan sepertinya . Cawan aiskrim , aku letakkan ke atas bangku . " Aku memang suka aiskrim . Kau pun tahu betapa gilanya aku dengan aiskrim ini kan ? " Noor Razlin mengangguk tanda dia mengetahui betapa obsesnya aku dengan aiskrim .

" Dan bila aku dapat makan aiskrim , lebih-lebih lagi aiskrim made from Korea ini , perasaan dia lain tau ! Rasa sedap dia 2 kali ganda lagi sedap daripada aku makan kat Malaysia . Rasa syok dia 2 kali ganda daripada aku makan kat Malaysia . Rasa teru-" Percakapan aku terus terhenti tatkala secara tiba -tiba aku ternampak kelibat belakang badan seseorang yang aku kenal . Mungkin wajahnya aku tidak pasti , tapi mengikut postur tubuhnya , aku teramat pasti dia adalah orang yang sama .

" Woi . Kau kenapa ? " Melihatkan aku yang diam secara mengejut , Alin terus memandang ke arah tempat yang aku sedang perhatikan . Tidak lama selepas itu , Noor Razlin memandang wajah aku semula dengan pandangan yang boleh aku katakan sebagai pandangan yang pelik . Kerutan sedikit terhasil di wajahnya ; mungkin dia pelik dengan pandangan aku ke arah manusia tersebut .

Tas tangan aku capai , lalu disangkutkan ke bahu . " Alin . Ikut aku sekejap . " Aku bangkit dari bangku itu . Aku menjengah-jengah mencari insan tadi .

Dia memandang aku pelik . Mulutnya melopong . Tangannya dinaik menggaru leher . " Pergi mana pula kau ini ? Kita baru saja rehatkan . "

" Ikut sajalah . " Kaki aku langkahkan ke arah kedai yang dimasuki oleh insan tadi . Akibat takut ditinggalkan , Alin dengan terpaksanya mengikuti langkah aku .

Apabila kaki aku berada di hadapan pintu masuk kedai tersebut , aku mula memerhatikan keadaan di dalamnya . Papan tanda yang digantungkan di atas pintu kedai itu aku lihat . Aku tidaklah sepandai mana membaca hangul , tapi kalau setakat sikit -sikit itu bolehlah walaupun agak lambat dan gagap .

Melalui pemahamanku , kedai ini merupakan kedai makan yang menjual makanan tradisional Korea . Akibat terlalu musykil dengan kewujudan manusia tadi , segera aku masuk ke dalam kedai tersebut , walaupun Alin yang berada di belakang aku sudah menjerit -jerit melarang aku agar tidak memasuki kedai tersebut .

Si Cik PemimpiWhere stories live. Discover now