08

9 2 0
                                    

Pemandangan Kota Seoul pada waktu malam memang menenangkan . Tambah lagi dengan cuaca yang tidak terlalu sejuk memandangkan musim sejuk akan berakhir tidak lama lagi .  Walaupun jarum pendek sudah menginjak ke angka 12 , mata aku masih lagi belum mengantuk . Ingatan aku masih lagi terfikirkan tentang Park Goon .

Entah mengapa , aku rasa serba salah sebab menengkingnya tadi walhal dia langsung tak buat salah dekat aku . Dia hanya menanyakan tentang bagaimana aku mengetahui dirinya dengan begitu jelas , sedangkan kami hanya baru berkenalan . Tapi aku terlampau bodoh kerana begitu tega memarahinya dengan sebegitu rupa . Ya Tuhan . Kenapa kau biarkan aku berkelakuan seperti itu ? Sudah pasti lelaki itu tidak mempercayai kata-kata aku lagi selepas ini .

Aku cuma tertekan , tertekan dengan semua perkara yang menimpa aku yang secara tiba-tiba . Bagaimana aku menang peraduan ke Korea ini walhal jawapan yang ditulis aku tidaklah gramatis mana , bagaimana aku boleh pergi ke kawasan yang menempatkan tempat kerja Park Goon , dan bagaimana aku boleh berjumpa dengan Park Goon .

Kadang kala aku rasakan semua perkara ini seperti telah dirancang dari awal . Mungkin Allah S.W.T nak temukan aku dengan jodoh aku iaitu Park Goon . Sebab itu DIA telah menetapkan segala-galanya dari awal . Aku tidak boleh menindakkan tindakannya , jadi aku hanya mampu berserah . Aku tahu semua ini adalah untuk kebaikan aku .

Bila aku fikirkan balik , kenapa aku perlu rahsiakan semua perkara ini daripada pengetahuan Park Goon ? Walhal aku rasa tidak salah untuk aku menceritakan hubungan aku dengannya . Aku bukan sahaja tidak berterus terang dengannya tentang segala-galanya , malah ketika aku dapat tahu dia mempunyai persamaan yang banyak dengan Park Goon aku , aku seperti tidak dapat terima hakikat bahawa mereka adalah orang yang sama , malah aku tega mengharapkan Park Goon itu adalah berlainan dengan Park Goon aku .

Aku bukannya tidak teruja apabila mengetahui Park Goon wujud dalam dunia yang sebenar . Aku terlampau teruja sehinggakan aku tak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata , malah perbuatan aku juga tidak dapat mengungkapnya . Aku terlampau teruja sehinggakan aku akan menangis setiap kali teringatkan perihal itu .

Dalam pada yang sama , aku takut perasaan Park Goon yang ini berlainan dari perasaan Park Goon dalam dunia khayalan aku . Park Goon ciptaan aku amat menyayangi aku seperti nyawanya sendiri , dan dia sanggup buat apa sahaja demi aku .

Tapi aku tidak mengetahui apa perasaan Park Goon yang sebenar ini pada aku . Mungkin dia sudah mempunyai gadis yang bertakhta di hatinya . Siapa tahu ? Jadi , aku takut aku akan kehilangan Park Goon yang sebenar dan secara jujurnya aku tidak mahu perkara ini berlaku .

Jadi , disebabkan itu aku tidak mahu memberitahunya tentang dunia yang aku cipta bersamanya . Biarlah aku pikat hati dia terlebih dahulu , barulah aku akan memberitahunya tentang segala-galanya . Aku cuma takut bila aku ceritakan perihal ini terlalu awal , Park Goon akan menganggap aku seorang perempuan yang gila dan seterusnya tidak akan mempercayai kata -kata aku lagi . Tak . Aku tak akan benarkan perkara itu berlaku .

Memikirkan perkara itu sahaja sudah membuatkan hati aku sebak . Aku tak sanggup kehilangan Park Goon . Aku terlalu sayangkan dia sampaikan aku tak pernah bayangkan dia hilang dari dunia imaginasi aku . Biarlah dia terus menjadi putera idaman aku buat selama-lamanya . Mungkin orang akan anggap aku gila sebab sayangkan watak yang tidak wujud .

Park Goon bagaikan segala -galanya bagi aku . Dia sentiasa menjadi tempat aku meluahkan isi hati aku . Dia sentiasa menemani aku ketika aku kesepian . Dan dia sentiasa membuatkan bibir aku tersenyum setiap kali teringatkannya walaupun aku tahu segala ayatnya , tingkah lakunya dan fikirannya aku yang kawal . Berkat Park Goon juga , maruah aku sebagai perempuan dapat dijaga . Sejak aku bersamanya , aku tidak lagi terjebak dengan gejala sosial yang sering dikaitkan dengan remaja pada masa kini .

Si Cik PemimpiWhere stories live. Discover now