Aku termenung ke luar tingkap . Mencari ketenangan untuk fikiran aku yang sedang serabut . Sukar untuk aku buat pilihan untuk terus setia menanti Park Goon yang aku sendiri tak tahu keadaannya macam mana . Dan pilihan untuk terima Raziq Darwish sebagai teman istimewa aku .
Bila aku fikirkan balik , tak salah untuk aku beri jejaka tampan itu peluang . Melihatkan kesungguhannya untuk pikat aku , aku tahu dia lelaki yang boleh bahagiakan aku dunia akhirat . Tapi hati aku was-was . Aku masih ada perasaan dekat Park Goon . Aku cuba untuk hakis perasaan itu dari dinding hati aku . Tapi makin aku cuba , makin aku suka , makin aku sayang , makin aku rindu dekat lelaki itu . Kasih sayang yang aku pahat selama bertahun dalam hati bukannya mudah untuk dibuang . Jadi satu-satunya cara untuk aku hilangkan perasaan ini , ialah aku perlu terima lelaki lain untuk penuhkan kekosongan ruang hati ini .
Bohonglah kalau aku cakap aku tak ada sekumit perasaan terkilan terhadap Park Goon . Tidak rindukah dia pada aku ? Dia betul-betul dah lupakan aku ke ? Tanggapan seperti itu seringkali berlegar-legar dalam fikiran aku . Kalau memang betul Park Goon sayangkan aku , cintakan aku sepertimana yang dia selalu ucapkan ketika kami bersama dahulu , sudah pasti kini dia sudah terpacak di hadapan mata aku , melutut merayu kemaafan dari aku . Tapi kau lihatlah . Satu mesej darinya turut aku tak dapat . Kejam .
Lamunan aku terhenti bila aku rasakan tangan seseorang menyentuh bahu aku . Wajah aku naikkan , untuk melihat si gerangan yang telah kejutkan ' tidur ' aku yang lena . Bila muka manis Alin yang menyapa bebola mata , spontan aku menghadiahkan senyuman nipis kepadanya . Aku tahu yang dia sedang risau tentang keadaan diri aku yang memang tampak tidak terurus . Hampir 5 bulan aku hanya duduk termenung fikirkan nasib aku . Malah kadang-kadang , aku menangis di sebalik selimut untuk melepaskan semua perasaan yang hanya terpendam di dalam hati . Jadi , cakap dengan aku kawan mana yang tak risau kalau kawan baiknya berkelakuan begitu ?
Kerusi di sebelah aku , Alin tarik lalu melabuhkan punggungnya di situ . " Kau okey ? Dari tadi aku tengok kau asyik mengelamun saja . " Soal Alin sambil matanya memandang redup wajah aku .
Aku mengangguk sambil tersenyum nipis . " Aku okey . Aku cuma teringatkan kampung . Tiba-tiba rindu nak balik . " Aku tertawa kecil . Sekadar untuk menutup keadaan kekok yang sedang berlangsung di antara kami berdua .
" Jangan tipu Syaz . Aku kenal kau macam mana . Kalau boleh , kau tak nak balik kampung langsung . Asal tiba-tiba nak balik . " Nah . Memang benar kata - katanya . Jangan menipu dengan Alin , Syaz . Dia tahu segala-galanya tentang kau .
Aku mengeluh , perlahan . Wajah Alin aku tatap . " Alin . Aku tak tahu nak buat apa sekarang . " Setelah sekian lama memendam rasa seorang diri , akhirnya aku luahkan jua perkara yang telah buatkan hidup aku serba tak kena .
" Kenapa ? Park Goon ada telefon kau ? " Duga Alin .
Aku menggeleng sambil menundukkan wajah aku ke lantai . " Tak . Dia tak telefon . "
" Habis itu , kenapa kau jadi macam ini ? Macam tak terurus . "
" Entahlah . Aku macam tak tahu apa kena dengan diri aku sekarang . Aku macam dah tak kenal dengan diri aku . " Luah aku dari hati .
Kadang-kadang , aku fikirkan yang aku sudah berubah menjadi orang lain sejak aku bersama Park Goon . Tapi bila fikirkan semula , diri aku langsung tak berubah . Cuma emosi aku yang kadang-kadang tak dapat dikawal . Mungkin sebab itu aku rasakan yang aku sudah berubah .
" Maksud kau ? "
Aku menarik nafas beberapa kali sebelum pandangan aku halakan ke Alin . " Aku rasa aku patut bagi Raziq peluang . "
****************
Aku melangkah masuk ke kafeteria dengan berdebar . Pagi tadi , selepas dapat panggilan daripada Syazlin yang dia mahu berjumpa dengan aku , terus aku bersiap ala kadar dan pecut ke sini . Nasib baik hari ini nasib aku boleh dikatakan bertuah kerana jalan tidak terlalu sesak . Jadi cepatlah aku sampai ke tempat yang diberitahu oleh Syazlin .

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Cik Pemimpi
Teen FictionTiada siapa yang menyangka , bahawa watak imaginasi itu juga adalah hidup . Begitu juga dia . Tak pernah dibayangkan seumur hidupnya lelaki ciptaannya akan benar-benar muncul di hadapan matanya . " Selama ini , saya percayakan yang awak memang wuju...