29

7 2 0
                                    

Tasik yang beralun tenang di hadapan aku , aku perhatikan dengan penuh asyik . Kelopak mata aku terpejam tatkala angin bayu sesekali menerpa wajah aku . Jujur aku katakan , aku sukakan keadaan ini . Maksud aku , aku sukakan tempat ini .

Sunyi . Tenang . Cantik . Langsung tiada orang . Hanya aku seorang di sini ditemani dengan makhluk alam yang terlampau cantik . Pelbagai flora yang berbagai warna dan jenis tumbuh mekar di sekeliling aku .

Dan di hadapan aku sekarang , terbentang sebuah tasik yang terlampau luas sehinggakan aku tak dapat lihat mana penghujungnya . Langit yang serba biru , dicorakkan dengan pelbagai bentuk awan makin buatkan jiwa aku tenang .

Goon .

Perlahan-lahan aku celikkan kelopak mata aku apabila telinga aku menangkap sayup - sayup suara gadis memanggil nama aku . Keadaan sekeliling aku perhatikan . Mungkin ada manusia lain di sini yang kenal dengan aku . Mungkin sebab itu dia panggil nama aku . Mungkin kan ?

" Ada sesiapa di sini ? "

Sunyi .

" Helo . Ada sesiapa di sini ke ? Siapa yang panggil nama saya ? "

Dan masih sama . Tetap sunyi . Hanya bunyi kicauan burung-burung yang sedang bekerja keras untuk terbangkan sayapnya nun di atas langit sana yang aku dengar . Mungkin hanya perasaan aku saja itu . Aku cuba sedapkan hati . Sekali lagi aku perhatikan sekeliling taman itu , sebelum dihalakan semula pada tasik di hadapan . Tiada siapa di sini . Hanya ada aku .

" Goon . "

Pantas , aku halakan pandangan ke belakang aku bila bahu aku dicuit . Gadis yang memakai jubah berwarna putih , dan dipadankan dengan hijab yang mempunyai sama warna dengan pakaiannya menyapa pandangan aku saat aku palingkan wajah aku ke belakang .

" S-Syazlin ? " Gadis itu tersengih nipis pada aku . Melihatkan senyumannya , spontan bibir aku merekah senyuman nipis . Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tersenyum pada waktu itu . Kau tahu , senyumannya bagaikan pukauan bagi aku . Tindakan yang tidak terkawal mungkin .

" Awak buat apa dekat sini ? " Tanya aku lagi bila Syazlin berterusan tenung aku sambil tersenyum .

" Saya nak beritahu awak sesuatu . "

" Apa dia ? "

" Saya nak awak tahu , yang kemungkinan lepas ini , ada banyak cabaran yang kita kena lalui . Tapi saya nak awak tahu , walau apa pun yang terjadi , saya tetap sayangkan awak . Dan saya akan tetap tunggu awak sampai bila - bila kalau awak terpaksa tinggalkan saya . Ingat itu . " Gadis itu menitip pesanan buat aku yang aku rasa agak pelik .

Iyalah . Pesanan yang agak tiba-tiba dan mampu buatkan hati kau jadi berdebar . Berdebar sebab pesanan yang Syazlin bagi untuk aku itu seperti akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku tidak lama lagi . Atau hubungan kami ini sudah sampai ke penghujungnya .

" Apa awak merepek ini ? Kenapa awak cakap macam itu ? Awak tahu kan saya sayangkan awak ? " Sejurus aku selesai bercakap , Syazlin mengangguk laju sambil bibirnya masih tetap tersenyum .

" Awak tahu kan , setiap hubungan pasti ada ujiannya . Pasangan yang dah berkahwin berpuluh tahun sekalipun terpaksa hadap ujian yang teruk . Ini lagikan kita yang hanya jadi pasangan yang masih belum sah . Jadi , apa awak fikir yang hubungan kita tak akan dilanda masalah ? " Aku terpana , terkejut dengan penerangan Syazlin . Aku cuma pelik , kenapa dia perlu berubah seperti ini sekali ? Walhal semalam aku dan dia hanya baik - baik sahaja .

" S-Syazlin . " Aku pandang wajahnya , dan gadis itu turut berbuat perkara yang sama seperti aku . Aku mara beberapa tapak untuk merapatkan jurang antara aku dan dia .

Si Cik PemimpiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang