33

7 0 0
                                    

" Syaz . Kau okey tak ? " Lamunan aku terhenti . Wajah hairan Alin aku pandang . " Kau okey tak ? Kenapa termenung ? Aku nak buka pintu ini ? " Soalnya lagi sambil matanya melirik ke arah tombol pintu .

Aku meraup kasar wajah bila sudah sedar dengan keadaan yang sedang terjadi . Ya Tuhan . Bagaimana aku boleh berangan tadi ?

" Bukalah . " Jawab aku ringkas .

" Okey . " Perlahan-lahan tombol pintu itu dipusing , lalu ditarik . Wajah jejaka yang sedang tersenyum manis di hadapan pintu menyapa penglihatan kami .

" Raziq . " Aku dan Alin berpandangan . Lalu dihalakan semula pada wajah lelaki itu . " Masuklah . Saya fikir siapa tadi . " Pelawa Alin tanpa berbincang dengan aku dulu . Aku di belakangnya masih kaget .

" Oh okey . " Jawab Raziq Darwish sambil tersenyum nipis .

Raziq melangkah masuk ke dalam rumah kami berdua . Bila terlihatkan aku yang masih bersembunyi di belakang Alin , Raziq melakarkan senyuman nipisnya pada aku . Dan aku membalasnya dengan begitu kekok . Kau tahu , bila lelaki yang sukakan kau tiba-tiba datang rumah kau malam-malam , suasana terus berubah kekok . Mungkin bagi orang lain tak . Tapi bagi aku , terlampau ya .

Lengan Alin aku cubit . Gadis itu menyeringai kesakitan bila cubitan aku mula menunjukkan bisa . " Kau kenapa ?! " Marah Alin sambil tangannya sibuk mengusap kawasan yang menjadi mangsa cubitan aku .

Wajah Alin , aku cerlung tajam . " Yang kau bagi dia masuk kenapa ?! " Suara aku kawal sebaik mungkin supaya tidak didengari Raziq .

Memang aku tak suka dirinya datang ke rumah kami , tapi dalam Islam kan sudah cakap yang tetamu wajib dilayan . Nak tak nak , aku kena relakan hati aku untuk jaga perasaannya juga .

" Dah dia datang rumah kita , takkanlah aku nak biar dia duduk luar je ? Kesianlah wei . Tak baik tau buat tetamu macam itu . " Nasihat Alin sambil matanya ligat meninjau - ninjau kelibat Raziq yang sudah mengambil tempat di sofa . Risau juga kalau tiba-tiba jejaka itu di belakang mereka .

" Tapi agak - agaklah wei . Kau pun tahu aku dengan dia macam mana . "

" Ya . Aku tahu . Kau baru saja tolak perasaan dia minggu lepas . Tapi mungkin dia datang bukan sebab itu . Mungkin sebab lecturer ada bagi paper ke dekat kita , or assignment yang kita kena buat . Haa cuba fikir positif sikit . " Yakin Alin mengeluarkan pendapatnya . Aku membuat mimik muka menyampah lalu berlalu pergi meninggalkannya . Sakit hati aku .

Alat kawalan di atas meja aku ambil , lalu televisyen aku buka . Siaran One HD aku buka . Bagus . Ada drama yang aku boleh tonton . Tak adalah aku perlu melayan Raziq yang duduk bertentangan dengan aku .

Bukannya aku tak tahu yang dia dari tadi perhatikan aku . Cuma kau tahulah , bila aku sudah tiada hati dekat lelaki itu , jangan harap aku akan melayannya . Tidak kiralah dia itu kaya macam Shahrukh Khan ke , pandai macam Albert Einstein ke , kacak macam Alif Aziz ke .

Aku cuma fobia . Aku tak mahu memberi harapan dan diberi harapan lagi . Cukup-cukuplah aku sudah hampakan perasaan seorang lelaki yang terlalu baik untuk aku dulu . Walaupun perkara itu sudah hampir 8 tahun berlalu , tapi aku tahu lelaki yang paling baik aku pernah jumpa itu , di sudut hatinya yang paling dalam masih lagi terluka dengan kelakuan aku yang dulu . Walaupun aku sudah minta maaf . Bukan sekali dua . Malah banyak kali . Tapi rasa serba salahnya , aku masih rasa sampai sekarang . Sebab itu aku tak mahu memberi harapan lagi .

Aku tahu bagaimana perasaan bila diberi harapan . Sakit dia , Ya Tuhan . Hanya Allah saja yang tahu . Nasib baik pada waktu itu aku sudah berumur 16 tahun . Jadi aku dapat berfikir dengan waras walaupun pada hakikatnya berbulan juga aku mengambil masa untuk pulih dari sebarang kesakitan . Sakit di hati kerana sering rindukannya . Sakit di otak kerana sering fikirkannya . Sakit di mata kerana sering melihatnya . Sakit di telinga kerana sering mendengar suaranya . Sepanjang masa ' pemulihan ' aku itu , aku lebih banyak mendiamkan diri . Dan kemudiannya menangis . Pergi sekolah , diam . Balik rumah , diam . Ketawa sedikit , lepas itu diam balik . Aku pun tak tahu bagaimana aku boleh keluar dari dunia gelap itu . Tiba-tiba aku jadi diri aku yang dulu . Tapi aku rasa , aku lagi gila daripada diri aku yang sebelum dunia gelap . Proses untuk hiburkan diri mungkin .

Si Cik PemimpiWhere stories live. Discover now