" Sebab saya takut awak akan tinggalkan saya . "
Aku terpaku memandangnya . Untuk pertama kali , hati aku berdebar bila dengar perempuan cakap macam itu . Bukannya aku tak pernah dengar perempuan lain bercakap seperti itu . Dulu ketika aku masih bersekolah , sering juga aku disajikan dengan ayat-ayat yang seperti itu .
Cuma pada ketika itu , aku akan rasa seperti hendak muntah bila ada perempuan yang cakap macam itu pada aku . Iyalah . Mereka masih muda . Masih bersekolah . Tapi sudah pandai menggunakan ayat-ayat yang teramatlah palsu untuk pikat aku . Baik mereka jaga diri mereka sendiri . Aku masih kuat untuk jaga diri aku , jadi jangan risau tentang aku .
Cuma , bila aku dengar syazlin yang utarakan ayat seperti itu , hati aku berdebar-debar dan perut aku seakan senak . Dapat aku rasa keikhlasan dalam ayat Syazlin . Bukan seperti perempuan-perempuan yang lain . Lagi-lagi bila anak mata dia yang cantik itu pandang tepat ke arah aku ketika dia bercakap . Oh sumpah aku cair .
" Cara awak bercakap macam awak betul-betul sukakan saya . " Wajah dia aku pandang kosong . Walhal hati aku sudah berdebar dengan menggila . Aku kena kawal riak wajah aku . Barulah Syazlin tak akan tahu yang aku sedang berdebar sekarang .
" Dah memang hakikatnya , saya benar-benar sukakan awak . Jadi kenapa saya kena berlakon untuk pura-pura sukakan awak ? " Bidasnya dan itu membuatkan mulut aku tergamam untuk berbahas dengannya tentang hal ini .
" Terima kasih sebab sukakan saya . Saya hargai sangat . Tapi saya tak janji yang saya boleh balas perasaan awak . Maaf . " Wajah Syazlin aku pandang . Wajahnya yang tersenyum tadi mula bertukar keruh . Kelopak matanya seakan berair . Dan sejujurnya aku rasa serba salah kerana bercakap tentang itu sekarang . Sudah pasti hati dia terluka .
Bodoh kau Park Goon . Dia bersusah payah jaga kau . Tapi ini yang kau balas untuk dia ? Kau kejam Park Goon . Kau kejam .
" Saya tahu awak tak suka saya macam macam saya sukakan awak . Tapi saya tak kisah . Yang penting , awak sedar kewujudan saya di sisi awak . Dan saya teramatlah hargai itu . " Dia cuba untuk senyum pada aku , walaupun aku tahu hati dia sedang menangis .
Air mata yang hampir menitis , Syazlin kesat menggunakan tapak tangannya . Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang . Tapi hati aku benar-benar terluka melihat air mata gadis itu . Ah Goon . Apa yang kau dah buat ini ?
" Syazlin . S-Saya nak minta maaf dekat awak . Saya memang tak ada niat nak buat hati awak terluka . " Langkahnya untuk beredar dari bilik ini terhenti saat aku bersuara . Dia sedang mendengar kata-kata maaf aku dan itu amatlah membuatkan hati aku sedikit tenang .
Cuma yang buatkan aku kecewa ialah bila dia langsung tak pandang wajah aku . Mungkin dia sedang menangis dan dia tak nak aku nampak tangisannya . Dia mahu nampak kuat di depan aku walhal aku tahu dialah manusia yang paling terluka ketika ini .
" Syazlin , say- "
" Tak apa . Saya faham maksud awak . Saya balik dulu . " Segera dia beredar dari bilik aku . Aku cuba untuk halang dia daripada pergi dari sini , tapi sisi lain aku tak benarkan langsung aku menyebut nama dia . Mungkin sisi lain aku rasa teramat bersalah terhadap syazlin . Jadi , aku hanya biarkan syazlin pergi dari rumah aku tanpa berbuat apa-apa .
" Tak . Tak . Aku tak izinkan dia pergi dari sini . " Aku cuba untuk berdiri walaupun kepala aku masih lagi berdenyut-denyut dan tenaga aku masih berada di tahap yang minimum . Tapi aku perlu kejar syazlin . Aku tak nak dia terus terluka kerana aku .
" Syazlin . " Kaki aku langkahkan ke arah dapur . Namun kelibat syazlin langsung tidak kelihatan . Dulang bekas makanan aku tadi juga berada di atas sinki tanpa dibasuh .
Di ruang tamu juga begitu . Kosong . Pelipis dahi aku picit . Aku gagahkan juga kaki aku untuk berjalan walaupun langkah aku sudah terhuyung-hayang seperti lelaki mabuk .
Sandal di depan pintu , aku pakai . Segera aku keluar dari rumah aku untuk mencari Syazlin yang berkemungkinan masih tidak jauh dari kediaman aku . Bila aku sedar yang kelajuan aku teramatlah perlahan dan itu akan membuatkan aku terlepas daripada berjumpa dengan syazlin , aku cuba untuk berlari walaupun badan aku sudah beberapa kali jatuh terjelepok di atas lantai .
Disebabkan lif sedang digunakan oleh penghuni yang lain , jadi terpaksalah aku menggunakan tangga kecemasan untuk turun ke tingkat bawah .
" Syazlin . Syazlin . Awak dekat mana ? " Kawasan taman permainan yang berhampiran dengan kawasan apartment , aku perhatikan . Tiada . Kelibat Syazlin langsung tiada .
" Mana pula dia ini ? " Soal aku pada diri sendiri . Angin sejuk yang menerpa diri aku yang hanya mengenakan sehelai t-shirt dan seluar jeans , aku abaikan walhal badan aku sudah mula menggigil kesejukan . Kedua tapak tangan , aku satukan lalu tiup perlahan . Mungkin aku akan dapat haba melalui cara ini .
Kelakuan aku terhenti saat terpandangkan seorang gadis di sebalik tembok . Laju sahaja kaki aku melangkah mendekatinya .
" Syazlin . " Gadis yang sedang duduk di tepi dinding , aku dekati . Wajahnya aku tak dapat lihat dengan jelas memandangkan gadis itu sedang menyembamkan wajahnya pada lutut yang dirapatkan dengan badannya .
" Syazlin . Awak ke ini ? " Tanya aku sambil mendekatinya . Betullah tekaan aku . Dia memang Syazlin . Lega hati aku apabila dapat lihat wajah dia .
" Awak buat apa dekat sini ? " Air matanya yang menitis-nitis , dia lap dengan lengan baju . Kesian dirinya . Terpaksa menangis di sini supaya tidak dilihat aku . Wajah dia aku pandang , lalu aku duduk mencangkung di hadapannya .
" Kenapa awak menangis ? " Tanya aku . Aku tahu mesti aku kelihatan bodoh dan dungu kerana tanyakan soalan ini kepadanya . Tapi jangan marah aku sebab ini adalah salah satu daripada taktik aku untuk pujuk Syazlin .
" S-Sebab awak cakap awak takkan sukakan saya . " Wajahnya ditundukkan memandang kasut .
Aku cuma mengangguk faham kerana mengerti dengan jawapannya . " Jadi , awak menangis hanya kerana saya tak sukakan awak ? Begitu ? "
" Iyalah . Apa perasaan awak kalau orang yang awak suka , awak sayang cakap yang dia tak ada perasaan pada awak ? Sudah pasti awak akan sedih . Saya bukannya robot . Saya juga manusia . Walaupun saya memang nampak seperti tiada perasaan , tapi saya tetap ada sensitiviti saya sendiri . Sebab itu saya menangis . " Aku hanya mengangguk . Wajah dia yang tidak berhenti menangis , aku perhati .
Mungkin dia sedar yang aku sedang perhatikan dia , Sebab itu dia balas pandangan aku dengan wajahnya yang kemerahan . Pandangannya aku balas dengan senyuman nipis .
" Jadi , buat saya sukakan awak . ".
YOU ARE READING
Si Cik Pemimpi
Teen FictionTiada siapa yang menyangka , bahawa watak imaginasi itu juga adalah hidup . Begitu juga dia . Tak pernah dibayangkan seumur hidupnya lelaki ciptaannya akan benar-benar muncul di hadapan matanya . " Selama ini , saya percayakan yang awak memang wuju...