06

10 2 0
                                    

Awal pagi lagi aku sudah keluar dari hotel tanpa mengejutkan Razlin terlebih dahulu . Aku bukannya mahu mengabaikannya , cuma kali ini aku mahukan privasi . Lagipula , aku perlu tahu tentang Park Goon yang aku baru temui semalam .

Kedai makanan tradisional Korea semalam aku jejaki . Melihatkan papan tanda closed yang digantungkan pada tombol pintu , hati aku mula dipagut rasa kecewa . Sedikit sebanyak air mata aku mula bertakung .

" Aish . Emosionalnya kau Syazlin " Kata aku sambil tertawa kecil . Air mata yang hampir menitis pantas diseka .

Nafas aku hirup sedalam yang mungkin untuk mengurangkan rasa kepahitan yang terpahat di dalam hati . Air liur yang melalui kerongkong juga terasa kesat untuk ditelan . Dapat aku rasakan hidung aku mula kemerahan . Penglihatan aku juga mula kabur , menandakan kelopak mata aku sudah mula dipenuhi dengan air mata .

Perlahan -lahan badan aku turunkan . Kedua lutut dan kaki aku rapatkan , dan aku mula menangis dalam pelukan lutut aku . Aku tahu kelakuan aku ini sedang menjadi tontonan manusia yang lalu lalang di situ .

Bayangkan seorang gadis yang berhijab duduk bercangkung sambil menangis secara tiba-tiba di khalayak ramai ? Sudah tentu amat aneh bukan ? Kalau di Malaysia , mungkin perkara ini tidak lagi aneh memandangkan anak gadis negara kita sering ditinggalkan oleh teman lelakinya di khalayak ramai .

" Jeogiyo . Neo gwaechanayo ? "

Esakan aku mula terhenti . Bukan kerana kesedihan aku yang sudah surut , cuma suara seseorang yang tegur aku tadi seperti sudah sebati dengan halwa pendengaran aku .

T-Takkanlah dia .

Air mata yang masih mengalir di pipi pantas dikesat . Tudung yang aku rasakan sudah tidak teratur , aku kemaskan . Setelah memastikan keadaan diri aku yang sudah mula stabil , wajah figura yang sedang berdiri di sebelah kanan aku lihat .

Serta-merta seluruh anggota badan aku mula menggigil . Perlahan-lahan kaki aku tegak berdiri untuk setanding dengan ketinggian jejaka tersebut , walaupun aku tahu ketinggian aku hanyalah setanding dengan dadanya sahaja .

Sejujurnya , aku terlampau ingin menyentuh pipinya untuk memastikan ini bukanlah khayalan semata -mata . Tapi batas aku sebagai gadis muslim mematikan niat . Tambahan pula , aku dan dia baru berjumpa . Jadi untuk menyentuhnya secara tiba-tiba adalah amat mustahil .

Untuk memastikan aku tidak berkhayal , laju sahaja tangan dinaik mencubit pipi . Menyeringai kesakitan aku saat cubitan itu rupanya menunjukkan kesan .Mungkin aku tidak cubit terlalu perlahan sehinggakan pipi aku mula kemerahan . Kalau aku rasa sakit , ini bermakna aku tidak bermimpilah kan ? Tak . Aku yakin ini semua mimpi .

" Eo ! Neo waegereyo ? Appaseo ? " Tanya jejaka itu apabila aku mula menampar -nampar pipi aku dengan sederhana kuat sehingga pipi aku yang keputihan mula bertukar kemerah - merahan . Tampak wajahnya yang kelihatan agak khuatir dengan tindakan drastik aku .

Kelakuan aku terhenti . Lalu kembali menatap wajahnya . Jari telunjuk ditundingkan ke wajahnya dengan sedikit gigilan . " P-Park Goon ? Is that you ? " Aku bersuara gagap .

Dia mengangguk beberapa kali . Wajahnya sedikit berkerut . " Nae . Waeyo ? "Dia mengiyakan pertanyaan aku .

" Maldeo andwae . " Mulut aku yang separa ternganga, aku tutup dengan tapak tangan kiri kanan aku .

Air mata aku yang sudah kering tadi tiba -tiba menitis semula . Aku terlampau teruja sehinggakan saraf tubuh aku tak dapat berfungsi dengan baik . Jadi , aku hanya mampu merenung wajah Park Goon di hadapan aku sambil menangis keterujaan .

Si Cik PemimpiWhere stories live. Discover now