" Suka sampai saya sentiasa ingat awak setiap malam "
Oh hati . Aku tahu kau teruja bila dengar Goon cakap macam itu . Tapi tolonglah kawal degupan jantung kau sekarang . Aku tak mahu Park Goon nampak yang aku sedang berdebar . Aku masih marah padanya . Jadi dia perlu pujuk aku . Sudah . Jangan berdebar lagi .
" Tipu . Awak tipu saya . " Aku tak tahu mana aku dapat keberanian untuk tatap mata Park Goon . Aku perlukan kepastian dalam kata - katanya . Aku tak nak dia tipu aku semata - mata untuk pujuk aku . Aku lebih rela dia tak layan aku seperti biasa daripada dia bagi harapan palsu kepada aku . Tak . Aku tak suka dan tak rela diberi harapan palsu lagi . Aku takut aku akan sakit macam dulu . Aku tak nak jadi Syazlin yang dulu . Yang sentiasa diberi harapan palsu oleh insan yang bergelar lelaki .
Aku pernah tekad yang aku takkan keluar dengan mana - mana lelaki selagi aku belum cecah umur 25 tahun . Sebab itu aku tak berani ada hubungan dengan mana - mana lelaki sepanjang aku jadi mahasiswi . Cuma sekarang , aku terpaksa lupakan tekad aku yang dulu . Aku kena dapatkan Park Goon . Tapi aku masih takut aku jadi Syazlin yang diberi harapan palsu seperti dulu . Dan aku teramat pasti , jika aku diberi harapan palsu oleh Park Goon , hati aku akan seribu kali ganda lagi sakit daripada dulu .
" Kenapa saya perlu tipu awak ? " Bidas Park Goon . Anak mata dia masih setia berbalas pandangan dengan aku . Aku berjeda seketika , mencari ayat yang sesuai untuk balas bidasan Park Goon .
" Sebab kita baru ada hubungan . Jadi mustahil awak selalu ingat saya . Saya rasa , sekali sehari pun mustahil . Ini lagikan setiap hari . " Perlahan - lahan aku turunkan pandangan aku ke dada Park Goon . Aku tak sanggup nak berbalas pandangan dengan dia . A-Aku takut aku akan menangis lagi .
" T-Tolong . Jangan bagi saya harapan . Ia amat menyakitkan . " Sambung aku semula dalam nada yang perlahan . Hati aku yang mula sebak , aku cuba tahan supaya tidak terlalu ketara . Tapak tangan kanan , aku rapatkan ke dada di mana terletaknya hati aku . Sakit .
" Syazlin . Kita perlu bincang . " Cadang Park Goon sambil tarik tas tangan aku untuk ikut bersamanya ke salah sebuah bangku . Bila kami dah sampai di sebuah bangku yang agak jauh dari kawasan yang agak padat dengan pengunjung , aku labuhkan punggung aku di atas bangku itu . Park Goon yang sedang berdiri di hadapan aku langsung aku tak pandang . Aku sedari tadi hanya tundukkan pandangan aku ke arah rumput .
" Apa yang awak nak bincangkan dengan saya ? " Park Goon sedut nafas berapa kali , lalu dia duduk mencangkung di hadapan aku . Wajah aku yang sedang menunduk , Park Goon perhatikan dari sudut bawah . Tapi aku masih sama . Langsung tak pandang muka dia walaupun Park Goon masih setia perhatikan aku .
" Syazlin . Dengar saya nak cakap ini . Dan tolong . Pandang muka saya . " Aku pejamkan mata bila dengar suara Park Goon yang terlalu hampir dengan aku . Aku cuba kawal pernafasan aku supaya tidak terlalu ketara yang aku sedang menggigil . Bila jantung aku sudah berdegup normal , wajah Park Goon aku pandang .
" Untuk pengetahuan awak , saya tak suka bagi perempuan harapan palsu . Kalau awak fikir saya ini pemberi harapan palsu , kenapa saya tak pernah bercinta ? Kalau saya seperti lelaki yang awak fikirkan , sudah lama saya buat macam itu dekat perempuan - perempuan yang sukakan saya dulu dan bukannya awak . " Bibir aku ketap . Aku cuba untuk tahan tangisan aku dari meletus . Aku mahu Park Goon habiskan ayatnya dulu . Kalau aku menangis sekarang , sudah tentu ia teramatlah pelik sebab aku menangis pada waktu yang amatlah tidak sesuai .
" Cuba awak fikirlah . Kenapa saya bercinta dengan awak sedangkan kita baru berjumpa ? Sepatutnya saya tak perlu percayakan kata - kata awak memandangkan awak ini orang asing di negara saya . Pernah awak fikir semua itu ? " Aku tak berniat nak balas kata - kata Park Goon , jadi aku hanya diam dan dengar semua kata - kata Park Goon yang aku rasakan datang dari hatinya .
![](https://img.wattpad.com/cover/110537725-288-k74960.jpg)
YOU ARE READING
Si Cik Pemimpi
Teen FictionTiada siapa yang menyangka , bahawa watak imaginasi itu juga adalah hidup . Begitu juga dia . Tak pernah dibayangkan seumur hidupnya lelaki ciptaannya akan benar-benar muncul di hadapan matanya . " Selama ini , saya percayakan yang awak memang wuju...