" Wah . Ini memang gila . " Bantal peluk aku campak ke lantai . Niat aku untuk tidur terbantut saat fikiran aku terbayangkan semula kejadian pagi tadi . Kejadian di mana Park Goon luahkan perasaan dia pada aku .
" Jadi , buat saya sukakan awak . " Muka aku yang sedang menunduk , aku angkat lalu wajah Park Goon yang sedang tersengih kepada aku , aku pandang dengan riak yang terlampau terkejut bercampur pelik .
" A-Apa ? " Soal aku semula . Mungkin aku salah dengar . Mungkin Park Goon cakap benda lain tapi aku yang salah dengar . Mungkin . Kan ?
" Aish . Lembaplah awak ini . " Kepala aku Park Goon luku perlahan . Nasib baik aku pakai tudung . Kalau tak , sia - sia aku dapat dosa percuma dekat sini .
" Kan awak cakap awak sukakan saya . Jadi , buatlah saya sukakan awak . Saya nak juga balas perasaan awak itu . " Sambung Park Goon lagi . Kelopak mata aku kedipkan beberapa kali . Oh maaf . Aku bukan buat - buat comel di hadapan Park Goon . Aku sebenarnya sedang keliru dengan perubahan Park Goon yang mendadak . Baru tadi dia cakap dia tak boleh balas perasaan aku . Tapi sekarang , dia sendiri yang suruh aku buat dia sukakan aku . Dia mental ke apa sebenarnya ? Atau dia ada masalah jiwa kacau ?
" Kenapa awak pandang saya macam itu ? " Tanya Park Goon apabila melihatkan aku yang asyik tenung muka dia .
" Awak okay ? " Polos aku bertanya . Park Goon hanya menggangguk , menandakan dia okey .
" Kenapa awak tanya macam itu ? "
" Sebab tadi awak baru sahaja cakap yang awak tak boleh balas perasaan saya . Tapi sekarang , awak sendiri yang suruh saya buat awak sukakan saya . Saya rasa mungkin otak awak masih tak betul . Sebab itu awak cakap perkara yang merepek . " Duga aku . Aku fikirkan Park Goon akan herdik aku kerana mengutuk dirinya , tapi yang berlaku adalah sebaliknya . Dia ketawa adalah . Kuat pula itu . Sampaikan berair matanya akibat terlalu banyak ketawa .
" Saya cuma nak rasa macam mana sukakan seseorang . Macam mana rasa prihatin dengan orang yang kita sayang . Macam awak . Saya nak cuba jadi macam awak . "
" Macam saya ? " Jari telunjuk aku halakan tepat - tepat di wajah aku . Park Goon menggangguk tanda ya kepada soalan aku .
" Maksud awak ? "
" Iyalah . Awak sukakan saya . Awak prihatin terhadap saya . Awak sanggup buat apa sahaja demi saya . Saya cuma pelik . Kenapa orang sanggup buat apa sahaja demi orang yang dia sayang ? Jadi , apa salahnya kalau saya nak cuba untuk pelajari semua itu . " Aku hanya mengangguk faham walhal semua percakapannya seakan masuk telinga kanan , keluar telinga kiri .
" M-Maksudnya , awak sudilah keluar dengan saya ? " Polos aku bertanya . Aku hanya mahu pastikan segala - galanya dengan betul . Barulah nanti tiada salah faham antara kami berdua . Aku tidak mahulah nanti ada anasir - anasir negatif seperti pemberi harapan palsu yang berlaku sepanjang pengenalan kami .
" Ya . Saya sudi keluar dengan awak . Tapi awak kena pandailah pikat saya . Untuk pengetahuan awak , saya tak cepat cair dengan perempuan . Faham ? " Laju aku menggangguk . Bibir aku jangan dikatalah . Memang dari tadi sudah tersengih seperti orang gila . Aku cuma teruja . Jadi tidak salahkan kalau sekali - sekala aku tunjukkan perangai tidak siuman aku ?
" Wah . Kenapa aku boleh jadi tak siuman masa itu ? Mesti Park Goon anggap aku perempuan gila masa itu . Wah . Syazlin . Kau memang memalukan . " Kutuk aku pada diri sendiri . Bila diingatkan kembali , kenapalah aku terlalu bodoh sampai berikan reaksi yang sebegitu rupa kepada Park Goon ? Sepatutnya aku perlu jual mahal dengan Park Goon . Barulah dia akan rasa tercabar untuk dapatkan aku . Tapi semua ini .. wah . Kenapalah aku terlalu mudah cair dengan Park Goon ?
" Kau asal nak baling - baling bantal ? " Bantal peluk yang aku baling ke lantai tadi , Alin ambil lalu campak ke muka aku . Hampir terlentang aku dibuatnya . Boleh tahan padu juga balingannya .
" Alin . " Panggil aku pada Alin yang sibuk bermain telefon pintarnya di atas katil . Gadis itu hanya menggumam menandakan dia dengar panggilan aku walaupun mata dia masih melekat pada skrin telefon pintarnya .
" Kau rasa aku ini lurus bendul ke ? " Polos aku bertanya . Mungkin Alin rasa topik yang aku wujudkan sekarang menarik , jadi dia tumpukan perhatian dia daripada telefon pintarnya kepada aku .
" Erm . Aku tak rasa kau lurus bendul . Cuma . " Percakapannya berjeda sebentar . Dagunya dipegang menggunakan jari telunjuk seakan sedang berfikir . Wah . Dia memang buat aku hilang sabar . Aku sudahlah mahu dengar jawapannya . Dia boleh pula buat permainan cubalah teka fikiran aku sekarang dengan aku .
" Kau tak lurus bendul . Kau cuma bebal saja . "
" Ala serupa sajalah maksud dia itu . " Bantal kecil yang aku peluk , aku baling dan terkena pada kepala dia . Mungkin dia rasa kesakitan hati aku yang membara melalui balingan itu . Sebab itu Alin mengaduh kesakitan sambil usap kepala dia .
" Betullah . Lurus bendul itu sopan sangat . Aku tak naklah kau macam bangga kau lurus bendul . Sebab itu aku gunakan perkataan bebal . Biar kau sedar diri sikit . " Bidasnya untuk pertahankan diri . Muka dia aku pandang sebal . Kurang ajar . Tak apa . Lain kali aku balas .
" Alin . Kalau aku cakap , kau jangan terkejut pula . " Awal - awal lagi aku sudah bagi amaran . Bukannya aku tak tahu perangai Alin ini bagaimana . Ayam kesayangannya bertelur pun dia boleh pengsan . Ini lagikan cerita yang bakal aku ceritakan padanya . Mungkin terjun bangunan agaknya .
" Apa dia ? "
" Erm . Sebenarnya aku dengan Park Goon dah berbaik . "
" Oh . Baguslah kalau begitu . "
" Bukan itu saja . Itu baru perkara pertama . Perkara keduanya , aku dan Park Goon sah ...
jadi ...
pasangan . " Teragak - agak aku beritahunya hakikat itu .Terasa berat mulut aku untuk ceritakan hal itu .
" WHAT ?! " Kan benar sangkaan aku . Reaksi yang Alin bagi benar - benar melampaui batas . Tercampak telefon pintarnya akibat terkejut dengan berita yang baru aku sampaikan . Nasib baik telefon itu jatuh di atas tilam . Kalau di atas lantai , mahu berkecai telefon itu . Tak pasal - pasal kena beli baharu .
" Dah tak payah nak buat muka beruk kau depan aku . " Mulutnya yang sepenuhnya terbuka , dia tutup semula . Sisi katil aku Alin dekati lalu labuhkan punggungnya di situ . Kedua bahu aku dia pegang . Lalu digoncang beberapa kali .
" Kau biar betul Syaz ? Macam mana kau boleh sah dengan dia ? " Tanya Alin sambil tangannya masih tidak berhenti menggoncang tubuh aku . Mahu sahaja aku tampar muka dia yang serupa beruk itu . Hodoh benar .
" Entahlah . Tiba - tiba Park Goon suruh aku buat dia sukakan aku . Jadi , maksudnya dia dan aku dah sahlah kan ? "
" Tapi kenapa tiba - tiba ? Helo . Kau rapat dengan dia tak sampai 3 hari pun tahu tak . "
" Pembetulan . Aku dah rapat dengan dia dah dekat 5 hari . "
" Oh dah 5 hari eh ? Hee aku lupa . " Wajah Alin yang sedang tersengih malu , aku pandang dengan penuh menyampah , benci , muak dan seangkatan dengannya . Mahu sahaja aku hempuk kepalanya dengan batu konkrit . Biar betul sikit kepala otaknya itu .
" Dah itu , macam mana kau nak pikat dia ? " Polos Alin bertanya sambil duduk bersila di atas katil aku sekaligus duduk berhadapan dengan aku .
" Erm . Mungkin aku akan buat cara yang sama macam aku pikat Park Goon dalam dunia imaginasi aku . "
" Maksud kau ? " Tanyanya dengan eksperesi wajah yang sedang keliru manakala bibir aku mula tersengih nakal kepada Alin .
" Adalah . "
YOU ARE READING
Si Cik Pemimpi
Teen FictionTiada siapa yang menyangka , bahawa watak imaginasi itu juga adalah hidup . Begitu juga dia . Tak pernah dibayangkan seumur hidupnya lelaki ciptaannya akan benar-benar muncul di hadapan matanya . " Selama ini , saya percayakan yang awak memang wuju...