14

8 1 0
                                    

Park Goon . Awak okey ?

Jangan tinggalkan saya !

Goon . Saya keluar dulu ya .

Tolong . Saya sakit .

Pelipis dahi aku yang terasa berdenyut-denyut dipicit perlahan . Sakit . Berkerut-kerut dahi aku apabila mimpi Syazlin datang ke rumah aku secara tiba-tiba muncul . Aduh . Teruk betul mimpi aku kali ini .

Tubuh aku yang sedang baring tadi , aku bangkit ke posisi duduk melunjur . Kepala yang masih berdenyut menyukarkan pergerakan aku untuk berdiri . Mungkin aku akan pengsan kalau berdiri terlalu lama . Jadi jalan terbaiknya , aku akan duduk di atas katil ini sahaja untuk seketika sementara menunggu demam aku kebah .

" Hausnya . " Tanpa melihat , tangan aku mula meraba-raba di atas meja untuk mengambil gelas yang aku letakkan semalam . Puas aku cari , tapi langsung tak jumpa . Malah tanda-tanda gelas itu jatuh pun tiada . Mustahil .

Suara gadis yang memanggil nama aku diselang-seli dengan ketukan dan lonceng pintu mengganggu lena aku . Aku cuba bangun untuk pastikan pelawat yang datang ke rumah aku malam-malam seperti ini . Tapi badan aku tidak bertenaga seperti selalu . Malah kepala aku masih ligat berdenyut .

" Haus . " Serak basah suara aku bersuara . Mungkin sebab aku dalam keadaan demam , jadi sekaligus suara aku akan hilang akibat terlalu kerap batuk . Gelas air kosong di atas meja , aku cuba capai dalam keadaan yang masih berbaring . Tapi apa silap aku sampai gelas itu secara tiba-tiba jatuh di atas lantai .

Prang . Gelas kaca berkecai ke lantai . Aku merengus geram .

" Tak guna . " Perlahan-lahan aku cuba bangkitkan badan aku daripada terus baring di atas katil . Kaki aku gagahkan untuk berdiri walaupun aku tahu tenaga aku pada tika ini teramatlah sedikit . Tapi aku harus bersihkan serpihan-serpihan kaca ini . Aku tak mahu sesuatu yang teruk berlaku akibat kecuaian aku sendiri .

Mungkin kerana aku tidak terlalu sedar tika itu , jadi aku tidak sengaja terpijak selimut aku yang sudah terlorot di atas lantai dan menyebabkan aku jatuh terlentang di atas lantai . Otak aku sudah berkeras cuba untuk bangun , cuma badan aku tidak dapat bekerjasama dengan otak aku , jadi aku hanya terbaring di atas lantai itu tanpa berbuat apa-apa .

" Ya Allah Park Goon . Park Goon . "  Aku tak tahu yang aku sedang bermimpi atau tidak . Tapi telinga aku benar-benar dapat menangkap suara Syazlin . Mungkin imaginasi aku . Aduh kau ini Park Goon . Kau sukakan dia sangat ke sampai terbayangkan suara dia ?

Tanpa aku sedar , tubuh aku yang tadi terbaring di atas lantai , tiba-tiba dibaringkan di atas riba seseorang . Aku cuba untuk buka mata aku supaya dapat melihat wajah manusia yang pangkukan kepala aku di pehanya , tapi mungkin aku terlalu penat , jadi aku tidak dapat membuka mata aku dengan besar . Yang aku tahu , manusia tadi ialah seorang gadis yang erm cantik .

Masih aku dapat dengar suara dia yang cemas bertanya itu ini kepada aku . Dia ada cakap tentang sesuatu sambil tangannya ligat menyentuh dahi dan leher aku . Tapi aku langsung tidak dapat menangkap butir bicaranya akibat aku terlalu mengantuk .

Dia cuba untuk bantu aku berdiri walaupun beberapa kali juga kami berdua jatuh . Badan aku dia papah ke katil . Perlahan-lahan tubuh aku dia baringkan di atas katil . Tubuh aku yang terdedah dengan cuaca yang sejuk , dia selimutkan .

Selepas gadis itu selimutkan badan aku , segera dia keluar dari bilik aku . Mungkin dia mahu pulang ke rumahnya . Iyalah . Sekarang sudah lewat malam . Takkanlah ada gadis yang sanggup duduk berduaan dengan lelaki yang tidak dikenalinya . Lebih-lebih lagi pada lewat malam seperti ini .

Si Cik PemimpiWhere stories live. Discover now