Prolog - Percaya

360 19 0
                                    

25 Disember 2016

Raudha melutut di hadapan jasad mereka yang baring meniarap di atas jalan; seolah - olah mereka tidak bernyawa.

Raudha menggoyangkan tubuh mereka sambil menjerit nama mereka berdua. Dia sudah tidak kisah dengan bajunya yang akan dikotori dengan darah kerana itu adalah darah mereka. Darah dua hamba Allah yang amat disayanginya.

Tiada siapa yang mampu menghalang Raudha. Orang ramai hanya mampu melihat dari jauh kerana dihalang oleh pihak polis yang bertugas di tapak kemalangan. Ada yang turut mengalirkan air mata, melihat Raudha.

Raudha terus memanggil nama mereka, menggoyangkan tubuh mereka dengan harapan mereka akan bangun. Namun, tiada apa - apa balasan muncul dari mereka.

Badan Raudha ditarik oleh paramedik. Namun Raudha melawan, dia mahu mengikut dua rakan kesayangannya itu ke atas sana. Namun, Raudha lemah. Dia tidak mampu melawan.

"Mukhriz! Hakimie!" Raudha menjerit.

PercayaWhere stories live. Discover now