Bab 1 (2.0) - Perancangan

94 5 0
                                    

25 April 2017

Fawwaz membuka matanya lalu melihat jam tangan yang dipakai di tangan kanannya. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Terbeliak matanya melihat masa yang ditunjukkan di jam tangannya. Dia hanya mahu tidur sekejap akibat penat membantu ibunya mengemas rumah semalam, terlajak sehingga pukul 9 pula.

Dia segera melonjak dari katil lalu mengambil tuala untuk mandi. Selesai mandi, dia bersarapan seorang diri. Ahli keluarganya yang lain sudah pun bersarapan. Dia merajuk dengan keluarganya kerana tidak mengejutnya untuk bangum bersarapan.

Selesai sahaja mengisi perut yang kosong, Fawwaz memasuki semula biliknya lalu membuka telefonnya. WhatsApp diperiksa bagi melihat mesej - mesej yang belum dibacanya. Yang tidak penting dia abaikan, dia hanya menjawab yang penting sahaja.

Kelihatan salah satu group WhatsApp di dalam telefonnya sedang rancak berborak. Apabila dibuka, rakan - rakannya di dalam group itu sedang rancak berborak tentang sebuah perkhemahan yang dianjurkan oleh sebuah pasukan remaja dan kaunselor.

Fawwaz yang dikenali sebagai seorang yang amat suka mengembara terus meletakkan namanya di dalam senarai peserta yang ingin menyertai perkhemahan itu. Sebelum ini, dia telah menyertai satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak yang sama, jadi dia tidak perlu berasa takut dan malu kerana dia sudah kenal kebanyakan rakan - rakan di sana.

Perkhemahan itu akan berlangsung selama tiga hari pada 29 April sehingga 1 Mei 2017. Perkhemahan itu akan lebih memfokuskan kepada kepimpinan remaja dan pendedahan kepada bahaya hubungan seks sebelum nikah.

Sedang mereka berbincang di dalam group, kelihatan seorang daripada rakannya telah menambahkan satu nombor ke dalam group WhatsApp itu. Fawwaz yang dikenali sebagai seorang yang peramah terus menegur ahli baharu itu.

"Fuhyoo! Ahli baru lah! Hii.. Siapa nama?" type Fawwaz ke dalam group itu.

"Hi.. Saya Raudha."

Fawwaz pada ketika itu gembira ketika melihat nombor yang mengenalkan dirinya sebagai Raudha. Tidak sabar mahu membuat kawan baru.

"Hi Raudha! Aku Fawwaz. Selamat berkenalan.." balas Fawwaz.

"Selamat berkenalan juga."

---------------------------------------------

Beberapa jam sebelum..

"Bolehlah mummy! Daddy! Raudha nak pergi kem tu!" desak Raudha kepada Puan Mawarni dan Encik Zaheri.

Pasangan suami isteri itu hairan melihat kerenah anaknya itu. Ini kali pertama Raudha kelihatan bersemangat setelah kehilangan Mukhriz dan Hakimie. Tambahan pula, Encik Kudus dan Puan Anisa sudah berpindah ke Terengganu. Raudha tidak ada kawan bermain lagi.

Raudha merasakan dia perlu menyertai perkhemahan ini setelah mendengar penjelasan dari rakan sekolahnya. Walaupun ia hanya mendedahkan remaja tentang bahaya hubungan seks sebelum nikah, Raudha rasakan dia perlu menyertai perkhemahan itu bukan sebab apa yang akan disampaikan di dalam perkhemahan tersebut, tetapi orang - orang yang akan dijumpainya nanti.

Setelah melihat Raudha kembali bersemangat apabila dia ingin menyertai perkhemahan itu, Encik Zaheri dan Puan Mawarni membenarkan Raudha untuk menyertai program itu. Walaupun keadaan Raudha seperti tidak sesuai, mereka tahu Raudha mempunyai keazaman yang tinggi. Mereka juga sudah rindu melihat Raudha yang dahulu.

PercayaWhere stories live. Discover now