Bab 16 (2.0) - Kejutan

38 4 0
                                    

28 Julai 2017

Raudha membuka matanya. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.

Raudha mengangkat badannya lalu duduk di birai katil.

Raudha mencapai teddy bear pemberian Mukhriz dan Hakimie lalu memeluknya dengan erat. Tanpa dia sedari, air matanya sudah mengalir di pipi.

Raudha amat merindukan mereka berdua.

Air mata dikesat dan Raudha merenung ke dalam mata teddy bear itu.

"Happy Birthday, Mukhriz, Kimie.."

---------------------------------------------------------------------------

"Hi, Zaffran! Happy Birthday!" tegur Fawwaz di Instagram. Pulang sahaja dari sekolah terus dia membuka telefonnya untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Zaffran.

Tarikh lahir Zaffran adalah 28 Julai, sehari sebelum hari jadi Raudha. 

"Hi, Fawwaz! Thanks! Tak sangka kau ingat birthday aku, haha." balas Zaffran.

"Of course lah aku ingat! Haha. Kau tak datang Malaysia ke untuk sambut birthday dengan Raudha?" tanya Fawwaz.

Zaffran pernah mengatakan yang bahawa dia mungkin akan ke Malaysia untuk menyambut hari jadi Raudha bersama - sama hari jadinya sekali.

"Tak jadi.. Kan Raudha kena balik Kelantan harini?" kata Zaffran.

Fawwaz melepaskan keluhan lemah. Dia terlupa Raudha sedang sedih kerana tidak dapat mengikutnya dan rakan - rakannya yang lain ke majlis rumah terbuka Haikal atas sebab kenduri. Harapannya untuk menyambut hari jadi dengan rakan - rakan musnah.

Fawwaz berasa agak hampa kerana dia mahu menyertai mereka berdua menyambut hari jadi mereka. Alang - alang itu, dapat berjumpa sekali dengan Zaffran, rakan yang dikenalinya melalui Raudha itu.

"Oh, ya.. Aku lupa pasal tu. Dia ada bagitahu kau ke?" tanya Fawwaz.

"Ada, dia sedih gila masa dia luahkan dekat aku. Dia nak sambut dengan kawan - kawan dia, dengan kau, tapi dia ada kenduri pulak. Sampai dia kata 'Kalau ada apa - apa aktiviti dengan kawan - kawan, ada je hal.'. Aku pun tak tahu nak balas apa.." jelas Zaffran.

Fawwaz berasa kasihan kepada Raudha. Semenjak dua menjak ini, Puan Mawarni dan Encik Zaheri sudah tidak membenarkan Raudha keluar bersama - sama rakan - rakannya walaupun Raudha jarang keluar dari rumah. Jika Raudha mahu keluar bersama rakan - rakannya, ibu dan ayahnya pasti akan mencipta satu alasan.

"Dia ada kata dekat aku jugak yang family dengan cousin dia akan sambut birthday dia dekat sana. Tapi aku tak tahulah.. Parents dia bukan boleh percaya sangat." sambung Zaffran.

"Maybe. Dorang je akan sibuk handle kenduri. Mana ada masa nak sambut. Kalau malam pun, dorang akan malas sebab penat. Percayalah." kata Fawwaz, menyokong pernyataan yang diberikan oleh Zaffran itu.

Fawwaz berasa agak kecewa dengan perangai keluarga Raudha. Namun, dia tidak mampu berbuat apa - apa.

"Fawwaz, kau takde cuba nak pujuk ke? Mesti dia akan lagi okay kalau crush dia yang pujuk hehe." tanya Zaffran. Dia tahu yang bahawa Raudha menyukai Fawwaz. Raudha sendiri yang menceritakan kepada Zaffran.

"Eh, kau ni. Hmm. Aku tengah fikir cara lah ni. Takpe, aku tahu macam mana nak pujuk dia." balas Fawwaz. Dia tersenyum sendirian. Dia telah merancang satu rancangan khas yang akan dia lakukan kepada Raudha sebagai kejutan untuk hari jadinya.

Dan rancangan itu akan bermula pada pukul 11 malam ini.

Sementara menunggu 11 malam, Fawwaz cuba untuk memujuk Raudha di WhatsApp dan dengan bantuan Zaffran di Instagram. Mereka berdua mahu Raudha berfikir secara positif yang hari jadinya akan disambut selepas dia pulang dari Kelantan nanti.

PercayaWhere stories live. Discover now