Bab 18 - Kucing

78 4 0
                                    

15 Mei 2016

Petang itu, Raudha sedang bermain badminton dan tali skip bersama - sama Mukhriz dan Hakimie. Mereka tidak mahu bermain aktiviti yang terlalu memenatkan kerana masing - masing sudah kepenatan apabila pulang dari sekolah. Raudha dan Hakimie juga masih sedang melawan kesan sampingan akibat rawatan chemotherapy mereka. Muka mereka pucat, rambut mula gugur dan tenaga makin berkurangan.

Mukhriz melihat mereka dengan kerisauan memenuhi dada. Dia sentiasa berharap Allah memberi mereka kekuatan untuk melawan penyakit mereka. Kanser bukanlah penyakit yang boleh diambil ringan. Ia amat merbahaya dan telah mencabut ramai nyawa. Dia tidak mahu Raudha dan Hakimie menjadi mangsa seterusnya.

Selama 1 jam mereka bermain, akhirnya mereka bercadang untuk berehat seketika. Mukhriz mencapai botol airnya yang terletak di atas kerusi tidak jauh dari tempat mereka bertiga bermain. Raudha hanya duduk di atas lantai bersama - sama Hakimie.

Semuanya berpeluh akibat bermain. Raudha mengelap peluh menggunakan sapu tangan yang dibawanya. Mukhriz dan Hakimie tidak membawa kain, jadi mereka terpaksa mengelap peluh di dahi menggunakan lengan baju mereka.

"Awak. Kanser awak macam mana? Turun stage ke?" tanya Hakimie yang sedang duduk menghadap Raudha.

Raudha melipat sapu tangannya sebelum dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya. "Sama je, awak. Stage 3. Awak pulak macam mana?" balas Raudha. Kansernya masih tidak turun - turun stage. 

Hakimie membetulkan rambutnya yang serabai selepas terlompat - lompat bermain tali skipping. "Kanser kita dah stage 2. Cepatkan turun? Doktor kata kanser kita dah tak aktif." kata Hakimie sambil tersenyum lebar. Hakimie bernasib baik kansernya menjadi tidak aktif walaupun ia telah mencapai stage 5. Sel kansernya akan mati dengan mudah apabila rawatan chemotherapy dijalankan.

"Wahh! Baguslah! Awak ada harapan nak sembuh. Kita ni.. tak tahulah boleh sembuh ke tak.." kata Raudha dengan nada pasrah.

Mukhriz yang terdengar ayat Raudha itu terbeliak matanya. "Awak.. Tak baik kata macamtu tau? Awak mesti boleh sembuh. Awak kan kuat? Saya tahu awak kuat." balas Mukhriz, memberi semangat.

"Betul tu! Kita kuat lawan kanser kita sebab kita tahu awak ada kanser jugak tau.. Awak kenalah kuat demi kita jugak.." kata Hakimie. Mukhriz dan Hakimie tidak mahu melihat Raudha sedih akibat penyakitnya. Bagi mereka, jika Raudha lemah, mereka akan lemah sekali. Sebab itu mereka akan sedaya upaya memberi semangat dan motivasi kepada Raudha setiap kali Raudha berasa sedih.

Raudha tersenyum mendengar kata - kata semangat daripada pasangan kembar itu. Mereka tidak pernah jemu memberikan Raudha semangat untuk meneruskan rawatan. "Okay.. Saya akan kuat demi awak berdua. Kimie, awak kena kuat sekali okay?" kata Raudha.

"Kita janji!" balas Hakimie sambil mengangkat ibu jarinya menghasilkan 'thumbs up'. 

Mereka berborak seketika di bawah blok. Mereka tidak mahu ke pondok pada hari itu kerana Mukhriz melihat Hakimie dan Raudha tampak lemah. Sudahlah perlu mendaki bukit, pasti mereka akan kekurangan tenaga apabila tiba di sana. Dia tidak mahu mendukung dua orang serentak. Walaupun Mukhriz tahu Raudha tidaklah seberat mana, dia lebih risaukan jika Hakimie yang pengsan. Adik kembarnya itu berat.

Sedang mereka berborak, Raudha terdengar bunyi kucing tidak jauh dari mereka. Raudha memaling ke kanan dan ke kiri untuk mencari kucing tersebut. Namun, dia tidak nampak seekor kucing pun yang berada berdekatan dengan di mana dia berada.

Mukhriz dan Hakimie hairan melihat Raudha. "Awak? Awak cari apa ni?" tanya Mukhriz.

"Korang ada dengar tak bunyi kucing?" tanya Raudha. Mukhriz dan Hakimie memandang satu sama lain.

PercayaWhere stories live. Discover now