Bab 13 - Hujan

93 6 0
                                    

6 Mei 2015

Raudha sedang baring di atas sofa. Hari ini guru - guru sekolahnya tidak memberikan apa - apa kerja rumah untuk disiapkan. Raudha kini hanya terbaring kebosanan. Raudha seorang yang hiperaktif. Berehat adalah perkara paling bosan baginya. Dia amat suka bergerak dan melakukan aktiviti daripada duduk diam tidak bersuara. Walaupun dengan keadaannya yang cepat penat, sifat hiperaktifnya tidak pernah dibuang dari dalam dirinya.

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Raudha mengeluh lemah. Dia tidak tahu untuk melakukan apa.  Telefon bimbitnya juga senyap tanpa sebarang notification. Jika ada pun, ia pasti group kelasnya yang menanyakan pasal kerja sekolah yang sudah lepas. Dia tidak mahu membalas mesej itu bukan kerana dia sombong, tetapi dia malas mahu mengulang benda yang sama berulang kali.

Ding Dong!

Loceng rumahnya berbunyi. Raudha terlompat sedikit akibat terkejut dan tersedar dari lamunannya. Dia mencapai tudung hitamnya yang tersangkut di atas sofa. Setelah memastikan tudungnya nampak kemas, dia membuka pintu rumahnya.

"Hi awak!" sapa Mukhriz dan Hakimie serentak.

Raudha tersenyum. "Hi! Korang kenapa ke rumah saya?" tanya Raudha yang hairan mereka datang pada waktu begini. Biasanya mereka akan ajak bermain pada pukul 3 petang. Sekarang baru sahaja masuk pukul 2. Masih terlalu awal.

"Kita nak ajak awak pergi taman nanti. Kita nak jogging!" kata Hakimie dengan nada riang. Mukhriz dan Hakimie sudah lengkap berpakaian sukan yang sedondon. Masing - masing berbaju Nike biru gelap berlengan panjang, seluar sukan dan kasut sukan Nike. Gaya mereka juga sama. Kedua - duanya melipat lengan baju sehingga ke paras atas siku. Apakan daya, mereka kembar.

Raudha yang mendengar ajakan Hakimie terlompat gembira. "Okay! Nak ikut! Pukul berapa nak pergi ni?!" tanya Raudha sambil terjerit kecil.

"2.30 petang nanti mama saya akan hantarkan. Cepatlah bersiap! Saya tunggu dekat bawah blok, okay?" jelas Mukhriz sambil membetulkan rambutnya.

"Okay! Tunggu tau! Saya tanya ayah saya dulu!" kata Raudha sebelum menutup pintu rumahnya.

Mukhriz dan Hakimie bergerak menuruni tangga untuk ke bawah blok. "Kimie, tak takut ke? Nanti kalau Raudha pengsan lagi macam mana? Raudha kan cepat penat." adu Mukhriz kepada Hakimie yang sedang berjalan di sebelahnya. 

Hakimie menundukkan kepalanya. "Tapi kalau kita tak ajak dia, nanti dia merajuk. Macam mana? Nanti kena pujuk dia macam haritu. Lama tau?" jelas Hakimie. Mukhriz mengangguk, menyetujui penyataan yang diberi oleh Hakimie.

"Alaa, takpe. Kita kan ada. Kita jagalah dia sepanjang kita dekat taman nanti!" kata Hakimie sambil melilitkan tangan kanannya di leher Mukhriz. Mukhriz tersenyum. Betul juga, dia dan Hakimie boleh menjaga Raudha di taman. Mereka berjalan menuruni tangga dalam posisi begitu sehingga mereka sampai ke bawah.

----------------------------------------------------------

Setelah mendapat keizinan dari ayahnya, Raudha terus bersiap. Dia memakai baju lengan panjang bewarna ungu dan seluar sukan. Untuk melengkapkan pakaiannya, Raudha memakai tudung bawal bewarna ungu dan kasut Nike bewarna merah jambu dan hitam.

Setelah memastikan pintu telah dikunci, dia berjalan menuruni tangga. Dia tidak membawa apa - apa kecuali telefon bimbitnya. Dia tidak mahu membawa terlalu banyak barang. Rimas katanya. Apabila Raudha tiba di bawah blok, kelihatan Puan Anisa sedang menunggunya bersama - sama Mukhriz dan Hakimie. Encik Kudus tidak dapat menghantar mereka kerana dia ada kerja untuk disiapkan dan dia perlu menjaga Ryan yang sedang tidur di rumah.

"Jom, awak! Dah 2.30 ni!" jerit Mukhriz. Hakimie sudah terlompat - lompat kerana sudah tidak sabar untuk ke taman. Mereka sudah lama tidak pergi ke taman. Raudha mempercepatkan langkahnya lalu menaiki kereta kepunyaan Puan Anisa. 

PercayaWhere stories live. Discover now