Bab 8 (2.0) - Temu Ramah

53 5 1
                                    

11 Mei 2017

Fawwaz membetulkan tali lehernya. Nametag dibetulkan supaya ia lurus; tidak senget sebelah. Telefon bimbitnya dijadikan cermin sambil dia berjalan ke destinasinya.

Beg sandang digalas. Fail diambil lalu dipegang di tangan persis orang proffesional.

Hari ini, Fawwaz akan ke SMK Sungai Besi bagi berjumpa dengan Raudha, Aina, Aliya dan Haikal. Mereka berlima bercadang untuk menemu ramah tiga orang cikgu dari sekolah mereka untuk menambahkan maklumat mereka. Disebabkan ia adalah aktiviti sekolah, guru - guru adalah orang terbaik untuk mereka temu ramah. Bahkan, ia juga akan menambahkan kaedah kajian mereka iaitu dengan kaedah temu ramah.

Fawwaz telah memujuk ibunya supaya dia dapat ponteng sekolah satu hari. Bukanlah dia malas untuk bersekolah. Dia perlu menyiapkan kerja kursusnya demi mendapat gred A di peperiksaan PT3 akan datang di samping dapat berjumpa dengan rakan - rakannya.

Kini, Fawwaz sedang berdiri di pintu masuk SMK Sungai Besi. Aina dan Haikal sudah bersetuju untuk mengambil Fawwaz di pintu masuk kerana dia segan mahu masuk begitu sahaja.

Sedang Fawwaz memandang sekeliling, dia ternampak Haikal dan Aina sedang berborak di tepi pagar. Terus dia melambai - lambai ke arah mereka.

Aina dan Haikal yang ternampak Fawwaz itu terus berlari ke arahnya.

"Fawwaz! Sampai pun kau! Aku pelik macam mana kau tak sesat nak datang sini." kata Aina.

Fawwaz tergelak. "Well, apa guna ada teknologi, kan?" kata Fawwaz sambil menunjukkan aplikasi Google Maps di telefonnya. Kelihatan Fawwaz meletakkan 'SMK Sungai Besi' di bahagian destinasinya.

"Jom lah masuk! Tak payah malu. Raudha dengan Aliya dah tunggu kat dalam. Kita nak interview Pengetua lagi." kata Haikal lalu menarik tangan Fawwaz masuk ke dalam sekolah mereka. Aina pula menolaknya dari belakang.

Haikal dan Aina membawa mereka ke sebuah pondok yang berdekatan dengan kantin sekolah. Kelihatan Aliya dan Raudha sedang duduk sambil menyambung sedikit kerja kursus mereka.

Fawwaz memandang Raudha. Ini kali pertama dia melihat Raudha berpakaian sekolah.

"Pakai baju sekolah pun comel." getus hati Fawwaz.

Aliya dan Raudha melambai - lambai ke arah Fawwaz apabila mereka ternampak Fawwaz sedang berjalan ke arah mereka.

"Fawwaz! Ha duduk - duduk. Buat macam sekolah sendiri." tegur Aliya persis tuan rumah yang menjemput tetamunya. Raudha yang sedang duduk menghadapnya hanya tersenyum.

Belum sempat Fawwaz mengambil tempat duduk, Aina dan Haikal sudah memenuhi ruang kerusi di bahagian Aliya.

Fawwaz tahu, mereka sengaja mahu dia duduk bersama - sama Raudha. Namun dia tidak kisah, Fawwaz dan Raudha hanyalah kawan dan tidak melebihi dari itu.

Fawwaz melabuhkan punggung di tepi Raudha.

"Hi, Raudha." tegur Fawwaz sambil melambai kecil kepada Raudha.

"Hi! Dah sedia nak interview?" tanya Raudha sambil menunjukkan buku nota dan pennya.

"Hmm.. Dah kut. Tapi sebelum tu, cikgu korang ada cakap apa - apa pasal cara korang rekod maklumat?" tanya Fawwaz sambil memandang semua yang sedang berada di situ.

PercayaWhere stories live. Discover now