Bab 20 (2.0) - Hospital

111 5 1
                                    

12 Ogos 2017

Zaffran duduk di kerusi bersebelahan katil Raudha. Dia memandang sekeliling.

Suasana di dalam ICU itu amat menyeramkan. Tiada sebarang bunyi lain kecuali bunyi heart monitor ICU yang berdekatan dengannya. 

Hari ini, Zaffran ditugaskan oleh Encik Zaheri dan Puan Mawarni untuk menjaga Raudha di hospital. Dia akan dibantu oleh Kak Syifa, seorang jururawat yang bertugas di hospital itu yang juga merupakan doktor peribadi Raudha.

Raudha sudah pun sedar semalam, namun dia dalam keadaan yang amat lemah. Darah yang hilang sudahpun diganti semula dengan darah yang diderma oleh Encik Zaheri dan Puan Mawarni. Raudha berdarah jenis O, sama dengan ibu dan bapanya. Kedua - dua tangannya dibalut sehingga ke siku. Kecederaan yang Ian lakukan kepada Raudha amat banyak. Mujurlah torehan - torehan itu tidak dalam. Jika tidak, urat - urat Raudha sudah pasti terputus.

Doktor yang menjaga Raudha yang dikenali sebagai Dr. Hariz telah memberi penjelasan tentang Raudha.

"Raudha dalam keadaan stabil sekarang, tapi dia lemah. Semalam, dia kehilangan terlalu banyak darah. Mujur awak semua bawak dia ke sini dengan segera." jelas Dr. Hariz.

Walaupun ayat yang diberikan berunsurkan perkara positif tentang Raudha, muka Dr. Hariz menunjukkan riak yang risau dan serabut.

"Tapi.." Ayat Dr. Hariz tergantung.

"Tapi apa, doktor?" tanya Puan Mawarni

"Kanser dia bertambah teruk. Saya ada terjumpa beberapa kesan kloroform di salur pernafasannya. Kloroform memberi kesan yang teruk kepada badan seperti meningkatkan risiko kanser, kemandulan dan.."

"Dan?" tanya Zaffran apabila melihat Dr. Hariz sekali lagi menggantungkan ayatnya.

"Dan boleh membawa maut jika terdedah dengan terlalu lama atau terlalu banyak."

Encik Zaheri, Puan Mawarni dan Zaffran tersentak apabila mendengar sambungan ayat Dr. Hariz. 

"Tapi, kloroform yang digunakan tidak terlalu banyak. Saya berjaya keluarkan sisa - sisa kloroform di dalam salur pernafasan Raudha." sambung Dr. Hariz sambil menyelak beberapa helai kertas di atas mejanya.

"Raudha juga mempunyai trauma yang teruk akibat kejadian semalam. Sekiranya ini berterusan, ia akan menjejaskan kesihatannya. Semalam apabila saya menyuruhnya melakukan chemotherapy, dia menolak. Dia tidak mahu melakukan apa - apa." jelas Dr. Hariz apabila dia sampai ke helaian kertas yang dicarinya.

"Jadi?" tanya Encik Zaheri.

"Jadi, saya terpaksa hilangkan sebahagian daripada ingatan Raudha. Dia tidak akan ingat apa - apa tentang apa yang terjadi sehingga 2 minggu sebelum kejadian ini berlaku. Dia juga mungkin akan tidak akan ingat kamu bertiga." sambung Dr. Hariz.

"Jadi, dia akan amnesia?" tanya Zaffran.

Dr. Hariz hanya mengangguk.

Puan Mawarni dan Encik Zaheri mengangguk lemah. Zaffran cuba menahan sebak. Dia tidak mahu Raudha melupakan dirinya. Dia tidak mahu rakan yang paling rapat dengannya melupakan dirinya.

Setelah mendengar penjelasan dari Dr. Hariz semalam, Zaffran sudah berjanji dengan dirinya yang dia tidak akan memaafkan Ian sehingga dia mati. Kerana Ian, Raudha menjadi sebegini. Kerana Ian juga, Raudha terpaksa dihilangkan ingatannya. Kalau membunuh itu tidak menyalahi undang - udang, sudah pasti dia sudah memenggal leher Ian itu.

Raudha kini berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. Doktor terpaksa memberikannya ubat tidur untuk membiarkan Raudha berehat. Dia hampir tidak tidur malam akibat trauma yang dialaminya.

PercayaWhere stories live. Discover now