Bab 1 - Jiran

227 15 0
                                    

15 Jun 2014

Raudha meletakkan buku - buku rujukan UPSRnya di atas meja belajar. Disusunnya mengikut ketebalan; paling tebal di bawah, paling nipis di atas. Itulah Raudha yang amat sukakan kekemasan. Jika dibandingkan dengan adik - adiknya yang lain, Raudha adalah yang paling terurus dirinya. Ada orang mengatakan Raudha adalah penghidap OCD, tapi bukan. Raudha hanya tersenyum apabila rakan - rakannya mengatakan begitu.

Raudha keluar dari biliknya dan terus ke ruang tamu. Dia telah menyiapkan kerja sekolah Sainsnya. Sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa, dia mencari alat kawalan jauh televisyen untuk menonton cerita kegemarannya.

"Mummy.. mana remote? Tak jumpa pun! Hmm.." Raudha mengeluh.

"Ada je tu.. cari lah celah - celah sofa ke. Adik - adik awak tu lah yang tak reti simpan balik remote tu lepas dah tengok TV." bebel Puan Mawarni, ibu kepada Raudha. Raudha selalu membahasakan dirinya sebagai 'mummy'.

Raudha mengeluh lemah. Dia meneruskan pencariannya. Tidak jumpa di ruang tamu, dia menyelongkar bilik adik - adiknya. Manalah tahu jika mereka terbawak ke dalam bilik.

Setelah hampir 15 minit mencari, dia bercadang untuk berputus asa dan membatalkan niatnya untuk menonton cerita kegemarannya.

Dia ke pintu rumahnya untuk melihat keadaan sekeliling. Kalau remote tu ada dekat luar, memang aku sekeh sorang - sorang adik aku.

Raudha menetap di dalam sebuah kem tentera. Kem Tentera Sungai Besi. Rumahnya terletak di tingkat 3 di sebuah flat. Sambil menyandarkan dirinya di dinding, dia merenung pintu yang betul - betul berhadapan dengan pintu rumahnya.

Rumah itu tidak dihuni oleh sesiapa semenjak tahun lepas. Penduduk asalnya telah berpindah kerana dia sudah pencen. Kini rumah itu dibiarkan kosong sehingga tiba penetap seterusnya.

Sebaik sahaja Raudha masuk kembali ke rumahnya, dia mendengar tapak - tapak kaki sedang menaiki tangga. Terlihat beberapa orang askar sedang membawa kotak - kotak yang dipenuhi dengan barang. Raudha tahu, itu bermaksud ada penetap baru yang akan tinggal di sini.

Raudha memerhatikan gerak - geri mereka. Akhirnya, askar - askar itu berhenti di pintu di hadapan rumahnya - iaitu rumah yang tidak berpenghuni itu.

Nampaknya, ada kawan baru lah aku nanti.

Semakin lama, semakin banyak askar - askar yang naik ke rumah itu untuk meletakkam barang - barang yang dibawa. Suasana bising seketika dengan bunyi tapak kaki dan bunyi kotak - kotak ditarik dan ditolak.

"Mummy! Ada orang baru pindah sini lah! Betul - betul depan rumah kita!" Raudha berkata kepada ibunya dalam keadaan teruja.

Puan Mawarni tersenyum lalu mengusap kepala anaknya itu. "Baguslah. Kawan baik - baik dengan mereka, okay? Anak mummy kan peramah orangnya.."

Muka Raudha merah. Raudha pantang dipuji, pasti merah mukanya. Ibunya tertawa kecil lalu menyambung semula kerjanya yang terganggu. Hari ini, ibunya memasak masakan kegemaran anaknya itu, masak lemak ketam.

Kemudian, ayahnya, Encik Zaheri, keluar dari biliknya.

"Raudha. Jom ikut daddy pergi beli barang." katanya.

PercayaWhere stories live. Discover now