Bab 12 - Pujukan

98 7 0
                                    

9 Mac 2015

"Banyaknya lecak! Habis kotor kaki Kimie.." keluh Hakimie yang hanya memakai selipar. Mukhriz sedang berjalan di hadapannya.

"Biasalah. Semalam kan hujan! Takpe, nanti kita basuh kaki dekat tasik. Kita dah nak sampai dah!" balas Mukhriz selepas dia menoleh untuk melihat Hakimie. Dia juga sedang memakai selipar. Dia tidak kisah kakinya kotor, yang penting dia perlu mencari Raudha.

"Mukhriz tak penat ke bawak ukelele tu? Tak berat ke?" ejek Hakimie. Dia pelik melihat Mukhriz yang dari tadi membawa ukelelenya kemana - mana sahaja dia pergi.

"Tak berat pun. Mukhriz kan kuat!" kata Mukhriz sambil menjulang ukelele itu. Hakimie tergelak. Sempat mereka bergurau - senda semasa mencari Raudha.

Selepas beberapa minit berjalan, Mukhriz dan Hakimie akhirnya tiba di pondok mereka. Kelihatan Raudha sedang tidur di atas tikar getah yang dibawa oleh ibu mereka. "Eh, itu Raudha kan!" kata Mukhriz kepada Hakimie.

"Maybe? Kita tengoklah dulu tu siapa." balas Hakimie yang agak gementar.

Pasangan kembar itu bergerak ke arah Raudha yang sedang tidur. "Betullah ni Raudha. Hehe.." gelak Hakimie keseorangan, malu dengan dirinya yang takut tadi. Mereka duduk bersila di tepi Raudha. Mereka duduk disitu dengan senyap kerana tidak mahu mengejutkan Raudha. Mukhriz meletakkan tangannya di dahi Raudha.

"Panasnya.. Kimie, Raudha demam lagi lah!" kata Mukhriz kepada Hakimie yang sedang duduk bertentangan dengannya. Hakimie yang mendengar penjelasan abang kembarnya itu terus memegang dahi Raudha. Benar. Dahi Raudha sangat panas.

"Mungkin sebab hujan malam semalam! Kesian Raudha.. Mesti dia sejuk.." kata Hakimie sambil memegang dahi Raudha. Mukhriz mengangguk, membenarkan kata - kata Hakimie. Mereka kasihan melihat Raudha. "Kenapa Raudha ada dekat sini eh, Kimie?" tanya Mukhriz dengan nada curiga. Hakimie hanya mengangkat kedua - dua bahunya sebagai tanda dia tidak tahu apa yang telah terjadi.

"Kita kena kejutkan Raudha. Biar dia cerita apa yang jadi." cadang Mukhriz. Hakimie terasa bersalah untuk mengejutkan Raudha kerana Raudha tampak lemah dan kesejukan. Tetapi akibat terlalu terdesak untuk mengetahui apa yang terjadi, mereka terpaksa mengejutkan Raudha. Mukhriz dan Hakimie menggoyangkan bahu Raudha dengan perlahan. Mereka tidak mahu menggoyangkan dengan terlalu kuat kerana mereka takut akan menyakitkan Raudha yang sudah sakit.

Raudha membuka matanya perlahan - lahan. Dia menggosok matanya untuk mengembalikan pandangannya yang kini sedang kabur. Dia terkejut melihat kehadiran Mukhriz dan Hakimie di pondok itu. "Mukhriz? Kimie? Apa awak buat dekat sini?" tanya Raudha dengan nada cemas.

Mukhriz dan Hakimie memandang Raudha dengan hairan. "Ayah awak tanya kita kalau kita ada nampak awak atau tak. Dia kata awak lari rumah. Jadi, kita carilah awak. Kita jumpa awak tengah tidur dekat sini." jelas Hakimie. Raudha hanya merenung mukanya.

"Sebenarnya, apa yang jadi ni, awak? Cuba cerita dekat kitorang." pujuk Mukhriz.

Raudha melepaskan keluhan lemah. Dia menarik nafas yang dalam. Patutkah dia menceritakan apa yang terjadi semalam kepada Mukhriz dan Hakimie? Pasangan kembar itu menunggu dengan sabar jawapan dari Raudha. "Ceritalah, awak.." desak Hakimie.

Raudha menundukkan kepalanya sebelum memulakan ceritanya. "Petang semalam, mummy saya marah saya sebab saya terpecahkan pasu yang dia baru beli. Saya tak sengaja tau awak! Tapi mummy saya tak habis - habis bebel dekat saya. Dia tak tahu pun apa yang jadi. Saya terpijak mainan adik saya je. Sebab tu saya terjatuh dan tertolak pasu tu." jelas Raudha. Dia cuba menahan air matanya yang hampir mengalir.

PercayaWhere stories live. Discover now