Bab 20 - Kem Motivasi

58 4 0
                                    

18 Ogos 2016

Raudha seperti biasa akan duduk di hadapan televisyen sambil tangannya ralit menekan butang - butang di atas alat kawalan jauh untuk menukar siaran di televisyen. Tiada rancangan yang menarik minatnya pada waktu itu. Jadi, dia hanya duduk di atas sofa ambil mengeluh lemah.

Raudha melihat jam. Ia menunjukkan pukul 5 petang. Bila - bila masa sahaja ibunya, Puan Mawarni, akan pulang dari kerja. Hanya menunggu masa sahaja.

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu hadapan rumah Raudha dibuka. Itu pasti Puan Mawarni. Raudha lantas bangun dari sofa dan terus berlari ke pintu hadapan untuk mendapatkan ibunya.

"Yeay! Mummy dah balik!" kata Raudha sambil menyambut tangan ibunya untuk disalam.

"Tahu tahu aje mummy balik time - time macamni kan? Haaa.. Mummy ada benda nak bagitahu ni." kata Puan Mawarni setelah meletakkan begnya di atas sofa lalu duduk di sebelahnya. Raudha hanya mengekori ibunya dari belakang lalu duduk menghadap Puan Mawarni. 

"Apa dia benda tu, mummy?" tanya Raudha. Macam - macam benda yang sedang bermain di fikirannya sekarang. Hendak kata Puan Mawarni mahu memberi hadiah, tiada apa yang Raudha lakukan yang telah membanggakannya. Ujian Pertengahan Tahun juga belum bermula lagi. Hari jadi? Hari jadi Raudha sudah lepas. Juga telah disambut.

"Nanti, Raudha akan pergi kem motivasi tau? Nanti Alynn, Amira, Mukhriz dengan Hakimie akan ikut sekali. Raudha nak ikut ke?" tanya Puan Mawarni. Dia mahu melihat reaksi anaknya itu.

"Kem motivasi? Apa nama kem tu? Siapa yang buat, mummy?" Raudha menanyakan soalan lagi untuk mengetahui lebih lanjut tentang kem itu. Seperti wartawan pula rasanya. Dia berminat untuk menyertai kem itu.

"Program Motivasi Remaja Islam Bertaqwa. Kem motivasi ni anjuran Kem Batu Kentonmen. Sabtu ni dah mula tau? Raudha nak ikut tak?" jelas Puan Mawarni secara panjang lebar. Dia mengatakan apa yang dia tahu tentang kem ini.

Raudha memegang dagunya, memikirkan keputusannnya. Dia akhirnya bersetuju untuk menyertai kem itu.

"Okay, Raudha join lah mummy. Mukhriz dengan Kimie masuk sekali. Alynn dengan pun ada kan? Nanti Raudha adalah kawan. Tapi, jangan pisahkan Raudha, Alynn dengan Amira tau? Kitorang nak satu bilik!" balas Raudha.

Puan Mawarni tersenyum mendegar jawapan dari anaknya itu. "Okay, baguslah. Esok start kemas baju ya, Raudha?"

---------------------------------------------------------------------

20 Ogos 2016

Raudha bangun awal pada pagi itu. Selepas membuka mata pada pukul 5 pagi, dia terus mengambil tuala untuk mandi. Selepas memakai pakaian yang sesuai untuk ke kem itu, dia menunaikan kewajipannya sebagai seorang Muslim, menunaikan solat Subuh.

Raudha duduk di meja makan untuk mengambil sarapan pada jam 7 pagi. Dia meletakkan beg bajunya berhampiran dengan pintu hadapan. Kelihatan Amira sudahpun meletakkan beg bajunya di situ. Adiknya juga sudah bersedia. Dia tidak sabar untuk ke kem tersebut, lagi - lagi apabila Mukhriz, Hakimie, Alynn dan Amira turut serta menyertai mereka. Pasangan kembar dan Alynn akan menumpang kereta Puan Mawarni untuk ke Kem Batu Kentonmen. 

Setelah menghabiskan sarapan, Raudha dan Amira bersalaman dengan ayah mereka, Encik Zaheri, sebelum bergerak turun ke bawah blok untuk berkumpul bersama - sama Mukhriz, Hakimie dan Alynn.

"Jaga diri baik - baik dekat sana ye, anak - anak daddy." kata Encik Zaheri sambil mengusap kepala Raudha dan Amira.

"Okay, daddy!" kata Amira.

PercayaWhere stories live. Discover now