Bab 14 - Jamuan Aidilfitri

82 6 0
                                    

24 Julai 2015

Musim Hari Raya Aidilfitri, pasti ada rumah terbuka, ziarah - menziarahi dan jamuan. Ini merupakan tradisi umat Islam ketika tibanya Hari Raya. Blok Raudha juga tidak terlepas daripada melakukan tradisi tersebut. Malam itu, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, pihak blok menganjurkan jamuan raya. Semua penghuni blok itu telah dijemput hadir, termasuk Raudha serta Mukhriz dan Hakimie.

Petang itu, bahagian bawah blok telah dibersihkan dan disusun untuk dijadikan tapak jamuan. Kaum lelaki sedang sibuk memasang pembesar suara di beberapa sudut bahagian bawah blok untuk memasang lagu - lagu raya. Kipas juga dipasang untuk menyejukkan keadaan di bawah blok itu ketika jamuan itu berlangsung. Bagi para wanita, mereka menyusun meja - meja untuk meletakkan makanan.

Selepas Maghrib, mereka menyusun makanan - makanan di atas meja tersebut. Lagu - lagu raya sudah mula dipasang. Suasana di bawah blok itu sudah mula bertambah meriah.

Keluarga Raudha telah membawa kek span pandan. Keluarga Mukhriz dan Hakimie pula telah membawa agar - agar Milo buatan sendiri. Jiran - jirannya yang lain juga membawa makanan sama ada yang ditempah, dibeli atau buatan sendiri.

Pihak blok pula telah membawa kambing golek. Itu adalah antara makanan yang paling disukai oleh Raudha.

Raudha yang sedang berada di biliknya dapat mendengar lagu - lagu raya dipasang di bawah. Tidak sabar dia untuk turun ke bawah. Raudha sedang berdiri di hadapan cermin. Untuk jamuan ini, dia berbaju kurung hijau dan memakai shawl hitam. Walaupun pakaiannya ringkas, dia tampak cantik dan ayu di dalam pakaian itu.

Raudha sedang membetulkan tudungnya. Apabila dia sudah berpuas hati dengan apa yang dipakainya, dia menutup suis lampu biliknya lalu bergerak keluar untuk turun.

"Mummy! Raudha turun dulu eh?" katanya kepada Puan Mawarni sebelum menyarung sandalnya.

"Okay! Tunggu mummy okay?" jerit Puan Mawarni dari biliknya. Dia juga sedang masih bersiap. Puan Mawarni memakai pakaian yang sedondon dengan Raudha. Begitu juga dengan adik perempuannya, Amira.

Ayahnya, Encik Zaheri dan adik lelakinya Iskandar juga memakai pakaian sedondon. Mereka memakai T - shirt Polo bewarna hijau dan hitam. Sesuai dengan warna pakaian perempuan keluarga mereka.

"Okay!" balas Raudha sebelum bergerak menuruni tangga.

Ketika Raudha tiba di bawah blok, dia melihat makanan yang sudah terhidang. Pelbagai makanan telah dibawa oleh penghuni - penghuni blok itu. Raudha terliur. Tambah pula perutnya sedang kosong ketika itu. Dia tidak menjamah makanan sejak tengah hari itu.

Kawasan sekitar blok juga sudah dihias dengan pelita yang sudah dinyalakan. Amat cantik sekali kawasan ini dihiaskan.

Sedang dia asyik melihat makanan, Mukhriz dan Hakimie menyergah Raudha dari belakang.

"Awak!!" jerit Mukhriz dan Hakimie serentak.

"Ahh!!" Raudha terjerit. Nasib dia tidak menjerit terlalu kuat. Segera dia menoleh ke belakang, menghadap pasangan kembar itu.

"Awak!! Tak baiklahh! Kesian saya tahu! Kalau jantung saya gugur macam mana?!" bebel Raudha kepada Mukhriz dan Hakimie sambil mencekak pinggang. Pasangan kembar itu tergelak.

Seperti biasa, mereka memakai pakaian yang sama. Masing - masing memakai kemeja Polo berlengan panjang yang dilipat sehingga ke siku, berseluar jeans dan berkasut. Gaya rambut mereka juga sama. Amat sukar untuk membezakan mereka berdua. Mata mereka sahajalah satu - satunya cara untuk membezakan Mukhriz dan Hakimie.

"Hehe.. Sorrylah awak.. Kita gurau je.." kata Hakimie sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Raudha memuncungkan mulutnya. Berlakon merajuk dengan pasangan kembar itu.

Mukhriz dan Hakimie mula panik. Masing - masing memikirkan cara untuk memujuk Raudha. Raudha hanya tersenyum sinis dan tergelak kecil melihat mereka berdua yang sudah mula cemas. "Saya gurau je lah. Selamat Hari Raya korang! Maaf zahir batin ya?" kata Raudha sambil melakukan simbol 'peace' menggunakan tangan kanannya.

Mukhriz dan Hakimie melepaskan nafas lega lalu tersenyum. "Selamat Hari Raya jugak.. Kita kosong - kosong eh, awak? Jom kita duduk dulu! Lambat lagi majlis nak mula." ajak Mukhriz sambil menunjukkan kepada beberapa kerusi yang kosong yang tidak jauh dari tempat mereka sedang berdiri.

Raudha tidak dapat berjumpa Mukhriz dan Hakimie pada hari pertama raya. Ini kerana masing - masing sudah pulang ke kampung halaman mereka. Raudha ke Kelantan. Mukhriz dan Hakimie pula ke Terengganu. Tidak sempat mereka bertegur. Ketika jamuan itulah mereka dapat mengucapkan 'selamat hari raya' sesama sendiri.

Sementara majlis bermula, mereka menceritakan pengalaman berada di kampung masing - masing. Makin lama, makin ramai yang hadir. Ruang bawah blok mula dipenuhi dengan manusia. Semua dengan pakaian raya masing - masing. Pelbagai warna.

Tidak lama kemudian, majlis dimulakan dengan bacaan doa. Selepas itu, para pengunjung dibenarkan untuk menjamu selera. Raudha, Mukhriz dan Hakimie duduk setempat dan makan bersama - sama. Apa yang dimakan oleh Mukhriz dan Hakimie, Raudha akan makan sekali, kecuali sayur dan mee.

Banyak juga mereka makan, segala jenis hidangan yang disediakan sudah mereka rasa. Sambil makan, mereka sempat berjenaka dan bergurau senda.

Sesudah makan, mereka bercadang untuk bermain bunga api. Raudha mengeluarkan bunga api yang dibelinya semalam dari beg ayahnya. Mukhriz dan Hakimie pula mengeluarkan bunga api mereka.

Mereka bergerak ke bahagian terbuka untuk bermain bunga api. Ketika itu, ramai juga yang sudah bermain. Ada yang kecil, ada yang sudah remaja. Bagi yang dewasa, mereka bermain bunga api yang dilancarkan ke udara lalu mengembang jadi pelbagai corak. Yang lain hanya memerhartikan mereka bermain.

Raudha, Mukhriz dan Hakimie hanya bermain 3 orang. Ini kerana yang lain tidak berapa rapat dengan pasangan kembar itu. Ada yang tidak berapa suka berkawan dengan mereka hanya kerana sifat mereka yang kebudak - budakan dan tidak matang. Ada sesekali Raudha diajak oleh rakannya yang lain, namun ditolak kerana dia mahu bermain dengan pasangan kembar itu.

Mereka bermain sehingga jam 10 malam. Ketika itu, beberapa orang sedang mula mengemas kawasan itu. Ramai juga yang sudah naik ke rumah masing - masing. Tinggal beberapa sahaja lagi kanak - kanak yang masih bermain bunga api.

Mukhriz dan Hakimie sudah mula menguap. Raudha yang melihat mereka menguap juga turut menguap sekali.

Encik Zaheri dan Encik Kudus yang tadi sedang berborak ternampak anak - anak mereka yang sudah mengantuk.

"Raudha! Jom, kita balik. Dah lewat dah ni." ajak Encik Zaheri. Encik Kudus juga mengajak anak kembarnya itu untuk pulang dan rehat.

Raudha dan pasangan kembar itu hanya mengangguk sambil menggosok - gosok mata. Mereka naik bersama ayah mereka. Sesampainya mereka di rumah masing - masing, mereka mengucapkan 'selamat hari raya' sekali lagi.

"Selamat hari raya, awak." kata Mukhriz dan Hakimie serentak.

Raudha tersenyum. "Selamat hari raya jugak. Selamat malam." balasnya.

Pasangan kembar itu tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

PercayaWhere stories live. Discover now