Bab 2 (2.0) - Pandangan Pertama

89 5 0
                                    

29 April 2017

Pagi itu, Puan Mawarni menghantar Raudha ke UTC. Di dalam bangunan UTC itu terdapat satu tempat yang dinamakan 'Teen Center'. Teen Center adalah satu pusat remaja yang menjalankan aktiviti - aktiviti untuk mendidik remaja. Ia jugalah yang telah menganjurkan perkhemahan ini. Di sanalah peserta - peserta yang akan menyertai perkhemahan ini berkumpul sementara menunggu bas sampai.

Raudha tiba agak lewat disebabkan oleh jalan yang agak sesak ketika itu. Mujurlah bas tidak sampai lagi. Dari jauh, Raudha sudah mula menampak kelibat rakan - rakan sekolahnya.

"Eh! Raudha! Akhirnya kau datang jugak! Nasib baik bas tak sampai lagi tau?" tegur Aina, rakan Raudha yang paling rapat di sekolah. Bersama Aina terdapat Aliya, Maira dan Mia yang juga merupakan rakan sekolah Raudha. Mereka sedang berborak sambil bergelak ketawa di bahagian luar Teen Center

"Eh, hehehe. Sorrylah. Jalan sesak tadi." jelas Raudha kepada Aina. Aina adalah rakan Raudha yang telah mengajak Raudha untuk menyertai perkhemahan ini.

"Takpe! Ni mak kau kan?" tanya Aina sambil menunjukkan jarinya ke arah Puan Mawarni. Raudha hanya mengangguk.

"Oh.. Okay. Raudha, kau masuk je dalam Teen Center tu, pergi dekat kaunter lepastu tulis nama tau. Lepastu kau letaklah beg baju kau dekat - dekat dengan kitorang punya. Bas dijangka sampai pukul 3. Delay sikit. Sekarang baru 2.30. Kau duduk - duduklah dulu." jelas Aina lalu menunjukkan ke arah kaunter di dalam bilik Teen Center itu.

"Haah. Lepastu jom lah join kitorang borak sama - sama." ajak Maira.

"Okay! Mummy nak ikut Raudha tulis nama ke?" tanya Raudha sambil memandang muka Puan Mawarni.

"Mummy hantar sampai pintu depan tu je, okay?" jelas Puan Mawarni. Di samping mahu menghantar anaknya itu, dia juga mahu melihat wajah - wajah peserta lelaki yang menyertai perkhemahan ini. Bagaimana perangai mereka. Baik atau gangster?

Ini semua disebabkan oleh Raudha yang dahulunya pernah berada dalam hubungan cinta dengan seorang yang perangainya agak buruk. Dia juga telah banyak kali menyakiti Raudha sehinggakan Encik Zaheri dan Puan Mawarni duduk di tepi Raudha dan memaksanya meminta putus dengannya.

Raudha tahu sangat akan niat Puan Mawarni yang mahu menghantarnya ke pintu hadapan. Dia hanya menggeleng sendirian. Namun, dia tidak takut. Niatnya baik.

Sejurus selepas mereka berdua tiba di pintu hadapan, Raudha ternampak lebih ramai kawan - kawannya. Raudha ternampak Riana, rakan sekelasnya. Terdapat juga Nazim, Adira, Jannah dan Lina. Selain itu adalah orang - orang yang masih belum dikenali olehnya.

Dia memandang sekeliling lagi, mencari seseorang.

Itu dia.

Sedang berborak bersama - sama Haikal dan Hakim, pasangan adik - beradik itu.

Fawwaz.

Hati Raudha melonjak gembira apabila ternampak Fawwaz. Puan Mawarni juga ternampak Fawwaz.

"Muka macam baik.. Ada rambut putih dekat depan, macam dalam cerita apa tu? Frozen?" perli Puan Mawarni. Raudha tergelak. Baguslah jika Puan Mawarni melihat Fawwaz sebagai seorang yang baik.

Ketika itu Fawwaz sedang berjalan ke arah Jannah dan Lina bersama - sama Haikal dan Hakim. Untuk ke sana, dia perlu berjalan di hadapan pintu masuk Teen Center itu. Ketika itu juga dia ternampak Raudha di pintu masuk, namun disebabkan dia ada bersama ibunya, dia berasa segan untuk menegur Raudha.

"Okaylah. Mummy balik dulu. Jaga diri elok - elok Raudha." kata Puan Mawarni sambil mengusap kepala Raudha.

"Okay, mummy. Raudha janji." balas Raudha sambil tersenyum. Lalu dia berjalan ke dalam Teen Center sambil melambai - lambai ke arah Puan Mawarni.

PercayaWhere stories live. Discover now