Bab 3 - Rutin

126 10 0
                                    

17 Jun 2014

Raudha duduk di ruang tamu sambil menekan butang - butang di alat kawalan jauh TV. Tiada cerita yang menarik baginya pada masa ini. Dia hanya menukar siaran - siaran di TV. Adik - adiknya sedang menyiapkan kerja sekolah di dalam bilik masing - masing.

Raudha terasa bosan. Ibu dan ayahnya bekerja. Tiada tempat untuk dia bergurau sekarang.

Jika diikutkan hati, dia mahu sahaja mengganggu adik - adiknya menyiapkan kerja sekolah untuk menghilangkan rasa bosan. Namun, jika difikirkan, adik - adiknya pasti akan mengadu kepada ibunya. Pasti teruk dimarahinya nanti. Dia terus membatalkan niatnya.

Raudha melihat jam di dinding. Ia menunjukkan 4 petang. Raudha teringat pesanan ibunya untuk membuang sampah sebelum dia pulang. Raudha bangun dari sofa dan menggeliat seketika. Matanya digosok. Kaki berjalan ke arah dapur.

Setelah mengikat beg plastik sampah, dia terus memakai seliparnya. Tidak lupa juga tudung hitamnya. Walaupun hanya untuk membuang sampah, auratnya masih perlu dijaga. Kunci rumah diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Raudha memulas tombol pintu dan keluar. Pintu dikunci dan dipulas dari luar untuk memastikan semuanya telah dikunci. Kemudian, Raudha bergerak ke arah tangga.

-------------------------------

"Mukhriz.. Kimie bosan lahh.." keluh Hakimie sambil menggoyangkan bahu Mukhriz.

"Apa ingat Kimie sorang aje yang bosan? Mukhriz pun lah.." balas Mukhriz.

Mereka sedang duduk berdua - duaan  di bawah blok sambil memegang racket badminton. Mereka ingin bermain, namun tiada siapa yang sudi bermain dengan mereka. Hendak mengajak, mereka tidak mengenali sesiapa dalam blok ini, kecuali Raudha. Namun, kelibat Raudha tidak kelihatan oleh mereka.

"Bosanlah dekat sini.. Kimie tak nak pindah.. Kenapa papa nak pindah jugak?" Hakimie mengeluh lagi. Mukhriz pula menongkat dagu dan merenung lantai. Sudahlah di rumah lama mereka, mereka tiada kawan. Di sini pun sama sahaja.

Tiba - tiba, kedengaran bunyi tapak kaki yang sedang menuruni tangga tidak jauh dari mereka. Mereka merenung tangga itu, menanti siapa yang akan muncul dari tangga itu.

"Harap bukan pakcik yang menakutkan tadi." kata Mukhriz.

"Kan." balas Hakimie.

Akhirnya Raudha muncul di tangga itu. Hati Mukhriz dan Hakimie terlompat apabila melihat Raudha yang sedang memegang sebuah beg plastik sampah hitam menuruni tangga itu. Namun, mereka segan untuk mengajak Raudha bermain. Manalah tahu, Raudha sedang sibuk mengemas rumah? Malu mereka nanti. Mereka hanya berharap Raudha yang memulakan perbicaraan.

Setelah Raudha memasukkan beg plastik sampah itu ke dalam tong sampah besar, dia berjalan ke arah Mukhriz dan Hakimie.

Raudha kasihan melihat mereka yang kebosanan bermain dengan racket badminton. Raudha terfikir, dia tidak ada apa - apa hal selepas ini. Kerja sekolah juga sudah disiapkan. Apa salahnya bermain bersama mereka?

"Mukhriz! Hakimie!" Raudha memanggil mereka sambil melambai. Pasangan kembar itu melonjak gembira apabila Raudha memanggil nama mereka.

"Hi Raudha!" balas pasangan kembar itu serentak.

"Korang buat apa dekat sini? Tak bosan ke? Ada racket tu? Ke baru habis main?" tanya Raudha.

PercayaWhere stories live. Discover now