Bab 22 - Pelukan

68 4 0
                                    

22 Ogos 2016

Pagi itu, sejurus selepas solat Subuh, kesemua peserta berkumpul di dewan makan untuk bersarapan pagi. Peserta diarahkan untuk memakai baju formal; perempuan berbaju kurung manakala lelaki berbaju kemeja dan berseluar slack. 

Selepas makan pagi, semua peserta akan berkumpul di dewan untuk ceramah terakhir sebelum program ini berakhir. Ceramah terakhir ini berkaitan ibu dan bapa. Seperti ceramah - ceramah motivasi lain, pasti akan ada sesi menangis kerana memperingati jasa ibu dan bapa yang telah bersusah - payah membesarkan kita. Idea cliche. 

Semua menangis teresak - esak setelah mendapat ayat - ayat libasan pedas dari fasilitator - fasilitator. Boleh dikatakan siapa yang tidak menangis ketika itu tidak mempunyai perasaan. Isu yang melibatkan ibu bapa adalah isu yang amat sensitif. Ayat 'Kau boleh hina aku, tapi jangan sesekali hina mak bapak aku' menjadi bukti.

Ceramah tentang ibu bapa tidak akan menjadi sah tanpa sesi 'menutup mata dan bayangkan ibu dan ayah kamu berada di depan mata awak sekarang'. Betul? Siapa yang selalu masuk kem motivasi pasti akan muak dengan sesi ini. Tapi nangis tetap nangis. Kalau tidak, kena label tiada perasaan pula.

Tanpa mereka sedari, sebenarnya fasilitator telah menghubungi ibu setiap peserta untuk hadir ketika itu sebagai kejutan buat setiap peserta. Boleh juga dikatakan fasilitator membuat itu sebagai ganjaran mereka berjaya mengharungi kem ini. Fasilitator tahu mereka telah banyak mendera peserta - peserta kem ini, jadi ini adalah cara untuk membuat mereka gembira semula setelah mental dan fizikal mereka diuji hingga ke tahap maksimum.

Ibu - ibu yang telah hadir itu telah disuruh oleh fasilitator untuk berkumpul di bahagian belakang dewan secara senyap - senyap. Kejutan buat setiap peserta akan didedahkan tidak lama lagi.

Sejurus selepas ceramah mereka berakhir, mata setiap peserta sudah bertukar merah. Ada yang lebam akibat menangis dan kurang rehat. Mukhriz, Hakimie, Raudha, Amira dan Alynn juga begitu. Masing - masing mengelap air mata menggunakan sapu tangan yang dibawa mereka. Mereka sudah dapat mengagak yang ceramah ini akan membuat mereka menangis. Mereka telah membawa sapu tangan siap - siap.

"Baiklah. Sebelum awak semua bukak mata awak. Saya nak tanya something boleh?" tanya seorang fasilitator yang telah menyampaikan ceramah tentang ibu bapa tadi. Masa untuk memberikan mereka kejutan sudah tiba. Fasilitator itu melihat ke belakang. Kelihatan kesemua ibu - ibu sudah bersedia di bahagian belakang dewan. Seorang fasilitator dari belakang menunjukkan 'thumbs up' untuk memberitahu semuanya sudah bersedia.

"Boleh.." jawab semua peserta dengan lemah. Semua sudah kekurangan tenaga akibat menangis teresak - esak. Ada yang sudah berhenti, ada juga yang masih tersedu - sedu. Masing - masing sudah mula merindukan ibu bapa mereka yang sedang berada di rumah sekarang.

"Baiklah. Awak semua nak surprise tak?" tanya fasilitator itu dengan nada riang. Keadaan di dalam dewan itu serta - merta bertukar daripada sedih ke gembira. 

"Nak!!!" jawab semua peserta dengan keadaan mata mereka masih tertutup. Mereka sudah mula curiga dengan kejutan yang akan diberi. Serta - merta mereka menjadi bersemangat. Tidak sabar mahu tahu apa yang akan terjadi atau apa yang akan diberikan kepada mereka.

"Okay, bukak mata awak, dan pusing belakang. Surprise!" kata fasilitator itu.

Kesemua peserta membuka mata lalu terus menoleh ke belakang. Mata mereka terbeliak.

"Mama!" "Mummy!" "Ibu!" "Ummi!" 

Macam - macam panggilan telah keluar. Namun, ia tetap orang yang sama. 

Orang yang telah melahirkan mereka. Orang di mana Syurga mereka di bawah kakinya. Orang yang telah bertarung nyawa melahirkan mereka. Orang yang telah banyak berjasa kepada kita. Orang yang telah mengabaikan diri sendiri demi kebajikan mereka.

Ibu.

Tanpa berfikir panjang, kesemua peserta berlari ke arah ibu mereka untuk memeluk.

Raudha dan Amira memeluk Puan Mawarni.

Mukhriz dan Hakimie memeluk Puan Anisa.

Alynn pula memeluk ibunya yang turut hadir bersama - sama Puan Mawarni dan Puan Anisa.

Sekali lagi mereka menangis teresak - esak di dalam pelukan ibu mereka, melepaskan rindu yang sudah lama terbuku di dalam hati mereka. Mereka mengaku, walaupun mereka menganggap diri mereka kuat, pasti akan lemah tanpa kehadiran ibu bapa mereka di sisi. 

"Mummy! Raudha rindu mummy!" kata Raudha.

"Amira pun!" sambung Amira.

Puan Mawarni membalas pelukan mereka. "Mummy pun rindu kamu berdua."

"Mama! Mukhriz rindu mama!" kata Mukhriz sambil memeluk Puan Anisa erat, sambil berebut dengan Hakimie.

"Kimie rindu masakan mama!" sambung Hakimie yang cuba menolak Mukhriz ketepi kerana mahu memeluk Puan Anisa.

Puan Anisa turut mengalirkan air mata melihat anak kembarnya itu. "Mama pun rindu anak kembar mama. Dah - dah. Jangan berebut." katanya sambil memeluk Mukhriz dan Hakimie serentak.

Mereka berempat terasa seperti mereka berada dalam Syurga ketika berada di dalam pelukan ibu mereka. Hati mereka terasa tenang. Tahukah anda, dengan cara berpelukan, kedua - dua jantung yang memeluk dan yang dipeluk berada paling dekat sesama sendiri?

Berpelukan juga mengurangkan stress dan kemurungan. Badan juga akan merembeskan hormon oxytocin atau lebih dikenali sebagai hormon cinta.

Lama juga para peserta berpelukan dengan ibu mereka, terasa seperti tidak mahu lepas pula. Namun, mereka terpaksa melepaskan pelukan kerana sesi memberi hadiah dan sijil belum dijalankan lagi. Mereka juga belum menyanyikan lagu tema perkhemahan ini buat kali terakhir. Mereka kembali duduk di tempat masing - masing sambil menunggu keadaan menjadi reda.

Mereka bangun semula untuk menyanyikan lagu 'Satu Janji Satu Mimpi' dengan bersemangat. Mereka dapat merasakan semangat dalam diri mereka sudah pulih semula. Mata yang lebam dan muka yang buruk akibat menangis tadi diabaikan. Ini adalah kali terakhir mereka menyanyikan lagu ini untuk perkhemahan ini. Mereka perlulah menghayati lagu itu dengan sebaiknya.

Untuk sesi pemberian hadiah, kumpulan yang mendapat tempat pertama mendapat headphone. Kumpulan kedua, iaitu kumpulan Raudha mendapat beg yang mengandungi makanan, set alat tulis dan earphone. 

Melonjak ahli kumpulan Raudha apabila mereka mengetahui mereka mendapat earphone. Dapatlah mereka gunakan untuk mendengar lagu nanti. Bagi kumpulan lain, mereka mendapat hadiah saguhati sahaja.

Selepas pemberian hadiah, sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta. Sebelum mereka bertolak pulang, kesemua peserta bersalaman dengan fasilitator - fasilitator yang telah membanyak membantu mereka sepanjang mereka berada di dalam kem ini. Ada yang sempat ber'selfie' menggunakan telefon masing - masing. Raudha juga tidak ketinggalan. Dia berasa gembira kerana dia dapat menyertai kem ini. Tidak sia - sia dia menyertainya. Baginya, ini adalah kem yang terbaik dan paling menarik baginya.

Selepas itu, mereka bertolak pulang bersama - sama ibu masing - masing. Raudha tertidur di dalam kereta akibat terlalu penat. Dia pulang dengan perasaan puas kerana dia berjaya menolak tepi sakitnya demi menghayati sepenuhnya kem yang disertainya ini.

Namun, secara tiba - tiba perasaan sedih dan rindu datang kembali.

Raudha hanya menganggap dia merindukan kawan - kawan baru, fasilitator dan aktiviti yang dijalankan disana. Namun, bayangan Mukhriz dan Hakimie tiba - tiba masuk ke dalam bayangannya. Raudha tersentak lalu terbangun dari tidurnya. 

"Kenapa, Raudha?" tanya Puan Mawarni yang sedang membantu kereta.

Raudha menggosok matanya. Dia hampir tiba di rumahnya. "Hmm, takde apa - apa, mummy. Terkejut je. Tadi kan ada bonggol jalan." Raudha mencipta alasan.

Raudha beristighfar. Dia hanya menganggap itu adalah dia yang merindukan waktu dia meluangkan masa bersama - sama Mukhriz dan Hakimie sewaktu mereka berada di dalam perkhemahan tersebut.

Namun, betulkah apa yang dianggap oleh Raudha?

PercayaWhere stories live. Discover now