Bab 6 - Hari Istimewa

88 9 0
                                    

29 Julai 2014

"AKAKKKK!!"

Raudha bangun mengejut dari tidurnya. Dia juga turut menjerit akibat jeritan kuat betul - betul di sebelah telinganya.

"Apa?! Apa jadi?! Ada kebakaran kee?!" Raudha memegang bahu adiknya, Amira, yang menjerit tadi.

Amira ketawa terkekeh - kekeh. "Mana ada!! Eiii. Nii kawan akak yang mata biru dengan hijau tu panggil akak! Bersiap lah cepat!" kata Amira dengan nada tegas.

Raudha yang masih mamai melihat jam di dindingnya.

APA?! 3.20 PETANG?!

Dia sudah lewat 20 minit. Pasti Mukhriz dan Hakimie telah menunggunya lama. Dia tertidur selepas membersihkan dirinya. Entah kenapa dia terasa penat hari ini.

Dia mencapai tudung hitamnya lalu berlari keluar bilik ke pintu rumah. Kelihatan Mukhriz dan Hakimie sedang bersandar di dinding luar rumah mereka.

"Sorry! Saya terlajak tidur.." ujar Raudha memberi alasan.

Mukhriz dan Hakimie hanya senyum melihat Raudha. "Tak apa. Kita bukan nak cepat sangat pun." kata Hakimie.

"Jomlah! Kita ke pondok kita!" ajak Mukhriz.

"Jom!" jerit Raudha dan Hakimie serentak.

Mereka berjalan menuruni tangga dan terus ke bukit yang merupakan laluan masuk ke pondok itu. Kelihatan Puan Anisa dan Encik Kudus sedang berdiri di situ, menunggu kehadiran mereka. Sebelum mereka meneruskan perjalanan, Mukhriz memberhentikan langkah Raudha.

"Awak. Saya kena tutup mata awak dulu sebelum kita ke pondok sana." kata Mukhriz lalu mengeluarkan kain dari poket seluarnya.

"Hmm? Kenapa awak nak tutup mata saya?" tanya Raudha, kehairanan.

"Hehe.. Adalah sebabnya. Jangan risau. Mama kita akan pimpin awak." ujar Hakimie memberi alasan. Raudha hanya mengangguk dan menurut apa yang dikatakan oleh pasangan kembar itu.

Selepas mata Raudha ditutup, Mukhriz dan Hakimie berlari naik bukit itu bersama papa mereka. Mereka perlu membuat persediaan awal. Kini, hanya tinggal Puan Anisa dan Raudha sahaja di kaki bukit itu.

"Jom! Aunty pimpin Raudha." kata Puan Anisa sambil mencapai tangan Raudha.

Raudha hanya menurut perintah. Walaupun perasaan gementar memenuhi dirinya, dia pasti mereka tidak berniar untuk melakukan perkara buruk terhadap dirinya.

Puan Anisa memimpin Raudha dengan berhati - hati. Risau jika Raudha tersadung akar dengan keadaan matanya ditutup. Ada kalanya Raudha memeluk Puan Anisa kerana takut.

Setelah lebih kurang 10 minit berjalan, akhirnya Raudha dan Puan Anisa tiba di pondok itu.

Puan Anisa membawa Raudha di hadapan pondok itu. Puan Anisa membuka kain yang menutupi mata Raudha.

Sejurus selepas mata Raudha dibuka, Mukhriz, Hakimie, Encik Kudus dan Puan Anisa menyanyikan lagu 'Happy Birthday' kepada Raudha. Hakimie sedang memegang kek. Mukhriz pula memegang 3 bilah pisau pemotong kek; setiap seorang satu pisau.

PercayaWhere stories live. Discover now