Bab 15 (2.0) - Halangan

44 4 0
                                    

27 Julai 2017

Raudha membuka matanya lalu melihat jam di dinding biliknya.

"Apa?! 6 petang?!" terjerit Raudha di dalam biliknya. Mujurlah pintu biliknya tertutup. Ibu bapa Raudha tidak mendengar dia menjerit akibat terkejut.

Raudha sebenarnya mahu berehat sebentar selepas menyiapkan kerja rumahnya yang sudah bertimbun di atas meja belajarnya. Serabut kepalanya melihat buku - buku latihannya yang sudah tinggi menggunung. 

Setelah menyiapkan segala kerjanya pada pukul 4 petang, dia mahu tidur selama 1 jam untuk kembalikan tenaga yang hilang disamping menenangkan kepalanya yang serabut. Asalnya, dia mahu mengemas biliknya, namun dia sudah terlajak tidur. Terus dibatalkan sahaja niatnya itu. Dia mengambil telefonnya lalu membuka contact Fawwaz.

Fawwaz selalu mengatakan kepadanya yang sekiranya kepalanya serabut, dia perlu menenangkan dirinya dan cara terbaik adalah dengan tidur. Namun, bagi Raudha, dia menjadi tenang apabila mendengar suara Fawwaz menyanyikan lagu kepadanya bersama piano.

Selepas Fawwaz meluahkan perasaannya dua hari lepas, Fawwaz selalu menyanyikan beberapa lagu kepada Raudha dengan iringan piano.

Raudha baru tahu yang Fawwaz pandai bermain piano. Walaupun Fawwaz tidak berapa suka bernyanyi, setelah dia selesa dengan Raudha, selalu juga Fawwaz menyanyikan kepada Raudha.

Dia kini sedang mendengar pesanan suara yang dihantar oleh Fawwaz malam semalam sebelum mereka tidur. Di dalam pesanan suara itu, Fawwaz sedang menyanyikan lagu Lego House nyanyian Ed Sheeran kepada Raudha bersama iringan piano.

"I'm out of touch, I'm out of love, I'll pick you up when you're getting down. And out of all these things I've done, I think I love you better now."

Raudha tersenyum apabila mendengar suara Fawwaz. Dia berasa tenang seketika.

Namun ketenangannya diganggu apabila masuk satu notification dari Haikal ke dalam group WhatsApp yang mengandungi Aina, Aliya, Fawwaz dan Maira. 

"Guys! Sabtu nanti aku ada buat open house khas untuk kawan - kawan aku je. Jom lah datang! Ajak yang lain sekali." jelas Haikal di dalam group itu.

"Yeke?! Wahh.. Nak pergi!" balas Aina.

"Mak kau masak apa? Mesti sedap! Lama aku tak makan masakan mak kau tau?" sambung Aliya.

"Wow! Dah lama lepas raya pun nak buat open house lagi. Takpe, asalkan dapat makan hahaha." kata Fawwaz.

"Kau, Fawwaz. Makan je tahu. Aku pelik macam mana kau boleh sado." perli Fawwaz.

"Hey! Kau tengok badan aku pun tak! Memandai je." tegur Fawwaz.

Raudha yang pelik mengapa telefonnya mengandungi berhenti mendengar nyanyian Fawwaz lalu membuka griup WhatsApp tersebut. Terbeliak matanya apabila melihat Haikal akan menganjurkan rumah terbuka untuk mereka semua. 

Sabtu ini juga merupakan hari jadi Raudha. 29 Julai. Sekiranya dia menyertai mereka semua, sudah pasti rakan - rakan Raudha akan menyambut hari jadinya sekali. Raudha tersenyum keseorangan. Tidak sabar mahu menunggu Sabtu ini.

"Wah! Nak join! Masak banyak - banyak tau, Haikal?" kata Raudha di dalam group itu.

"Kau dengan Fawwaz takde beza pun, Raudha. Dua - dua kuat makan." perli Aina.

Raudha tergelak kecil. Fawwaz pula tampil untuk mempertahankan Raudha.

"Eleh! Biarlah. Tahulah jealous kitorang kurus walaupun makan banyak, kan?" Fawwaz memerli Aina kembali.

PercayaWhere stories live. Discover now