Bab 12 (2.0) - Mesej

47 4 0
                                    

18 Julai 2017

Raudha terus bergerak ke hospital setelah sesi persekolahannya tamat. Dia perlu menjalankan rawatan chemotherapy bagi merawat kansernya yang kini sedang berada di stage 3.

Seperti biasa, Puan Mawarni akan menghantarnya ke hospital dan menunggu di sana sehingga rawatan Raudha selesai.

Sampai sahaja di hospital, Raudha terus dibawa masuk ke dalam bilik rawatan lalu jarum terus dicucuk di atas tangan Raudha.

Raudha memandang jarum di tangannya yang sudah menjadi seperti rakan baiknya di hospital. Dia dan jarum berpisah tiada. Rasa sakit apabila dicucuk sudah menjadi kebiasaan baginya sehinggakan dia sudah kebal dengan kesakitan itu.

Tiub di jarum itu disalurkan ke beg yang mengandungi cecair chemotherapy lalu rawatan dimulakan.

Satu rawatan chemotherapy mengambil masa dari 30 minit sehingga lebih kurang 1 jam 30 minit, bergantung kepada stage yang dihidapi oleh pesakit.

Puan Mawarni yang menunggu bersama Raudha di dalam bilik rawatan itu duduk di sofa berdekatan dengan Raudha. Kerana tiada apa yang perlu dilakukan olehnya, Puan Mawarni hanya bermain bersama telefonnya lalu terlelap di situ.

Raudha biasakan akan menyertai ibunya tidur sementara menunggu rawatan selesai, namun kali ini dia tidak rasa mengantuk. Mungkin stress akibat kerja kursus Geografinya yang masih belum disiapkan dan mengelirukan.

Dia mencapai beg sekolah yang berada di sebelahnya untuk mengeluarkan kertas - kertas kerjanya. Namun, dia terasa ada satu benda lain yang terselit di antara kertas - kertas itu.

Raudha terus mengeluarkan benda itu.

Mata Raudha terbeliak.

"Ni surat dari Mukhriz dengan Kimie! Macam mana boleh masuk dalam beg sekolah aku ni? Nasib baik tak tercicir.." getus hati Raudha.

Itulah surat dari Mukhriz dan Hakimie yang diberikan kepada Raudha setelah pemergian mereka berdua. Afeeya, adik kepada pasangan kembar itu yang menyampaikan surat itu kepada Raudha beserta diari dan teddy bear.

Surat itu diletakkan di dalam sampul bewarna kuning yang bercorakkan bunga. Kertas yang digunakan untuk menulis surat itu juga bercorakkan bunga.

Name : Puteri Raudha Keisya
From : Your Bff
Address : Dalam Hati Mukhriz dan Hakimie

Raudha membuka surat itu lalu menbacanya berkali - kali. Beberapa kali juga Raudha melakukan sebegini apabila dia berseorangan di dalam bilik. Dia tidak pernah jemu membaca surat itu. Kadang - kala, Raudha mencium surat itu sebagai satu cara untuk melepaskan rindunya kepada Mukhriz dan Hakimie.

Tidak lama selepas itu, Raudha mendengar satu bunyi notification dari telefonnya. Surat Mukhriz dan Hakimie diletakkan kembali di dalam sampul dan diletakkan di ribanya.

Telefon diambil lalu Raudha membukanya.

Satu mesej dari Fawwaz.

Raudha terus melonjak gembira apabila melihat nama Fawwaz terpapar di skrin telefonnya.

"Hi, Raudha! Buat apa tu?" tanya Fawwaz melalui aplikasi WhatsApp.

PercayaWhere stories live. Discover now