Bab 7 - Persediaan

82 6 0
                                    

3 Ogos 2014

Mukhriz mengetuk pintu rumah Raudha.

"Assalamualaikum! Raudha? Awak ada tak?" tanya Mukhriz dari luar pintu rumah Raudha. Hakimie sedang berdiri di sebelahnya, memegang buku - buku rujukan UPSR kepunyaan Mukhriz dan dirinya.

"Waalaikumussalam.." Raudha menjawab salam itu sambil membuka pintu rumahnya. "Eh? Mukhriz! Kimie! Apa awak buat dekat sini?" tanya Raudha.

Kelihatan terdapat sebatang pensel yang terselit di tudung Raudha. Pasti Raudha sedang menyiapkan kerja sekolahnya. "Emm.. Awak sibuk ke? Kita nak ajak awak pergi study dekat pondok kita tu.." tanya Hakimie.

Raudha memegang dagunya, seperti memikirkan sesuatu. Mukhriz dan Hakimie menunggu jawapan daripada Raudha.

Raudha cuba mengingatkan dirinya kembali sekiranya ibunya ada meninggalkan apa - apa pesanan sebelum dia keluar untuk bekerja tadi. Tiada. Begitu juga dengan ayahnya. Adik - adiknya juga sedang bermain di taman bersama rakan - rakan mereka. Nampaknya Raudha ada masa terluang. 

"Baiklah! Saya akan join awak! Kejap, saya ambil kunci rumah." kata Raudha dengan nada riang. Mukhriz dan Hakimie melonjak gembira. "Okay, kita tunggu awak dekat sini!" kata Mukhriz.

Raudha masuk kembali ke rumah lalu mengambil buku - buku rujukannya. Tidak lupa sekali kerja rumahnya. Kemudian, dia bergerak ke ruang tamu untuk mengambil kunci rumah. Selipar disarung lalu dia melangkah keluar rumah. Tombol dipulas dari luar untuk memastikan semuanya selamat dan telah dikunci.

"Okay, jom!" ajak Raudha, semangat. Mukhriz dan Hakimie mengikut dari belakang.

---------------------------------------------------

"Awak, boleh ajar kita soalan ni? Susahlah.." tanya Raudha kepada Mukhriz. Dia sedang menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberi kepadanya tadi di sekolah.

"Oh, soalan ni! Meh, saya ajarkan." Mukhriz mengeluarkan sekeping kertas lalu mengajar Raudha bagaimana untuk menyelesaikan soalan itu. Ada kalanya dia akan meminta pertolongan Hakimie sekiranya dia melihat Mukhriz sedang khusyuk menyiapkan tugasannya. 

Raudha amat bangga dengan mereka berdua. Mereka amat tekun belajar. Walaupun mereka baru berpindah ke Malaysia dari Singapura, mereka sempat mengejar dengan silibus pelajaran Malaysia. Mereka selalu menawan tempat pertama dan kedua di dalam kelas. Namun begitu, tiada siapa yang sudi berkawan dengan mereka hanya kerana sifat mereka yang kebudak - budakan. Raudha kecewa dengan perangai manusia yang menilai seseorang hanya melalui luarannya sahaja.

Sedang mereka bertiga sedang khusyuk belajar, Hakimie terlihat tulisan Raudha. Baginya, tulisan Raudha amat cantik.

"Awak, boleh tak awak ajar kita macam mana nak tulis macam tulisan awak?" tanya Hakimie dengan nada malu.

"Eh? Kenapa?" tanya Raudha, kehairanan. Dia menggaru kepalanya menggunakan pensel yang berada di dalam tangannya.

"Hehe, takdelah. Tulisan awak cantik. Teringin nak ada tulisan macam awak. Tulisan kita buruk." balas Hakimie, pasrah.

Raudha melihat tulisan Hakimie. "Eh, tak buruk pun. Cantik je! Kita suka tulisan awak!" puji Raudha. Bagi Raudha, tulisan mereka cantik walaupun cara pemegangan pensel mereka pelik. Namun, tidak salah jika Hakimie hendak mempelajari cara - cara untuk menulis sepertinya.

PercayaWhere stories live. Discover now