Bab 6 (2.0) - Kerisauan

64 5 0
                                    

4 Mei 2017

Beberapa hari telah berlalu selepas tamatnya perkhemahan itu. Kumpulan yang digunakan untuk membincangkan tentang aktiviti yang dianjurkan oleh Teen Center telah kembali senyap. Kumpulan itu pasti akan bising kembali sekiranya akan ada aktiviti yang akan berlangsung.

Walaupun kumpulan itu telah menjadi sunyi - sepi, Fawwaz dan Raudha masing berhubung antara satu sama lain menggunakan WhatsApp.

Dalam tempoh 3 hari selepas tamatnya perkhemahan itu, mereka tidak pernah berhenti berborak. Hanya berhenti untuk makan, solat, mandi dan tidur sahaja. Fawwaz yang walaupun sibuk dengan urusan sekolahnya tetap melayan Raudha yang selalu hendak berborak bersamanya. Fawwaz adalah setiausaha pengawas koperasi di sekolahnya.

Mereka selalu berborak tentang aktiviti yang mereka telah lakukan semasa perkhemahan yang lalu. Peristiwa - peristiwa yang kelakar diceritakan kembali untuk dijadikan bahan untuk bergelak - tawa. Kadang - kala mereka bermain teka - teki sekiranya tiada topik untuk dibincangkan.

Sehingga tibalah satu masa, mereka sudah buntu untuk berborak tentang apa. Fawwaz tidak mahu perbualan mereka hanya berhenti di situ kerana dia tahu Raudha mahu terus berborak dengannya.

"Kau buat apa sekarang? Dekat mana?" tanya Fawwaz membuka topik.

Raudha menjadi serba salah untuk menjawab soalan itu. Raudha kini sedang berada di hospital sedang menjalankan rawatan chemotherapy. Sekiranya Raudha memberitahu Fawwaz dia sedang berada di hospital, pasti Fawwaz akan tanya mengapa dia berada di sana.

Tapi, dia tidak sampai hati mahu menipu Fawwaz. Fawwaz seorang yang terlalu baik dan sensitif. Dia tidak mahu Fawwaz membencinya kerana dia telah menipu.

"Aku dekat hospital ni haa.." balas Raudha. Raudha terlah berfikir masak - masak. Sekiranya Fawwaz menanyakan kepada Raudha tentang kansernya, dia akan berterus - terang sahaja kepadanya.

Lagipun, dia menyukai Fawwaz. Fawwaz istimewa bagi Raudha. Raudha percaya Fawwaz seorang yang baik jadi dia berhak tahu lebih lanjut tentang dirinya.

"Hospital? Buat apa? Lawat sesiapa yang sakit ke?" tanya Fawwaz. Fawwaz jarang mendapat penyakit jadi dia jarang ke hospital dan mendapatkan rawatan. Oleh sebab itu, dia hanya memikirkan seseorang itu sedang melawat orang yang sakit sekiranya dia sedang berada di dalam hospital.

"Taklah. Aku jumpa doktor untuk hiat rawatan." balas Raudha dengan ringkas. Dia tidak mahu menimbulkan terlalu banyak perasaan risau di dalam diri Fawwaz.

"Rawatan? Rawatan apa? Kau ada sakit apa - apa ke Raudha?" Fawwaz menyambung soalannya. Perasaan ingin tahu sudah mula mengambil alih badannya.

Raudha menarik nafas yang dalam sebelum manaip jawapan kepada soalan itu. Walaupun dia telah berjanji tidak akan memberitahu sesiapa tentang kansernya, dia dapat rasakan Fawwaz perlu tahu tentang ini.

"Manalah tau, dia akan bagi aku semangat ke." bisik hati Raudha.

"Haha.. Aku ada kanser, Fawwaz. Stage 3." balas Raudha, ringkas. Rahsianya telah terbongkar kepada Fawwaz.

Fawwaz yang membaca jawapan daripada Raudha terkejut. Terbeliak matanya.

"Kanser? Kanser apa?"

"Kanser darah."

Leukemia. Kanser yang telah banyak meragut nyawa. Ramai yang tewas kepada kanser ini. Fawwaz mempunyai banyak pengetahuan dalam bidang perubatan kerana ibunya adalah seorang doktor. Boleh dikatakan segala ilmu itu diturunkan dari ibunya.

"Sejak bila kau ada kanser ni, Raudha?" tanya Fawwaz.

"Sejak aku form 1. Haha lama kan?" Di sebalik ayat itu, Raudha menyelitkan nada pasrah.

Fawwaz termenung seketika. Raudha mempunyai kanser darah dan telah berlawan selama 3 tahun. Itu amat lama. Dia terkejut juga Raudha mampu bertahan selama itu. Biasanya, pesakit kanser tidak boleh keluar dari hospital sehingga sekurang - kurangnya kanser mereka turun sehingga ke stage 2. Stage 3 ke atas sudah cukup merbahaya.

"So, kau tetap pergi perkhemahan walaupun kau ada leukemia?" tanya Fawwaz. Dia keliru.

"Yes. Tak percaya ke? Kejap." balas Raudha.

Raudha membuka kameranya lalu menangkap gambar tangan kanannya yang sedang dicucuk jarum dan tiub. Tiub itu salur ke satu beg plastik yang digantung di atas palang besi yang mengandungi cecair chemotherapy.

Gambar itu kemudian dihantar kepada Fawwaz.

Fawwaz memerhatikan gambar itu. Benar, itu rawatan chemotherapy.

"Kenapa kau pergi walaupun kau ada leukemia? Bahaya tahu tak?" bebel Fawwaz kepada Raudha. Seperti yang Raudha jangkakan, Fawwaz sudah mula risau dengan keadaannya.

Raudha hanya tersenyum melihat bebelan Fawwaz.

"Haih. Sudahlah. Kan aku okay je dalam perkhemahan tu. Jatuh dalam tandas pun sebab tergelincir je. Bukan sebab kanser aku pun." jelas Raudha untuk menenangkan Fawwaz yang sedang kerisauan.

Fawwaz mengimbas kembali. Betul juga apa yang Raudha kata. Raudha nampak normal sahaja di dalam perkhemahan itu. Tiada simptom - simptom yang dia mempunyai leukemia. Mungkin juga dia tidak menunjukkan simptom itu dihadapan Fawwaz. Mungkin Raudha menyorokkannya.

"Hmm. Baiklah Raudha. Kau kena kuat tau? Kanser ni kalau nak lawan, kena ada kekuatan yang banyak, semangat yang tinggi. Aku harap kau boleh." balas Fawwaz untuk memberi kata - kata semangat kepada Raudha.

Raudha tersenyum sambil memeluk telefonnya selepas membaca jawapan dari Fawwaz. Dia gembira Fawwaz memberikannya kata - kata motivasi untuk melawan kansernya. Manakan tidak, orang yang disukainya memberikan dia motivasi.

"Terima kasih, Fawwaz. Inshaa Allah, aku akan kuatkan semangat." jelas Raudha.

"Sama - sama. Raudha, aku off dulu ya? Aku nak makan. Malam nanti kita sambung. Bye!" kata Fawwaz untuk mengakhirkan perbualan mereka.

"Okay! Makan elok - elok. Nanti tercekik macam mana? Hahaha." perli Raudha.

Fawwaz hanya membalas emoji gelak sahaja kemudian bergerak untuk makan tengah hari.

Raudha menutup telefonnya lalu diletakkan di atas riba kirinya. Dia sedang duduk di atas kerusi. Di hadapannya, ada satu kerusi yang sama namun kosong tidak diduduki oleh sesiapa.

Asalnya, itu kerusi untuk Hakimie. Raudha dan Hakimie selalu ke hospital bersama - sama untuk menjalankan rawatan chemotherapy.

Raudha menahan sebak. Banyak kenangan yang telah mereka berdua cipta di hospital ini.

"Walaupun awak sakit, tapi kita tau awak kuat. Puteri Raudha Keisya a.k.a Princess kan kuat?" Terngiang - ngiang ayat yang selalu dikatakan okeh Hakimie ketika mereka berdua sedang melakukan rawatan chemotherapy itu.

Raudha memegang dadanya sambil menahan sebak. Dia amat rindukan pasangan kembar itu. Rindu senyumannya, suaranya dan juga perangainya. Kesemua daripada Hakimie itu hampir sama seperti Fawwaz. Boleh dikatakan Fawwaz adalah seperti Hakimie 2.0 .

Raudha menutup matanya. Dia bercadang untuk tidur sementara menunggu rawatan ini selesai. Chemotherapy memang akan membuat seseorang itu berasa lemah dan mengantuk. Itu normal.

Raudha menutup matanya sambil mengimbas kembali kenangan bersama Mukhriz dan Hakimie sehingga dia tertidur dalam keadaan tersenyum.

"Kita ni macam dua kumbang, satu bunga, kan awak?"

PercayaWhere stories live. Discover now