Bab 14 (2.0) - Kenyataan

52 4 0
                                    

25 Julai 2017

Fawwaz memandang dirinya di dalam cermin. 

Ditenung mukanya sendiri selama beberapa minit.

Wajah disapu beberapa kali menggunakan kedua - dua tangannya.

Tali leher diketatkan lalu Fawwaz memegang dadanya; atau lebih tepat, hatinya.

"Aku dah tak boleh pendam lama - lama. Aku akan luahkan dekat dia segala - galanya harini." bisik Fawwaz kepada dirinya sendiri.

"Along! Cepat sarapan! Nanti along lambat ke sekolah!" panggil ibu Fawwaz. 

Fawwaz tersenyum sebelum mengambil beg sekolahnya di atas katil. "Okay, ibu!"

------------------------------------------------------------------------------

Seperti biasa, Fawwaz akan berbual bersama Zaffran setiap kali dia balik dari sekolah di Instagram. Satu hari tidak akan menjadi lengkap sekiranya mereka tidak berbual. Tambah pula, Fawwaz sentiasa rasa keseorangan di rumah selepas pulang dari sekolah kerana ibu dan ayahnya sedang bekerja. Dengan cara berbual begitulah Fawwaz dapat menghilangkan rasa sunyinya.

"Kau dah mandi? Tukar baju?" tanya Zaffran apabila Fawwaz memberitahunya yang dia sudah pulang dari sekolah.

"Of course dah! Rimas kut pakai baju sekolah. Dah lah lengan panjang. Panas pulak tu. Aku lipat sampai siku. Nasib baik aku suka lengan panjang." balas Fawwaz. Dia memakai lengan panjang kerana dia adalah Pengawas Koperasi di sekolahnya. Untuk membezakannya dengan ketua kelas yang juga memakai lengan panjang, Pengawas Koperasi dibenarkan untuk melipat lengan baju sehingga siku.

Rakan - rakan Fawwaz mengatakan yang Fawwaz kelihatan lebih menarik dan bergaya begitu. Namun, Fawwaz tahu bukannya diri sahaja akan tampak bergaya begitu. Mengikut kajian, seorang lelaki akan nampak lebih bergaya dan matang sekiranya dia melipat lengan.

Malah, Fawwaz mempunyai ramai peminat kerana sebab itu. Rambut putihnya yang unik hanyalah bonus tambahan sahaja.

"Haha. Sekolah aku bagi pakai baju bebas. Sekolah international kan. Aku setiap hari pakai kemeja lengan panjang. Aku minat baju - baju macam tu. Tapi sebab panas, aku selalu lipat lengan aku ke siku jugak." jelas Zaffran. 

Fawwaz tidak sangka yang dia dan Zaffran mempunyai banyak minat yang sama. Fawwaz menyukai warna biru, begitu juga dengan Zaffran.

Fawwaz menyukai spaghetti carbonara. begitu juga dengan Zaffran.

Zaffran suka mengembara, Fawwaz juga amat meminati mengembara.

Sebab itulah mereka mudah bergaul dan menjadi rapat. Banyak benda yang mereka minat. Mereka selalu menceritakan minat mereka kepada sesama sendiri dan saling bertukaran pendapat.

Fawwaz juga makin lama makin selesa untuk meluahkan masalah dan perasaannya kepada Zaffran. Zaffran juga tidak pernah jemu mendengar luahan Fawwaz. Ketika ini Zaffran sedar yang selama ini Fawwaz menyorokkan segala masalahnya dengan sekuntum senyuman. Jarang dia luahkan masalahnya, jadi apabila Fawwaz meluahkan masalahnya, dia akan menjadi beremosi.

Zaffran akan sentiasa memberi semangat kepada Fawwaz. Fawwaz juga menerima segala nasihat Zaffran dengan hati terbuka dan cuba mengubah dirinya sedikit demi sedikit.

Namun, Fawwaz tidak mahu memberitahu Zaffran yang dia mahu meluahkan kepada Raudha tentang perasaannya kepada Raudha. Risau jika Zaffran terasa dengannya lalu akan menjauhi Fawwaz. Dia tidak mahu kehilangan Zaffran. Masih terlalu awal baginya.

"Okaylah, Fawwaz. Aku nak tolong mama aku kemas rumah. Nanti sambung chat tau! Bye!" kata Zaffran.

"Okay! Bye! Aku pun nak siapkan kerja rumah. Sambung nanti ~" balas Fawwaz, lalu perbualan mereka terhenti di situ.

PercayaWhere stories live. Discover now