Bab 7 (2.0) - Pertama Kali

72 5 0
                                    

5 Mei 2017

Sudah masuk pertengahan tahun. Maka bermulalah musim pelajar Tingkatan 3 menjadi sibuk dengan kerja kursus PT3 mereka.

Sekarang adalah waktu kerja kursus Sejarah. Tajuk yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tahun ini adalah 'Peristiwa Bersejarah Di Sekitar Tempat Tinggal Anda'.

Raudha sudah berbincang bersama rakan - rakannya iaitu Aliya, Aina dan Haikal untuk bekerjasama untuk membuat tajuk yang sama; Sambutan Jubli Emas SMK Sungai Besi.

Fawwaz ketika itu sedang buntu mahu memilih tajuk apa untuk melakukan kerja kursusnya. Disebabkan Fawwaz tidak bersekolah di sekolah yang sama dengan Raudha dan rakan - rakannya, Raudha bersimpati kepada Fawwaz. Raudha yang melihat Fawwaz yang semakin lama semakin buntu mengajaknya bekerjasama bersama mereka. Fawwaz yang juga rapat dengan rakan - rakan Raudha terus bersetuju dengan ajakan Raudha itu.

Mereka berbincang tentang kerja kursus mereka sehingga tengah malam. Banyak perkara yang perlu diaturkan sebelum memulakan kerja - kerja mengumpul dan merekod maklumat.

Seminggu mereka berbincang dan mula mengumpul maklumat sedikit demi sedikit tentang sambutan jubli emas sekolah mereka. Mereka mengakui agak sukar untuk mereka berbincang kerana mereka semua tinggal berjauhan.

Untuk menerangkan setiap maklumat yang diperolehi mereka melalui aplikasi WhatsApp juga sukar. Mereka merasakan menerangkan secara lisan lebih mudah berbanding menggunakan cara wireless.

Melihat semua sudah mula buntu, Fawwaz mendapat satu idea.

"Apa kata, Sabtu ni kita berkumpul dekat Perpustakaan Sungai Besi. Kat sana senang sikit. Selesa pun selesa. Bawak semua maklumat yang kita kumpul lepastu kita bincang." cadang Fawwaz panjang lebar di dalam group WhatsApp yang direka khas untuk mereka membincang tentang kerja kursus mereka.

Kesemua ahli - ahli group itu terus bersetuju dengan cadangan Fawwaz. Bagi mereka, itu adalah idea yang amat bernas.

Mereka menetapkan masa untuk berkumpul di Perpustakaan Sungai Besi lalu bergerak ke sana menggunakan transportasi masing - masing.

---------------------------------------

6 Mei 2017

Fawwaz adalah orang pertama untuk tiba di perpustakaan itu. Dia duduk di tangga di hadapan pintu masuk sambil menunggu rakan - rakannya yang lain. Sekali - sekala dia menjenguk telefon bimbitnya sekiranya ada mesej dari rakan - rakannya itu.

Setelah lima minit menunggu, akhirnya mereka semua tiba di perpustakaan. Dia ternampak kelibat Raudha yang memakai baju putih berlengan panjang dan bertudung merah jambu.

Dia merenung wajah Raudha. Dia dapat merasakan seakan - akan ada satu perasaan yang menariknya kepada Raudha.

"Woi, termenung apa tu?" sergah Haikal yang menyedari Fawwaz sedang mengelamun.

Fawwaz tersentak. Dia lantas bangun lalu menarik tangan Haikal masuk ke dalam perpustakaan. Persis seorang kanak - kanak yang jakun apabila masuk ke dalam fun fajr, begitulah juga Fawwaz ketika itu. Dia berkelakuan begitu bagi menutupkan perbuatannya sebentar tadi.

Mereka bergerak ke tingkat 7, iaitu tingkat yang mengandungi buku - buku rujukan untuk sekolah rendah dan menengah. Namun mereka ke tingkat itu bukanlah kerana mahu menggunakan buku rujukan yang disediakan. Mereka ke sana hanya kerana satu meja yang hanya mereka sahaja yang tahu kewujudannya.

PercayaWhere stories live. Discover now