Bab 4 - Pondok

95 8 0
                                    

21 Julai 2014

Petang itu, Mukhriz, Hakimie dan Raudha berkumpul di bawah blok. Raudha bercadang untuk mencari untuk mereka sebuah tempat untuk mereka duduk, bermain dan lepak pada waktu petang. Raudha turun ke bawah lengkap berpakaian sukan. Baju lengan panjang merah jambu, seluar sukan hitam, tudung hitam dan kasut berjenama Nike hitam.

Mukhriz dan Hakimie hairan melihat Raudha berpakaian begitu. Mereka berdua hanya berseluar panjang, T - shirt dan berselipar. Hakimie menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Awak. Kita ni nak pergi daki gunung ke cari tempat untuk kita duduk?" tanya Hakimie.

Raudha tertawa kecil. "Eh awak ni. Biarlah kita pakai macamni. Kan comel saya macamni?" kata Raudha sambil meregang - regangkan badannya.

"Takdelah. Awak memang comel. Tapi saya tengok macam jauh je kita kena jalan." sampuk Mukhriz.

Raudha tertawa lagi. Kini dia menutup mulutnya yang terbuka akibat ketawanya.

"Hmm. Apa kata awak ikut je saya? Jom!" kata Raudha sebelum bergerak ke arah belakang blok.

Kawasan itu agak berbukit. Akar pokok - pokok juga banyak terkeluar dari tanah. Risiko untuk jatuh amat tinggi, namun ia tidak terlalu merbahaya sehinggakan tidak boleh dilalui langsung.

Bukit itu tidak jauh dari blok mereka. 3 minit berjalan sahaja. Ia tidak terlalu curam namun tidak juga terlalu rata.

Setibanya mereka di bukit itu, Mukhriz dan Hakimie memandang Raudha dengan penuh kehairanan.

"Sini? Awak pilih sini ke Raudha?" tanya Mukhriz.

Hakimie pula terlalu hairan sehinggakan dia tidak mampu untuk berkata apa - apa.

"Belum sampai. Ni baru pintu masuk je rasanya. Jom, misi kita belum tamat!" Raudha melompat sebelum berlari menaiki bukit. Raudha dikenali sebagai seorang yang hiperaktif dan bertenaga. Dia amat suka mengembara, lebih - lebih lagi ke tempat yang baharu.

"Awak! Tunggu kita!" jerit Hakimie memanggil Raudha.

Raudha menoleh kebelakang untuk menunggu Mukhriz dan Hakimie. "Cepat sikit!"

Mukhriz dan Hakimie berasa menyesal kerana memakai selipar. Amat tidak selesa rasanya menaiki bukit dgn hanya berselipar. Mereka menaiki dengan berhati - hati agar tidak jatuh.

Sepanjang perjalanan mereka mencari tempat untuk mereka bertiga bermain, mereka sempat bergurau senda. Ada kalanya mereka akan menggeletek satu sama lain untuk sengaja menghilangkan imbangan.

Banyak kali juga mereka tersadung akar yang terkeluar. Mujur mereka berseluar panjang, risiko untuk mereka luka kurang.

"Jauh lagi ke, Raudha?" tanya Mukhriz yang sedang berjalan di belakangnya.

"Hmm.. rasanya tak jauh dah dari sini!" kata Raudha sambil menunjuk ke satu arah. Sejurus selepas Raudha mengatakan ayat itu, Raudha tersadung akar untuk kali keenam. Kali ini dia cuba untuk mengekalkan imbangannya. Mukhriz dan Hakimie yang berada di belakang terkejut lalu memegang Raudha untuk mengelakkan dia daripada terjatuh seperti tadi.

Namun, apa yang diharapkan tidak terjadi. Tindakan Mukhriz dan Hakimie memegang Raudha hanya membuat Raudha sukar untuk kembalikan imbangannya. Tambahan pula, kaki Mukhriz dan Hakimie yang berada di atas tanah yang tidak rata menyebabkan mereka tergelincir. Akhirnya, mereka bertiga terjatuh.

PercayaWhere stories live. Discover now