Bab 5 - Kerjasama

84 9 1
                                    

22 Julai 2014

Petang itu selepas Raudha, Mukhriz dan Hakimie pulang dari sekolah, mereka berkumpul di bawah blok, seperti yang selalu dilakukan oleh mereka. Mukhriz dan Hakimie menunggu Raudha yang lambat kerana makan tengah hari. Raudha sudah mengajak mereka sekali, namun ditolak oleh mereka. Segan katanya.

"Okay, jom!" kata Raudha.

Mukhriz dan Hakimie yang sedang duduk kini bangun. "Kejap eh awak? Mama dengan papa kita belum sampai." kata Hakimie.

Raudha memandang Hakimie dengan hairan. "Mama awak? Mama awak ikut ke?"

Mukhriz dan Hakimie ketawa kecil. "Nanti bila mama dengan papa saya sampai, nanti awak akan tahu kenapa dorang ikut." jelas Mukhriz.

"Okay.." Raudha hanya mengangguk. Tidak sabar rasanya hendak ke pondok itu untuk bermain bersama Mukhriz dan Hakimie. Baru sebulan mereka mengenali satu sama lain, mereka sudah menjadi amat rapat. Sekiranya Raudha berjalan dengan salah seorang daripada pasangan kembar itu, orang pasti fikir mereka adalah pasangan bercinta.

Setelah 5 minit menunggu di bawah blok, akhirnya Encik Kudus dan Puan Anisa muncul dari tangga. Encik Kudus sedang membawa sebuah meja lipat mini yang dahulu digunakan di rumah lamanya. Mukhriz dan Hakimie berlari ke arah mereka sebaik sahaja kelibat mereka dilihat oleh pasangan kembar itu.

Mukhriz menarik tangan Encik Kudus manakala Hakimie menarik tangan Puan Anisa. Mereka membawa ibu bapa mereka mendekati Raudha.

"Raudha. Saya rasa awak tak jumpa lagi ayah saya. Ni ayah saya! Awak boleh panggil dia Uncle Kudus!" kata Mukhriz sambil menunjukkan tangannya ke arah Encik Kudus.

Encik Kudus tersenyum. "Hi, Raudha. Mukhriz dan Hakimie selalu cerita dekat saya pasal awak. Terima kasih sebab selalu bermain dengan mereka. Dapatlah dorang hilangkan rasa bosan." jelas Encik Kudus.

Raudha tersenyum dan melambaikan tangannya. "Hi, uncle!"

Puan Anisa melangkah ke depan. "Mukhriz dan Hakimie beritahu kami semalam yang awak dengan anak - anak saya ada satu tempat untuk kamu semua bermain. Mereka cadangkan kepada kami untuk menghias tempat itu. Jadi sebagai tanda terima kasih kami kepada Raudha, kami akan menyumbangkan beberapa barang untuk kamu hias tempat tu." kata Puan Anisa.

Raudha yang khusyuk mendengar penerangan daripada Puan Anisa terlopong mulutnya. Dia menutup mulutnya dengan kedua - dua tangannya. Dia seakan - akan tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Puan Anisa. Dia memandang Mukhriz dan Hakimie yang sedang berdiri di hadapannya.

"Korang, betul ke ni?" tanya Raudha dengan nada terharu. Mukhriz dan Hakimie tersenyum. "Ya, betullah awak! Tempat tu akan lagi cantik kalau kita hias betul - betul, kan?" kata Mukhriz.

"Kita buat ni demi awak tau, Raudha! Papa kita ada bawak meja untuk kita guna dekat pondok tu!" sambung Hakimie.

"Saya pulak akan keluar kejap untuk beli tikar. Bolehlah kamu duduk atas lantai. Saya juga akan membeli lampu. Tidaklah terlalu gelap tempat itu nanti." kata Puan Anisa.

Raudha yang tidak tahan lagi menutup mukanya dengan tangan. Dia sebak apabila keluarga Mukhriz dan Hakimie sanggup melakukan sebegini untuknya. Mukhriz dan Hakimie yang melihat Raudha mula bertukar risau. "Raudha, awak okay tak?"

Raudha yang baru tersedar perbuatannya itu seperti dia sedang menangis, terus melompat - lompat. Mungkin untuk menutupi perbuatannya tadi. Mungkin juga kerana terlalu gembira. Mukhriz dan Hakimie ketawa melihat telatah Raudha. Puan Anisa dan Encik Kudus hanya tersenyum dari belakang.

"Raudha, tunjuklah saya jalan ke pondok tu. Meja ni khas untuk kamu semua." kata Encik Kudus sambil menunjukkan meja lipat yang dibawanya.

"Mukhriz, Hakimie, tolong papa dengan Raudha ya? Mama pergi kedai untuk beli tikar dan lampu." kata Puan Anisa sambil mengusap kepala anak - anaknya.

PercayaWhere stories live. Discover now