Bab 8 - Ahli Baharu

88 8 0
                                    

29 November 2014

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Raudha sedang duduk bersama ayah dan ibunya di ruang tamu sambil menonton filem lewat malam. Adik - adiknya sudah masuk ke bilik untuk tidur. Kasihan melihat Raudha keseorangan, mereka berdua bercadang untuk menemani Raudha sehingga dia betul - betul mengantuk.

"Daddy, cerita ni seramlah.." kata Raudha.

Enzik Zaheri memandang anaknya itu. "Eh? Habistu? Nak daddy tukar filem lain ke?" 

Raudha menggeleng. "Tak. Tak payah tukar. Tengok je. Best!" Raudha mengusik ayahnya. Encik Zaheri menepuk dahinya. Puan Mawarni hanya tertawa melihat suaminya itu diusik oleh Raudha.

Tidak lama selepas itu, Encik Zaheri mendapat panggilan telefon dari Encik Kudus. Dia bangun lalu berdiri di hadapan pintu rumahnya. Nak privacy katanya.

"Waalaikumussalam.. Apa?! Yeke? Alhamdulillah. Baik, baik. Esok saya lawat. Yes, saya akan bawak Raudha sekali."

Encik Zaheri menamatkan panggilan telefon. Raudha yang hairan namanya disebut bertanya kepada ayahnya. "Ada apa, daddy? Apa jadi?"

Encik Zaheri tersenyum lebar. "Puan Anisa dah selamat lahirkan anak!!" ujarnya sambil terlompat kecil. Raudha dan Puan Mawarni ketawa melihat telatah Encik Zaheri.

"Esok kita pergi lawat ya?"

-----------------------------------------------------

30 November 2017

Encik Zaheri dan Raudha berlari melalui koridor hospital. Terus ke wad bersalin. Ada jururawat yang hendak menegur perbuatan mereka, namun sebelum sempat mereka berkata apa - apa, pasangan ayah dan anak itu sudah lari jauh ke hadapan. Terpaksalah Puan Mawarni mewakilkan diri untuk meminta maaf kepada jururawat tersebut.

Mereka kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Mereka berlari sehingga tiba di hadapan sebuah pintu wad. Encik Zaheri memeriksa mesej yang diberikan oleh Encik Kudus tentang lokasi wad Puan Anisa. Setelah memastikan ini adalah wad yang betul, mereka menunggu Puan Mawarni yang berjalan dibelakang mereka.

"Awak ni, tak perlu kut berlari dalam hospital. Tau tak saya yang kena minta maaf dengan jururawat yang bertugas dekat situ sebab perangai awak?" bebel Puan Mawarni kepada Encik Zaheri. Raudha hanya tergelak kecil.

Raudha memulas tombol pintu. Salam diberi, "Assalamualaikum.."

Kelihatan Encik Kudus sedang berdiri di sebelah Puan Anisa. Mukhriz dan Hakimie sedang melihat bayi yang baru dilahirkan. Airin dan Afeeya sedang duduk ditepi katil Puan Anisa. Pandangan mereka kini ditumpukan kepada Raudha yang baru sahaja masuk ke dalam wad.

"Waalaikumussalam. Eh, hi awak!" balas Mukhriz. Hakimie yang berada di sebelahnya melambai - lambai kepada Raudha. Airin dan Afeeya berlari ke arah Amira dan Iskandar untuk bermain dengan mereka.

Puan Mawarni dan Encik Zaheri bergerak ke katil wad untuk berborak dengan Encik Kudus dan Puan Anisa.

Raudha pula menghampiri katil bayi untuk melihat bayi yang baru dilahirkan itu. Hati Raudha terjerit kecil melihat kecomelan bayi itu. Raudha amat sukakan bayi dan kanak - kanak. Pantang nampak bayi, pasti hendak didukungnya. Raudha sedang cuba mengawal dirinya daripada menjerit. 

"Comel kan adik kita, awak?" tanya Hakimie sambil memegang pipi bayi itu.

"Comel! Comel sangat! Rasa nak ambik jadi adik sendiri je!" Raudha terjerit kecil. Pada masa itu, Airin dan Afeeya menjeling kepada Raudha. Raudha tergelak. "Okay. Okay. Tak ambik. Hehe.."

Mukhriz dan Hakimie terikut gelak tawa Raudha. Suasana di dalam wad itu menjadi meriah dengan kehadiran keluarga Raudha.

"Bila lahir?" tanya Encik Zaheri.

"Semalam. Sekitar 9 malam gitu. Mula - mula dah dapat tanda dah. Terus saya panggil doktor suruh periksa. Kemudian doktor suruh anak - anak saya keluar. Doktor kata dekat saya anak dah nak lahir dah. Terus saya pegang tangan Anisa." jelas Encik Kudus. Puan Anisa hanya mengangguk, membenarkan apa yang dikatakan oleh Encik Kudus itu.

Encik Kudus yang melihat Raudha yang sedang seronok melihat anaknya itu, terus menegurnya. "Kenapa Raudha, nak dukung ke?"

Raudha yang terdengar ayat itu terus menoleh memandang Encik Kudus. "Boleh ke, uncle?" Encik Kudus tersenyum lalu mengangguk tanda membenarkan.

"Yeay!! Thanks, uncle!" Raudha terus memegang bayi itu dengan berhati - hati. Dengan perlahan - lahan, Raudha mengangkat bayi itu lalu mendukungnya. Walaupun pada mulanya bayi itu hampir menangis, Raudha sempat mendodoikan bayi itu sehingga ia tidur kembali.

"Wah, pandai Raudha senyapkan baby yang nak nangis ye? Tadi masa Mukhriz dan Hakimie pegang, tak nak berhenti menangis dia tu." ejek Puan Anisa. Mukhriz dan Hakimie memeluk tubuh lalu membuat muka merajuk kepada Puan Anisa. Puan Anisa hanya tergelak.

Raudha merenung muka bayi itu sambil mendodoinya. Kelihatan mata bayi itu terbuka seketika. Raudha terkejut. "Eh! Mata dia coklat hazel lah!" kata Raudha kepada ibu dan ayahnya.

"Oh, ya! Lupa nak beritahu. Mata dia coklat hazel!" ujar Encik Kudus. 

"Cantikkan mata dia, awak?" tanya Mukhriz yang sedang berada di belakang Raudha. Hakimie pula berada di sebelahnya, memandang muka bayi itu sambil masih mencuba untuk memegang pipi bayi itu. Entah kenapa, Hakimie suka memegang pipi bayi itu. Lembut seperti roti yang baru keluar dari ketuhar.

Semasa Raudha mendukung bayi itu, dia berborak dengan Mukhriz dan Hakimie. Masing - masing bertanya khabar. Ini kerana Mukhriz dan Hakimie tidak berada di rumah dan berada di hospital, menemani ibunya di hospital. Mereka juga tidak sabar mahu mendapat adik yang baru.

Wad itu juga dipenuhi dengan suara Airin, Afeeya, Iskandar dan Amira bergelak ketawa sambil bergurau - senda. Mereka juga sudah menjadi rapat. Raudha yang memperkenalkan adik - adiknya kepada adik - adik Mukhriz dan Hakimie.

Puan Mawarni memberi Puan Anisa dan Encik Kudus sekeping sampul yang mempunyai RM100 sebagai sumbangan untuk membeli barang keperluan bayi. Pada mulanya mereka menolak, tetapi setelah dipujuk oleh Encik Zaheri, akhirnya mereka menerima sumbangan itu. Bukanlah mahu berlagak kaya, namun mereka segan untuk menerima wang tunai sebanyak itu daripada mereka.

Sebelum meletakkan kembali bayi itu di atas katilnya, Raudha merenung sekali lagi muka bayi itu. "Uncle, apa nama baby ni? Uncle dah bagi nama ke?" tanya Raudha.

"Oh, mestilah ada! Bagi nama sedap punya! Aunty Nisa pun setuju dengan nama tu." ujar Encik Kudus. Puan Anisa tersenyum.

"Nama dia..."

"Muhammad Ryan ZulHazmi!" sambung Mukhriz dan Hakimie sebelum sempat Puan Anisa menghabiskan ayatnya. Raudha terkejut sedikit. Nasib baik bayi itu tidak terbangun dari tidurnya.

"Sedap kan nama dia, awak?" tanya Hakimie. Kini giliran Mukhriz pula yang sibuk mahu memegang pipi bayi itu.

"Sedap! Sedap sangat. Cantik je nama." puji Raudha.

Raudha merenung muka Ryan. "Hello, Ryan. Ni Kak Raudha! Hehe.."

PercayaWhere stories live. Discover now