Bab 19 (2.0) - Kelar

78 4 0
                                    

11 Ogos 2017

Fawwaz menggeletar di atas kerusinya sambil memegang telefon.

Gambar pisau yang dihantar oleh Raudha itu membuatkannya takut. Tapi dia pasti bukan Raudha yang menghantar gambar itu.

"Ian." kata Fawwaz. Dirinya dipenuhi dengan perasaan marah dan gementar.

"Wah, kau tahu nama aku. Tahniah." balas Ian melalui WhatsApp Raudha.

"Apa kau nak buat dengan pisau tu Ian? Apa kau dah buat dengan Raudha?" 

"Oh, takde apa. Aku nak Raudha. Aku nak dia terima cinta aku. Kalau dia tak nak, aku akan kelar tangan dia." balasnya.

Fawwaz tersentak. Dia cuba memberanikan diri untuk melawan walaupun dia sedang diselubungi perasaan takut.

"Dia tak nak dengan kau, Ian. Dia tak sukakan kau."

"Dia aku punya, Fawwaz."

Muka Fawwaz bertambah merah. Entah mengapa dia berasa berang dengan ayat yang diberikan oleh Ian itu.

"Terlambat, Ian. Dia aku punya. Aku boyfriend dia." balas Fawwaz.

"TAK GUNA! Kau memang nak Raudha mati eh? Nyawa dia dekat tangan aku tahu tak?" Ian menjawab. Sekali lagi Fawwaz tersentak dengan ayat Ian.

Aplikasi Instagram dibuka lalu dia terus menghubungi Zaffran yang sedang sibuk mencari Ian.

"Zaffran. Stop cari. Ian dekat dalam bilik Raudha! Kau kena selamatkan dia sekarang, Zaffran. Ian dekat dalam tu dengan pisau!" kata Fawwaz. Dia juga turut menghantar gambar pisau dapur yang diberikan Ian sebentar tadi.

"Damn. Okay, aku ke sana sekarang jugak." balas Zaffran.

"Guys! Ian dalam bilik Raudha! Dia ada pisau! Cepat!" jerit Zaffran kepada yang lain. Puan Mawarni dan Encik Zaheri yang terdengar jeritan Zaffran terus berlari ke bilik Raudha diikuti dengan ibu dan ayah Zaffran.

Encik Zaheri memulas tombol pintu bilik Raudha.

"Kunci. Sayang, ambik kunci pendua dekat atas meja ruang tamu. Ada dalam kotak." arah Encik Zaheri kepada Puan Mawarni.

Tanpa banyak soal, Puan Mawarni terus ke ruang tamu untuk mencari kunci pendua. Namun, setelah dicari, kunci pendua tiada di atas meja. Puan Mawarni berlari semula ke bilik Raudha.

"Kunci pendua takde dekat sana." jelas Puan Mawarni. Encik Zaheri terkejut. Bagaimana kunci pendua yang tersorok itu boleh hilang?

"Tadi saya nampak Ian ada berdekatan dengan meja tu. Mungkin dia ambik untuk halang kita semua masuk." jelas ibu kepada Zaffran.

Semua menggeleng kepala lalu menepuk dahi. "Takde cara lain. Kita kena rempuh pintu." kata Encik Zaheri. Dia menyuruh yang lain untuk memberikannya ruang. Dia kebelakang beberapa langkah lalu merempuh pintu bilik Raudha dengan bahu kanannya. Zaffran dan yang lain hanya memanggil nama Ian dan menyuruhnya untuk keluar.

Ian yang berada di dalam terkejut. Namun, dia hanya diam membisu sambil memegang Raudha di tangan kanannya dan pisau dapur yang baru sahaja diasahnya di tangan kirinya. 

Encik Zaheri terus mencuba untuk merobohkan pintu bilik Raudha. Diikuti pula dengan ayah Zaffran dan Zaffran sendiri. Setelah beberapa kali percubaan, pintu bilik Raudha sudah mula kelihatan untuk tercabut.

Ian yang berada di dalam sedar akan kerosakan pintu bilik itu. 

"Woi! Kalau kau nak Raudha mati, rempuhlah pintu ni lagi. Kau nak aku kelar tangan dia?" ugut Ian dari dalam.

PercayaWhere stories live. Discover now