Bab 21 (2.0) - Buku Baru

70 4 0
                                    

13 Ogos 2017


"Raudha, awak memang betul - betul tak ingat ke?"

"Umm.. tak.. Raudha tak ingat lah.."

Fawwaz menggelengkan kepalanya. Dahinya yang berkerut diurut oleh tangan kanannya.

Geram bercampur keinginan untuk berputus asa. Sudah 4 jam dia cuba membantu Raudha untuk mengingati Zaffran dan ibu bapanya. Namun, usahanya sia - sia. Raudha tidak mampu untuk mengingati mereka.

Amnesia dia teruk, susah nak ingatkan dia balik, bisik hati Fawwaz.

Fawwaz melilau di sekeliling biliknya. Entah mengapa dia merasakan ada sesuatu di dalam biliknya yang boleh membantunya. Matanya tertumpu kepada rak buku yang berada tidak jauh dari pintu biliknya.

Disebabkan terlalu malas untuk bangun dan berjalan, Fawwaz hanya menggunakan kedua - dua belah kakinya untuk menarik dirinya bersama kerusi beroda ke arah rak buku tersebut.

Setelah sampai, Fawwaz tercari - cari sesuatu yang dirasakan boleh membantunya. Matanya tertumpu kepada buku perubatan yang dibeli oleh ibunya tahun lepas sempena hari jadinya. Fawwaz mengambil buku tersebut lalu kembali ke meja belajar. Bahagian isi kandungan buku itu dibuka.

'Amnesia dan Cara Untuk Membantu Pesakit Amnesia'

Fawwaz memetik jari. Terus dia menyelak ke halaman 183 buku tersebut. Fawwaz membaca dengan teliti setiap apa yang ditulis di dalam buku tersebut.

'Pesakit Amnesia tidak mampu untuk mengingati apa yang berlaku dalam masa terdekat. Kita tidak digalakkan untuk memberitahu pesakit Amnesia dengan terlalu banyak perkara - perkara yang tidak dingatinya. Ia akan menimbulkan stress kerana pesakit tidak mampu mengingati perkara ataupun peristiwa tersebut. Sekiranya pesakit masih mengingati beberapa orang yang dipercayainya, digalakkan orang tersebut untuk membantu pesakit menjadi tenang secara lembut dan tidak terlalu memaksa.'

Fawwaz menggangguk. Perenggan seterusnya dibaca.

'Tidak digalakkan untuk memberitahu secara terus kepada pesakit Amnesia tentang peristiwa yang perlu diingatinya. Sebagai contoh, untuk mengingati ibu bapa pesakit. Gunakan cara yang tidak terlalu memaksa dan berikan pesakit Amnesia masa untuk dia ingatinya. Gunakan gambar atau rakaman suara tanpa menjelaskan apa yang berlaku di sebalik gambar atau rakaman itu. Ini akan membantu pesakit mengingati peristiwa dengan sendiri dan akan kekal di dalam ingatan pesakit.'

Fawwaz menutup buku tersebut. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan olehnya.

"Aku kena pastikan Raudha akan ingat balik dekat Zaffran dan ibu bapa dia."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Zaffran, kau ada gambar kau dengan Raudha? Tak kisahlah gambar apa - apa, asalkan gambar kau dengan dia." tanya Fawwaz secara tiba - tiba melalui WhatsApp.

Zaffran yang sedang menjaga Raudha terkejut apabila telefonnya tiba - tiba berbunyi. Lebih terkejut apabila Fawwaz meminta gambarnya bersama Raudha.

"Umm, aku tak tahulah." balas Zaffran.

"Cubalah tengok dalam gallery phone kau. Takkan xde langsung? Kata kawan baik Raudha."

"Aku dah tengok. Takde. Rasanya banyak dalam telefon mak aku. Lagipun, untuk apa kau nak gambar aku dengan Raudha?"

PercayaWhere stories live. Discover now