Bab 18 (2.0) - Pisau

67 4 0
                                    

11 Ogos 2017

Gambar Raudha di ambil dari meja di tepi katilnya. Dilihat gambar itu dengan senyuman sinis di mukanya. Jelas terpampang di mukanya, dia mempunyai satu niat jahat.

Gambar itu dilipat lalu di masukkan ke dalam poket baju kemejanya.

Ian secara tiba - tiba gelak jahat berseorangan di dalam biliknya.

"Aku akan dapatkan kau nanti, sweetheart."

-------------------------------------------------------------------------------

"Kau dah on the way ke rumah Raudha ke, Zaffran?" tanya Fawwaz kepada Zaffran. 

"Dah.." balas Zaffran, ringkas. Dirinya dipenuhi dengan perasaan risau. Begitu juga dengan Fawwaz.

"Haih, perlu ke Ian tu ikut kau? Dia bahaya lah." keluh Fawwaz.

"Entahlah. Aku geram betul." kata Zaffran.

Zaffran telah menceritakan kepada Fawwaz yang bahawa Ian akan mengikutnya ke rumah Raudha untuk menyambut hari jadinya yang sudah lepas. Zaffran menceritakan bahawa Ian adalah seorang psycho yang gila.

Ian pernah cuba menculik dan membunuh seorang perempuan yang telah menolak cintanya. Dia juga pernah memasukkan dadah ke dalam minuman seseorang untuk menculiknya.

Dan kini, Ian menyukai Raudha, dan Raudha menolak cintanya kerana dia sudah mempunyai Fawwaz. Ian berasa geram dan berdendam kepada Raudha. Zaffran dapat merasakan Ian ada rancangan yang telah diaturkan olehnya apabila dia mendapat tahu mereka akan menyambut hari jadi Raudha. Zaffran sudah lama memerhatikan Ian yang semakin lama semakin mencurigakan.

"Ingat, kau jangan biar Raudha duduk sorang - sorang. Bahaya." pesan Fawwaz kepada Zaffran. 

Fawwaz hanya mampu membantu melalui atas talian sahaja. Dia kini berada di Cheras melawat saudaranya yang sedang sakit. Sekiranya dia tidak mempunyai apa - apa hal ketika itu, dia sudah lama menyertai Zaffran ke rumah Raudha untuk menyambut hari jadi Raudha, sekaligus membantu Zaffran melindungi Raudha.

"Ye.. Baiklah.." balas Zaffran.

Zaffran hanya membalas ringkas sahaja. Moodnya kini tidak berada dalam keadaaan yang baik. Namun, dia cuba mengawal perasaannya itu. Dia tidak mahu menyakitkan hati sesiapa. Fokusnya kini adalah kepada Ian dan Raudha. Zaffran akan membantunya dengan menasihatinya apa yang perlu dilakukan.

Tidak lama selepas itu, Zaffran tiba di rumah Raudha. Zaffran tidak nampak kelibat Raudha di mana - mana.

"Baguslah, mesti dia dalam bilik tengah bersiap. Aku kena perhatikan si Ian ni." bisik hati Zaffran. Matanya menjeling Ian yang sedang berdiri di sebelahnya.

Pada masa itu, Fawwaz sedang berbual bersama Raudha di WhatsApp. Raudha ketika itu kelihatan tidak sabar untuk menyambut hari jadinya walaupun agak lambat. Fawwaz hanya tersenyum melihat kerenah Raudha. Walaupun begitu, dia dapat rasakan ada benda buruk yang akan berlaku sebentar lagi. Namun, fikiran itu ditolak ketepi.

Kalau boleh, dia tidak mahu berfikir langsung tentang perkara negatif. Namun, dia perlu mengambil langkah berjaga - jaga.

Dalam pukul 8 malam, Raudha meminta diri kerana sambutan hari jadinya akan bermula sebentar lagi. Fawwaz terus membuka Instagram lalu menghantar mesej kepada Fawwaz.

PercayaWhere stories live. Discover now