Bab 16 - Rakan Seperjuangan

80 5 0
                                    

16 Februari 2016

Malam itu, Mukhriz dan Hakimie sedang duduk di atas sofa menonton televisyen. Itulah rutin harian mereka sementara menunggu makan malam disiapkan oleh ibu mereka.

Pada mulanya, mereka ingin membantu Puan Anisa, namun dia menyuruh mereka duduk sahaja. Biar dia yang menyiapkan makan malam. Walaupun Mukhriz dan Hakimie bersifat kebudak - budakan, mereka baik dan amat suka membantu orang - orang yang mereka sayang.

Mukhriz hairan melihat Hakimie yang asyik memegang perutnya dari pagi tadi. Mukanya juga seakan - akan menahan sakit. Sebenarnya, sudah lama dia perasan akan hal itu. Sudah beberapa kali Hakimie mengadu kepadanya tentang perutnya yang sakit, namun dia dan Hakimie hanya menganggap itu hanya sakit perut yang biasa.

Kali ini, Mukhriz melihat Hakimie seperti sudah tidak tahan dengan sakit perutnya itu. Matanya juga berair. "Kimie? Kimie okay ke tak ni? Macam lagi teruk je Mukhriz tengok." tanya Mukhriz yang sedang duduk di sebelahnya.

Hakimie memandang Mukhriz dengan pandangan lemah. "Entahlah, Mukhriz. Biasanya kalau sakit perut, dia akan hilang. Tapi ni macam makin sakit. Sakit sangat.." keluh Hakimie. 

"Makanan dah siap! Jom makan!" panggil Puan Anisa. Hari ini, dia telah masak nasi ayam beserta ayam panggang. Makanan kegemaran Encik Kudus.

Mukhriz melihat Hakimie dengan risau. "Lepas makan nanti kita bagitau mama dengan papa, okay?" katanya lalu menghulurkan tangan untuk mengangkat Hakimie bangun. Mereka berjalan ke arah meja makan lalu duduk di situ.

Biasanya, Hakimie akan terliur melihat makanan yang dihidang. Namun kali ini, makanan  yang telah dihidang di hadapan matanya langsung tidak diendahkan olehnya. Tangan terus memegang perut yang sakit. Kepala diletakkan atas meja makan. 

Encik Kudus yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan ternampak Hakimie yang tidak bermaya itu. "Kimie? Kenapa ni? Tak nak makan ke?" tanya Encik Kudus sambil memegang belakang Hakimie.

Hakimie mengangkat kepalanya. "Takpelah, papa. Makanlah. Kimie takde selera nak makan. Nanti Kimie makan kalau ada selera." balas Hakimie. Dia tidak selesa makan dalam keadaan perutnya yang sakit. Puan Anisa juga sedang melihat Hakimie. Perasaan risau mula menyelubungi dirinya.

"Teruk sangat ke, Kimie? Kalau teruk, mama dengan papa bawak ke hospital lepas makan nanti. Nak?" tanya Puan Anisa. Puan Anisa telah memberikan Hakimie beberapa ubat sakit perut dan ubat tahan sakit, namun sekejap sahaja kesannya. Pasti akan sakit balik. Hakimie juga sudah tidak bermaya kerana dia tidak dapat tidur malam dengan kesakitan yang dihadapinya.

Beberapa kali Puan Anisa sudah mengajak Hakimie ke hospital kerana dia risau. Namun, Hakimie tidak mahu ke hospital. Dia yakin itu hanya sakit perut biasa. Namun, kali ini dia bersetuju. Dia sudah tidak tahan dengan sakit yang dihadapi. Dia perlu tahu apa yang tidak kena dengan dirinya.

"Kimie, makanlah sikit. Nanti lapar. Lagi sakit perut tu nanti." kata Mukhriz yang sedang menyenduk sedikit nasi ke dalam pinggan Hakimie. Hakimie hanya mengangguk lemah. Dia cuba menahan sakitnya dan menjamah sedikit makanan. Betul kata Mukhriz. Sakitnya akan menjadi lebih teruk sekiranya dia lapar.

"Makan, habiskan. Lepasni kita bersiap untuk ke hospital." kata Encik Kudus.

---------------------------------------------------------------

Mereka tiba di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Encik Kudus pergi mengambil nombor giliran untuk membawa Hakimie ke bilik pemeriksaan doktor. Mujurlah malam itu tidak ramai yang ada disitu, jadi mereka tidak perlu menunggu lama. Risau juga jika sakit yang dialami Hakimie dibiarkan lebih lama. Takut menjadi lebih teruk.

PercayaWhere stories live. Discover now