Bab 3 (2.0) - Bollywood

63 5 0
                                    

30 April 2017

Pagi itu selepas menunaikan solat Subuh dan bersarapan, semua peserta perkhemahan berkumpul di satu kawasan yang terbuka berdekatan dengan sungai untuk sesi riadah pagi. Terserlah muka kepenatan di muka masing - masing kerana mereka telah tidur lewat. Masing - masing melelapkan mata pada jam 12 pagi dan keatas.

Namun setelah beriadah, mereka kembali segar dan bertenaga. Sejurus selepas riadah pagi, mereka berkumpul di dewan untuk taklimat berkenaan jungle tracking.

"Siapa yang di sini mempunyai sakit? Asma? Semput?" tanya fasilitator yang sedang berdiri di atas pentas.

Raudha menelan air liur kerisauan. Patutkah dia memberitahu fasilitator itu yang bahawa dia mempunyai Leukemia Stage 4? Dia risau sekiranya dia memberitahu fasilitator tersebut, kisahnya itu akan kecoh kepada semua fasilitator dan peserta perkhemahan ini.

Raudha bercadang untuk mendiamkan diri.

Fawwaz mengangkat tangannya. "Saya ada asma, bang!" jerit Fawwaz sambil menunjukkan inhalernya. Raudha memandang Fawwaz. Sekiranya Fawwaz tidak pergi ke jungle tracking ini, dia juga tidak ada semangat untuk menyertainya sekali.

"Asma? Baguslah kalau awak bawak inhaler. Yang lain?" balas fasilitator itu. Fawwaz hanya mengangguk. Dia akan menyertai jungle tracking itu kerana dia membawa inhaler. Raudha melepaskan nafas lega dan hatinya melonjak gembira.

Selepas selesai taklimat dan melarang mereka yang sakit untuk ke jungle tracking, semua peserta yang sihat berkumpul di hadapan pintu masuk ke dalam hutan. Perempuan di hadapan dan lelaki di belakang. Fawwaz akan berjalan bersama - sama Hakim. Raudha pula berjalan bersama Aliya dan Maira. Aina tidak dapat menyertai mereka akibat semput yang teruk.

Sebelum pergi, fasilitator membekalkan mereka dengan beberapa botol air mineral dan beberapa tin 100 Plus.

Jarak yang dilalui oleh mereka adalah 550 meter. Destinasi mereka adalah bahagian sungai yang luas di dalam hutan itu untuk peserta bermandi - manda. Mereka berhenti berehat beberapa kali disebabkan Raudha yang kepenatan.

Apabila mereka sudah sampai setengah jalan ke sungai, mereka tiba di suatu kawasan yang agak luas. Fasilitator menyuruh mereka untuk berehat. Masing - masing membuka botol air dan tin yang diberikan kepada mereka untuk diminum.

Fawwaz ternampak Raudha yang sedang duduk di atas sebatang kayu bersama - sama Aliya dan Maira. Dia terus bergerak ke arahnya.

"Raudha, kau okay tak ni? Kalau tak okay, aku bagitahu fasilitator suruh hantar kau balik." kata Fawwaz yang melihat Raudha sedang menundukkan kepalanya dalam keadaan lemah. Tangan kanannya sedang memegang botol air. Air di dalamnya juga sudah hampir habis.

Selepas mendengar ayat Fawwaz itu, Raudha terus mengangkat kepalanya lalu menggeleng. "Eh! Takpe! Aku okaylah. Biasalah, perempuan badan kecik." balas Raudha. Dia terpaksa memerli dirinya sendiri bagi menghilangkan perasaan risau dalam diri Fawwaz.

Fawwaz tergelak kecil. "Betul ni, Raudha?" tanya Fawwaz buat kali terakhir.

Raudha hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Okay. Tapi jangan paksa diri, okay? Nah, ambil air ni. Air kau dah nak habis tu." kata Fawwaz sebelum beredar untuk berborak bersama rakan - rakannya yang lain. Botol air lebihan yang dibawanya diletakkan bersebelahan Raudha.

Raudha terharu. Tidak sangka Fawwaz mengambil berat tentangnya. Dia mengambil botol itu lalu memeluknya.

"Wuuu.. Ada orang terharu lah!" usik Maira yang sedang duduk di sebelah Raudha. Aliya yang juga berada di sebelahnya turut mengusiknya.

PercayaWhere stories live. Discover now