Bab 24 - Selamat Tinggal

128 6 0
                                    

25 Disember 2016

"Tidak! Tidak! Mukhriz! Kimie! Bangunlah!!"

"AHHH!" jerit Raudha. Dia tersentak dari tidurnya. Dia melihat tangannya, tiada kesan darah.

Raudha memegang kepalanya. Kali ini, sudah kali ketujuh Raudha memimpikan mimpi yang sama; mimpi Mukhriz dan Hakimie terlibat di dalam kemalangan.

Dia sudah tidak dapat mengeluarkan fikiran itu dari fikirannya. Dia sudah mula menganggap sesuatu yang buruk akan berlaku kepada pasangan kembar itu. Adakah benar mereka akan mengalami kemalangan?

Raudha takut untuk menghadapi hari itu. Begitu juga dengan hari - hari sebelumnya. Dia risau sekiranya ada apa - apa yang buruk berlaku kepada Mukhriz dan Hakimie. Dia sudah mula menjadi stress dan risau.

Dirinya juga makin tidak terurus. Pelik keluarga Raudha melihat perubahan pada diri Raudha. Dahulunya, Raudha adalah seorang yang amat pembersih dan terurus. Namun sekarang, perbezaannya amat ketara. Pernah juga Encik Zaheri dan Puan Mawarni menanyakan apa yang tidak kena dengan Raudha, namun Raudha hanya mendiamkan diri dan menggeleng. Langsung tidak mahu bercakap tentang apa yang sedang difikirkannya.

Hari itu, dia hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Dia tidak mahu keluar. Pasti keluarganya akan menanyakan tentang keadaannya. Dia sudah muak mendengar pertanyaan - pertanyaan itu. Jika kedua - dua telinganya boleh dicabut, sudah lama Raudha mencabutnya lalu menguncikanya di dalam peti.

Tengah hari itu, Raudha akhirnya keluar dari bilik setelah disuruh oleh Puan Mawarni untuk membuang sampah. Tanpa berkata apa - apa, Raudha hanya mengambil plastik sampah itu lalu diletakkan di hadapan pintu rumahnya. Tudung hitam dicapai lalu disarung ke kepalanya. Selipar disarung, beg plastik diangkut lalu dia bergerak ke bawah untuk membuang sampah.

Apabila Raudha tiba di bawah, dia terlihat Mukhriz dan Hakimie sedang berjalan ke arah kereta Encik Kudus dan Puan Anisa. Raudha teringat yang bahawa hari ini mereka akan keluar makan tengah hari di luar.

Selepas membuang sampah, Raudha bergerak ke arah pasangan kembar itu untuk menegur mereka. Itu merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh Raudha setiap kali berjumpa dengan mereka.

"Hi awak!" tegur Raudha sambil melambai - lambai ke arah pasangan kembar itu. Senyuman diukir bagi menyembunyikan keresahan dan kerisauan yang terbuku di dalam diri Raudha.

Namun, Mukhriz dan Hakimie tidak membalas teguran Raudha. Sebaliknya, mereka hanya tersenyum kepada Raudha lalu bergerak memasuki kereta mereka. Sejurus selepas pintu kereta ditutup, kereta mereka bertolak ke destinasi mereka.

Raudha kecil hati dengan perbuatan Mukhriz dan Hakimie itu. Dia berdiri sambil merenung lantai. Dia bergerak semula untuk pulang ke rumah dalam keadaan kepalanya ditunduk sepanjang masa.

Mukhriz dan Hakimie terasa bersalah kerana telah meninggalkan Raudha sebegitu. Pasti kecil hatinya.

"Kimie, kesian Raudha tadi, kita tak tegur dia balik." bisik Mukhriz kepada Hakimie yang sedang duduk bersebelahan dengan dirinya.

Hakimie mengangguk. "Kan? Balik nanti kita minta maaf lah. Lagipun, tak lama dah kita ni, kan Mukhriz?" kata Hakimie dengan nada pasrah.

Mukhriz hanya tersenyum pahit. Mereka seakan - akan merasakan, mereka akan pergi selamanya hari ini. Namun kekuatan mereka tetap dipegang teguh, ajal maut di tangan Allah. Biarlah Dia yang menguruskan hal sebegitu.

PercayaWhere stories live. Discover now