Bab 15 - Restoran

68 6 0
                                    

29 Julai 2015

"Doktor, dah habis dah ke chemo ni?" tanya Raudha kepada Doktor Hakim.

Doktor Hakim adalah doktor yang bertugas untuk menjaga Raudha. Dia dibantu oleh seorang jururawat bernama Syifa. Raudha memanggilnya sebagai Kak Syifa.

Doktor Hakim terseyum. "Ya, Raudha. Dah nak habis dah. Nanti saya cabut jarum, ya?" balasnya. Raudha melonjak gembira mendengar jawapan dari Doktor Hakim. Dia hendak pulang ke rumah dengan cepat kerana dia mahu meminta maaf kepada Mukhriz dan Hakimie. Dia tidak dapat hadir ke majlis hari jadi mereka semalam akibat ditahan wad. 

Puan Mawarni dan Encik Zaheri terus membawa Raudha pulang ke rumah sejurus selepas segala rawatannya selesai. Sesampainya dia di rumah, dia terus berlari ke rumah Mukhriz dan Hakimie.

"Assalamualaikum! Mukhriz! Kimie!" jerit Raudha sambil mengetuk pintu rumah mereka. Lama juga dia mengetuk. Dia risau jika Mukhriz dan Hakimie masih tidur. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Risau juga jika mereka ke sekolah hari ini.

Beberapa minit kemudian, Mukhriz membuka pintu. Hakimie pula sedang berdiri di sebelahnya. "Waalaikumussalam.. Eh, hi awak.." sapa Mukhriz. Kelihatan mulut mereka agak comot sedikit. Pasti mereka baru sahaja lepas bersarapan.

Mukhriz dan Hakimie tidak ke sekolah hari ini. Mereka mahu ponteng bukan kerana malas, namun mereka sudah muak dimaki dan dipulaukan oleh rakan - rakan sekolah mereka. Duduk di rumah adalah lebih aman berbanding di sekolah bagi mereka. 

Kelihatan pasangan kembar itu melihat Raudha dengan muka yang sedih dan menagih simpati. Raudha tahu, mereka sedih kerana dia tidak hadir ke majlis hari jadi mereka semalam. Mukhriz dan Hakimie sudah mengajak Raudha sejak seminggu sebelum ia bermula, namun Raudha ditahan wad oleh doktor untuk melakukan rawatan.

"Awak buat apa dekat sini? Mana awak pergi semalam?" tanya Hakimie dengan nada sedih. 

Raudha melepaskan keluhan lemah. "Awak.. Saya minta maaf. Saya tak dapat datang semalam sebab demam saya teruk. Bila sampai je hospital, doktor tahan saya dalam wad. Dia tak bagi saya balik. Saya dah bagitahu saya nak balik sebab nak sambut hari jadi awak, tapi doktor tak bagi. Ni pun, saya baru balik dari hospital. Saya nak minta maaf dengan awak. Sorry.." jelas Raudha. Makin lama, suaranya makin lemah. Dia penat. Habis sahaja rawatan chemotherapy dia terus ke sini untuk meminta maaf. Tiada masa pun untuk dia berehat. Namun, dia melakukan begini kerana risaukan perasaan Mukhriz dan Hakimie.

Mukhriz dan Hakimie terkejut mendengar penjelasan Raudha. Rasa bersalah mula menyelubungi mereka. Mereka telah bersangka buruk dengan Raudha selama ini. Mereka memikirkan bahawa Raudha sudah tidak sudi untuk berkawan dengan mereka. Jika mahu disenaraikan, banyak lagi sangkaan buruk mereka terhadap Raudha.

"Oh, yeke? Kenapa tak bagitahu kita, awak?" kata Hakimie dengan nada bersalah. Dia menundukkan kepalanya. Malu.

"Awak, saya yang sepatutnya minta maaf dengan awak. Saya ingat awak dah tak nak kawan dengan saya." jelas Mukhriz.

Raudha tersenyum. "Tidak ada apalah awak. Salah saya juga sebab tidak bagitahu awak semalam. Saya minta maaf jugak.." 

Tiba - tiba, kepala Raudha terasa pening. Raudha tersandar di dinding luar rumah Mukhriz dan Hakimie. "Eh, awak! Awak masuklah rumah awak. Awak rehatlah, okay? Petang nanti kita tengok awak." kata Hakimie dengan nada cemas. Mukhriz berdiri di sebelahnya untuk menangkap Raudha sekiranya dia pengsan di situ.

Raudha hanya mengangguk lemah. Apa yang dialaminya sekarang adalah kesan sampingan rawatan chemotherapy. Chemotherapy membunuh semua sel di dalam badan, sama ada yang buruk mahupun yang baik. Sebab itu Raudha terasa lemah. Dia lalu berjalan ke dalam rumahnya untuk berehat. Mukhriz dan Hakimie memandang sesama sendiri sebelum masuk kembali ke dalam rumah mereka.

PercayaWhere stories live. Discover now