Bab 21 - Kekejaman

65 4 0
                                    

21 Ogos 2016

Pagi itu, kesemua peserta berkumpul di gelanggang bola tampar untuk sesi senaman pagi sebelum melakukan jungle tracking. Muka kesemua peserta tampak penat namun masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti. Apa yang mereka tahu, malam ini mereka akan tidur awal akibat tenaga yang telah dikerah untuk pelbagai aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini.

Sebelum jungle tracking, fasilitator memberikan taklimat keselamatan ringkas. Peserta perempuan akan berjalan dihadapan dan akan diekori dengan peserta lelaki. Hancur harapan Mukhriz dan Hakimie untuk berjalan bersama - sama Raudha dan Alynn. Mereka risau akan keadaan Raudha yang cepat penat. Jungle tracking memerlukan banyak tenaga. Namun, mereka yakin Alynn dan adiknya Amira akan menjaga Raudha sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Semasa jungle tracking, fasilitator membawa peserta untuk mengenali pokok - pokok yang tumbuh dan hidup di kawasan itu. Terdapat pelbagai jenis pokok yang hidup di kawasan itu. Jika mahu diingatkan semua, Raudha tidak mampu. Hendak membawa buku nota, dia takut ia akan basah. Hendak menangkap gambar, mahu guna apa? Telefon tidak boleh dibawa keluar. Lagipun, dia meninggalkan telefonnya di dalam beg kerana takut ia akan rosak semasa aktiviti lasak ini.

Beberapa kali juga semua peserta terpaksa berhenti sementara untuk rehat akibat Raudha yang mengadu kepada fasilitator yang bahawa dia penat. Namun, semangat Raudha kembali pulih setelah mendapat dorongan dari fasilitator dan peserta lain. Dia tetap meneruskan aktiviti itu namun di bawah pengawasan fasilitator.

Mereka berjalan selama 45 minit sehingga mereka tiba di sebatang sungai. Setibanya di sungai itu, peserta dibenarkan untuk bermandi - manda di sungai itu. Seperti jakun tidak pernah nampak sungai, semua peserta bermandi - manda di bawah pengawasan fasilitator. 

"Raudha, kau tak nak mandi ke? Sejuk tau air sungai ni!" tanya Alynn yang bergerak ke arah Raudha setelah melihatnya duduk di atas batu di tepi sungai.

"Hmm. Takpelah Alynn. Kita penat lah. Kau mandilah dengan Amira. Kita perhati dari jauh je." balas Raudha. Dia sudah penat akibat terlalu banyak berjalan. Jika diikutkan hati, dia mahu menyertai mereka bermandi - manda di dalam sungai itu, namun dia tidak mahu pengsan di dalam sungai. Jika dia hanyut, nyawa dia dalam bahaya. Bahkan, dia akan menyusahkan para fasilitator dan menambahkan kerisauan ibu bapanya.

"Okaylah kalau macamtu. Rehatlah ya?" kata Alynn lalu bergerak kembali ke dalam sungai untuk bermain bersama Amira. Raudha hanya memandang sekeliling. Sekali - sekala dia memandang ke atas, melihat kehijauan pokok - pokok di situ. Dia terasa tenang, seperti dunia itu dia yang punya. Jarang dia rasa tenang sebegini. Dia menutup matanya sambil menghayati keindahan alam yang berada di sekelilingnya.

Dari jauh, dia dapat melihat Mukhriz dan Hakimie sedang bermain air berdua - duaan. Raudha berasa simpati kepada mereka. Pasti mereka dipulaukan akibat perangai mereka yang kebudak - budakan dan sifat mereka yang lembut lagi. Dia terasa geram. Manusia terlalu memandang luaran sehingga kebaikan yang ada di dalam diri seseorang diabaikan. Manusia sebegitu amat rugi, dan dia berasa untung dia dapat mengeluarkan sifat sebenar Mukhriz dan Hakimie.

Ketika itu, Mukhriz dan Hakimie ternampak Raudha yang sedang duduk berseorangan di batu di tepi sungai. Pasangan kembar itu tahu Raudha terlalu penat sehinggakan untuk mandi sungai pun dia sudah tidak larat. Dia perlu mendapatkan semula tenaga untuk bergerak pulang. Mereka bercadang untuk menemani Raudha di situ. Mereka duduk berborak di situ sambil melihat peserta lain bermain air. Kadang - kala mereka main memercik air sesama sendiri.

Setelah puas bermandi - manda, fasilitator memanggil kesemua peserta untuk berkumpul dan bergerak pulang ke gelanggang bola tampar tadi. Setelah sampai, mereka dibenarkan untuk mandi dan berehat sementara menunggu aktiviti seterusnya.

PercayaWhere stories live. Discover now