Bab 19 - Mandi Manda

68 4 0
                                    

29 Julai 2016

Malam itu, selepas Maghrib, Puan Mawarni membawa Raudha dan adik - adiknya ke Pizza Hut untuk menyambut hari jadi Raudha. Mereka hanya menyambut kecil - kecilan. Ayahnya, Encik Zaheri tidak dapat menyertai mereka akibat tugas yang perlu dijalankan di Pulau Pinang.

Mereka menjamu selera tanpa kek. Apa yang ingin dimakan oleh Raudha, Puan Mawarni akan membelinya. Walaupun sambutan itu hanya kecil - kecilan, Raudha tetap gembira kerana ibunya tetap berusaha untuk menyambut hari jadinya itu. 

Raudha meminta pizza Hawaiian Chicken dan Island Supreme. Dua pizza itu adalah pizza kegemaran Raudha. Puan Mawarni juga sudah mengagak apa yang akan diminta oleh Raudha sekiranya dia dibawa ke Pizza Hut.

Selepas itu, Puan Mawarni dan adik - adiknya, Amira dan Iskandar memberi hadiah kepada Raudha. Iskandar telah menghadiahkan Raudha seutas rantai. Amira pula memberikan sebuah novel. Puan Mawarni memberikan set perfume beserta losyen dan ayahnya pula telah menghadikan Raudha seutas jam baharu.

Raudha terharu dengan pemberian mereka. Walaupun Raudha agak sedih kerana ayahnya, Encik Zaheri, tidak dapat menyertai mereka, dia tetap berasa gembira dengan apa yang ada sekarang. Walaupun hari ini hari jadinya disambut secara kecil - kecilan, sambutannya akan disambung pada hari esok.

------------------------------------------------------------------------

30 Julai 2016

Pagi itu, Raudha bangun tanpa dikejut. Dia telah mandi dan bersiap sejurus selepas solat Subuh. Hari ini, dia akan menyambut hari jadinya bersama - sama Mukhriz dan Hakimie. Dua orang saudaranya, Akim dan Alynn turut menyertai mereka setelah diajak oleh Puan Mawarni. Mereka adalah saudara yang tinggal berdekatan dengan rumah Raudha.

Raudha keluar dari biliknya lengkap berpakaian sukan. Seluar sukan hitam, baju Muslimah kelabu dan bertudung hitam. Mengapa Raudha berpakaian begitu untuk ke majlis hari jadinya? Ini kerana mereka akan menyambut hari jadi Raudha di Wet World, Shah Alam.

Setelah bersarapan, Raudha berkumpul di bawah blok bersama - sama Mukhriz dan Hakimie yang sudah menunggunya. Mereka juga sudah lengkap berpakaian sukan. Mereka berdua memakai T - shirt kelabu seperti Raudha. Mereka sudah berbincang untuk menyuruh semua memakai baju berwarna kelabu supaya semuanya sedondon. 

Mereka bertolak dari rumah pada pukul 8 pagi, begitu juga dengan Akim dan Alynn. Mereka akan berkumpul dahulu di RnR sebelum meneruskan perjalanan ke Wet World, Shah Alam. Akim dan Alynn turut serta memakai baju bewarna kelabu.

Mereka tiba di destinasi mereka lebih kurang jam 9.30 pagi. Disebabkan Wet World dibuka pada 10 pagi, mereka terpaksa menunggu sehingga ia dibuka. Untuk mengelakkan perasaan bosan menyelubungi diri Raudha, Mukhriz, Hakimie, Akim dan Alynn, ibu bapa mereka menyuruh mereka bermain di taman yang berdekatan. 

Mukhriz dan Hakimie bermain dengan Akim dan Alynn tanpa perasaan awkward kerana mereka juga sudah rapat setelah dikenalkan oleh Raudha sendiri. Mereka bermain kejar - kejar di sana. Mereka tidak mahu menggunakan terlalu banyak tenaga kerana banyak lagi aktiviti yang akan dilakukan oleh mereka semasa menyambut hari jadi Raudha.

Sejurus selepas Wet World dibuka, ibu bapa membeli tiket kemasukan untuk anak - anak mereka di kaunter tiket. Apabila mereka masuk, sekumpulan pekerja di sana membawa keluar 2 biji kek sambil menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' kepada Raudha. Mukhriz dan Hakimie. Satu adalah kek coklat dengan nama Mukhriz dan Hakimie ditulis diatasnya. Satu lagi adalah kek red velvet dengan nama Raudha.

Sebenarnya, ibu bapa Raudha, Mukhriz dan Hakimie telah berbincang dengan pekerja di Wet World itu semasa mereka berlima sedang bermain di taman permainan sebagai kejutan but mereka. Mereka tidak mahu kejutan ini gagal disebabkan mereka yang terdengar perbincangan itu.

PercayaWhere stories live. Discover now