Bab 9 (2.0) - Saingan

47 5 0
                                    

16 Jun 2017

Group WhatsApp Teen Center kembali meriah setelah dikhabarkan dengan satu lagi aktiviti yang dianjurkan mereka.

Pada mulanya, mereka pelik kerana Teen Center mengadakan aktiviti ketika umat Islam sedang berpuasa.  Namun, mereka sangkakan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.

Rupa - rupanya, Teen Center menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pelajar - pelajar Tahfiz di Pusat Tahfiz Sungai Besi.

Mereka pun apa lagi, terus meluru ke ibu bapa masing - masing bagi mendapatkan keizinan sebelum memberi nama kepada pihak penganjur.

Peserta yang menyertai aktiviti ini dikehendaki berkumpul di hadapan Teen Center di dalam UTC pada jam 3 petang.

Fawwaz hadir dengan jubah kelabunya. Songkok dipegang di tangan dan hanya akan dipakainya setelah tiba di pusat tahfiz itu nanti.

Apabila dia masuk sahaja ke dalam Teen Center itu, kedatangannya disambut dengan meriah.

"Fawwaz! Yeay Fawwaz dah sampai!" jerit Hakim lalu diikutu dengan tepukan tangan oleh yang lain. Fawwaz bersalaman dengan Haikal, Hakim dan Nazim sebelum duduk bersama - sama Aliya, Aina, Mia dan Raudha.

Namun, fokus Fawwaz tertumpu kepada Raudha yang memakai baju kurung bewarma hijau cair itu. Itu adalah salah satu warna kegemaran Fawwaz dan yang memakai warna itu adalah Raudha.

Fawwaz mengakui Raudha kelihatan amat comel tidak kira apa pun yang dipakai olehnya. Tanpa disedari, Fawwaz sedang merenung tepat ke mata Raudha.

Raudha juga yang ketika itu sedang berborak bersama Mia dan Aliya terpandang akan renungan Fawwaz. Kini, mereka sedang mata betentang mata.

Fawwaz yang sedar Raudha telah merenungnya kembali melirikkan matanya ke arah lain lalu beristighfar di dalam hatinya.

Raudha juga melakukan perkara yang sama. Suasana bertukar awkward seketika.

Fawwaz sedang berborak bersama Haikal dan Hakim di sofa. Dia berasa gembira kerana dapat berjumpa kembali bersama rakan - rakannya. Namun, dia ternampak kelibat seseorang yang amat menyakitkan hati.

Ternampak sahaja kelibatnya, perasaan gembiranya terus hilang.

"Alif." getus hati Fawwaz.

Alif adalah bekas teman lelaki Raudha yang boleh dikatakan agak gangster. Perangainya amat teruk.

Raudha pernah menceritakan kepadanya, ketika Alif berada dalam hubungan bersama Raudha, Alif tidak pernah cuba untuk menjaga hatinya. Malah, lagi disakitkannya adalah.

Alif juga seorang yang playboy, melayan perempuan lain di hadapan Raudha sendiri. Alif suka membuat Raudha cemburu.

Dahulu pun, Raudha tetap kekal bersamanya sehingga hampir 2 tahun dengan harapan Alif akan berubah. Namun, perangai Alif semakin lama semakin teruk.

Dikhabarkan mereka berdua sudah berpisah sewaktu hari pertama perkhemahan yang disertai oleh Raudha dan Fawwaz.

Walaupun mereka sudah clash, Alif tetap menyakiti hati Raudha. Beberapa kali Raudha menghantar beberapa screenshot perbualan mereka berdua di WhatsApp. Lihat sahaja screenshot itu, Fawwaz terus membenci Alif dengan sepenuh hatinya.

PercayaWhere stories live. Discover now